Ekspedisi menjadi tragedi apabila dihempap pokok tumbang. Seorang pendaki wanita, Wan Nurulhuda Mior Abdullah, 49, maut selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang tidur.
Kejadian itu berlaku di dalam khemah di Kem Seputih, berdekatan Gunung Rajah, Kuala Tahan, Jerantut pada Ahad.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan pada jam 8.55 malam.
Ads
Menurut Zukri, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggul dan tidak sedarkan diri semasa insiden berlaku.
“Kejadian berlaku ketika mangsa bersama kumpulan 10 pendaki dan seorang malim gunung yang memulakan pendakian pada Isnin lalu. Mereka dijadualkan turun pada Ahad, namun sekitar jam 12 tengah hari, pihak polis menerima maklumat bahawa mangsa dihempap pokok tumbang ketika tidur,” katanya.
Ads
Bagi operasi menyelamat, helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan ke lokasi dan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan selepas tiba di pangkalan udara.
Ads
Pasukan mencari dan menyelamat turut berada dalam keadaan bersiap sedia di Kuala Tahan untuk bantuan melalui jalan darat sekiranya khidmat helikopter tidak dapat diteruskan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa menangguhkan pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak selama enam bulan. Keputusan itu dibuat susulan kekurangan bekalan mikrocip yang kini sedang melanda seluruh dunia.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya masih meneruskan proses pendaftaran bagi permohonan MyKid seperti biasa.
Jelasnya lagi, JPN akan melakukan pengeluaran MyKid secara berperingkat dengan menggunakan bekalan sedia ada dengan mengutamakan kes-kes tertunggak.
Dalam pada itu, Ruslin mengatakan JPN kini sedang berusaha menyelesaikan tunggakan pengeluaran MyKid sejak industri mikrocip seluruh dunia berdepan dengan krisis akibat pandemik COVID-19 yang berlaku.
“Kita dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan permohonan disebabkan masalah kekurangan mikrocip di peringkat global kerana MyKid ini menggunakannya.
“Jadi, JPN bercadang dalam tempoh masa ini kita akan membuat penangguhan sementara pengeluaran MyKid.
“Bagaimanapun, proses ini pasti dilaksanakan juga setelah perolehan bekalan mikrocip dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan,” katanya.
Tambah beliau, ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka seperti permohonan sekolah kepada mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid).
“Terima kasih Allah”. Begitu yang dikongsikan oleh pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizman Nordin dalam sebuah video bersempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang pertama. Terima kasihnya tanda syukur kerana dianugerahkan seribu kebahagiaan dan kehidupannya kini.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizman memuat naik sebuah video romantis khusus dibingkaskan buat isteri tercintanya, Nurida Suraya yang baru sahaja melahirkan bayi sulung perempuan mereka pada 2 September lalu.
Video berdurasi 3.57 minit itu cukup romantis malah menyentuh hati. Satu bingkisan istimewa daripadanya.
“Happy anniversary sayang @nuridasuraya. Ours,” tulis Rizman ringkas tetapi penuh bermakna.
Dengan alunan muzik yang romantis, satu demi satu momen indah dikongsikan olehnya. Bermula daripada persiapan menjelang majlis pernikahan, majlis perkahwinan dan tidak kurang juga aksi-aksi romantis mereka ketika pasangan ini bulan madu.
Bukan itu sahaja, malah momen di mana Nurida disahkan hamil serta saat kelahiran puteri sulung mereka, Rizqaa turut dikongsikan Rizman. Semuanya momen-momen paling bermakna dan cukup membahagiakan pasangan ini
“Terima kasih menjadi suami yang baik”
Sementara itu, Nurida juga tidak ketinggalan memuat naik sekeping foto ketika hari pernikahannya di laman Instagram miliknya.
“One year ago today. Happy anniversary my sayang. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik. Saya cinta awak sangat-sangat dan untuk seribu tahun lagi untuk kita insya-Allah,” tulis Nurida untuk suaminya.
Dalam pada itu, perkongsian Rizman itu turut dihujani dengan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan ini. Semoga kasih sayang terus utuh dan berpanjangan hingga ke Jannah.
Sekadar informasi, pasangan romantis ini dinikahkan pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur. Kini selepas setahun berkahwin, kebahagiaan bertambah sempurna semenjak kehadiran anak perempuan mereka, Rizqaa Rizman yang dilahirkan pada 2 September lalu. Happy anniversary!
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Muhammad, Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023. Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad, Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023
Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis.
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Muhammad dan Noah diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki, menurut angka ONS.
Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.