Diam tak diam si comel Lila Amina, anak kedua pasangan selebriti Scha Al Yahya dan Awal Ashaari kini sudah pun berusia setahun.
Menerusi Instagram, baik Awal dan Scha, kedua-duanya menitipkan ucapan paling manis buat anak kedua mereka.
Sempena hari lahir pertama itu, satu majlis kecil meraikan si comel Lila Amina di adakan pasangan ini. Namun menariknya wajah comel Lila yang saling tak tumpah wajah kakaknya mencuri perhatian wargamaya.
“Happy Birthday Lila Amina!
“Hari ini, setahun yang lalu Lila hadir dalam hidup Daddy, dan masa tu, Daddy was not sure how to love you sebab compartment hati Daddy dah dicop dengan nama Kakak dan Mommy,” tulis Awal ringkas.
Namun kata Awal, dia sentiasa mengharapkan agar perjalanan anak keduanya itu dipermudahkan malahan menjadi anak yang baik dan dilindungi Allah sentiasa.
“Dalam setahun, adik ada cara yang sangat special untuk redeem your own compartment, and today you have a fair share of space inside of my heart (and it’s growinggggg bigger and bigger!)
“Tak sangka penangan anak kedua ni.. halus sungguh permainan diorang.
“Semoga Lila sihat, menjadi anak yang baik, solehah dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah Swt. Amin. Happy Birthday, Lila Amina binti Ahmad. (She’s no longer Lyla.. She’s Lila),” tulis Awal lagi.
Namun menariknya wajah si comel Lila turut menjadi perhatian. “Copy paste” muka kakak Lara Alana dan ayahnya, begitu yang dikongsikan wargamaya.
Aksi dan telatah Lila yang kerap muncul di Instagram Awal ternyata menarik perhatian semua.
Dalam pada itu, peminat dan pengikut pasangan ini turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Lila Amina. Semoga Lila terus sihat membesar dan membahagiakan keluarga kecil ini.
Baik Awal, Scha turut sama berkongsi beberapa keping gambar Lila Amina dari sejak kelahirannya hingga berusia satu tahun.
“When they say “sekejap je dah setahun, where did all the time go ? “
“Lets take a stroll down memory lane 😜
“Happy 1st Birthday my Love @lilaaminaaa . Syukur Alhamdulillah atas segalanya 🥺 i love you so much
Menarik: Share Sampai 10k Begini Cara Masak Sambal Tempe Bilis Kekal Rangup, Padu Sungguh
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!