Anzalna Nasir kini sedang hamil dan pertama kali memuatnaik gambarnya menampakkan perutnya. Peminat teruja melihat baby bump Anzalna dan memuji seri wajah ibu mengandung.
Anzalna yang kini sedang hamil 4 bulan mengumumkan berita gembira tersebut ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini. Setelah 3 tahun perkahwinannya dengan Hanif Zaki, kehamilan ini sememangnya dinanti-nantikan. Berita kehamilannya menggembirakan semua peminat.
Terbaru, Anzalna pertama kali menampilkan baby bump nya kepada umum. Dia memuatnaik rakaman video menjalani sesi fotografi. Anzalna yang memakai sehelai dres berwarna perang muda dan menampakkan baby bump yang comel! Dalam kapsyen Anzalna turut berkata yang dia akan berkongsi lebih lanjut tentang kandungannya di Youtube.
anzalnanasir88 Hello aunties and uncles! Semalam first time join mommy photo shoot.
Mommy konon nak hide perut tapi client cakap kalau mommy tunjuk perut lagi diorang suka!
Alhamdulillah. Alamak… anak i dah pandai mengadu! Hahahahahhahahha ? Ramai sangat yang minta share macam mana Anzalna boleh pregnant.
IKLAN
InsyaAllah i will share with you guys. Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama! ? Hahahahhahahahahaha Stay tuned. I will share on my youtube channel and dont forget to subscribe .
Aktres Almy Nadia risau akan kandungannya yang kini berusia 36 minggu 3 hari berada dalam keadaan songsang. Katanya, kalau tak berubah kedudukannya dalam masa seminggu ini (37 minggu), doktor akan cadangkan bersalin secara pembedahan caesarean.
Kandungan ini merupakan anak ketiga Almy. Dua cahaya matanya sebelum ini ialah Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2. Kedua-duanya dilahirkan secara normal. Maka, aktres ini bimbang akan dibedah sekiranya bayi dalam kandungan songsang berterusan sehingga minggu ke-37 kehamilan.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu dibedah.
Berikut ialah perkongsian Almy di Instagram;
fizzalmy Harini gi check up . Kandungan 36minggu 3 hari.
Doc cakap baby songsang. Minggu depan 37 minggu jumpa doc lagi, if baby tak duduk di kedudukannya kena buat keputusan antara normal delivery atau potong perut jawabnya.
DOAKAN saya dan baby saya berada dikedudukan yang betul yer semua. Jadi nervous bila doc cakap nak kena bedah. Sebab 2 anak saya normal delivery.
Jadi kalau boleh taknak la nak kena bedah2 ni.. ???… doakan saya agar selamat semuanya ya.. (pic tak ada kaitan ap2,abaikan yg depan tu ) ???
Para follower turut berkongsi tips bagi Almy menghadapi situasi kandungan songsang ini dan membantu agar ia kembali kepada kedudukan asal bagi memudahkan proses kelahiran secara normal.
Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ingin berkongsi rasa bahagia mempunyai zuriat sendiri, pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar yang sedang menanti saat bergelar ibu dan ayah meluahkan hasrat untuk membantu pasangan yang sudah lama ingin memiliki zuriat.
Niat murni pasangan ini dimaklumkan melalui akaun Instagram Irwansyah baru-baru ini apabila penyanyi lagu Pencinta Wanita itu berkongsi dengan pengikutnya tentang program ‘Bayi Tabung Bersama Syahki’. Ia juga adalah hasil usahasama pasangan ini dengan klinik Morula Jakarta & Bandung.
Menerusi program tersebut, dua pasangan terpilih akan ditaja untuk menjalani rawatan kesuburan iaitu In-Vitro Fertilization atau IVF.
Menurut Zaskia pula kepada Fimela dalam satu sidang media virtual pada Rabu yang lalu, dia dan suaminya mahu berkongsi rasa bahagia memiliki cahaya mata sendiri.
“Kami tidak mahu bahagia sendiri, semoga bayi tabung bersama Syahki ini, kami dapat membantu cita-cita calon ibu dan bapa mendapatkan anak secara IVF dan ia percuma,”
Memetik laporan Fimela, Irwansyah dan Zaskia turut berasa bersyukur apabila diberi rezeki dari segi kewangan untuk menjalani rawatan IVF tersebut.
Mencari satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Bandung, pasangan ini cukup memahami jika ada ibu dan bapa yang mengidamkan cahaya mata tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan IVF yang berkos tinggi.
Program ini turut menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi antaranya pasangan mestilah tidak melebihi 33 tahun, belum memiliki zuriat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Keinginan kami untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan dengan membantu pasangan memperoleh anak. Kami berharap program ini memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar berkeinginan mempunyai zuriat,” ujar Irwansyah.
September lalu, penantian cahaya mata pasangan ini selama 10 tahun berakhir apabila Zaskia disahkan hamil selepas menjalani rawatan IVF. Usia kandungannya kini memasuki bulan kelima.
Sekadar info, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
Bagi yang pertama kali hamil, banyak hal yang belum diketahui lantaran tiada pengalaman. Untuk itu, bagi membantu anda dengan mendapatkan jawapan tepat tentang beberapa persoalan yang biasa ditanya daripada Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim, doktor pakar O&G di Hospital UMRA, Shah Alam.
Bilakah masa yang sesuai patut wanita membuat ujian kehamilan. Selepas berapa hari tidak haid dan waktu bilakah ujian patut dibuat?
Bergantung kepada kitaran haid. Kalau tahu dan boleh ramal bila sepatutnya haid semula, maka pada hari yang sepatutnya haid, lakukanlah ujian.
Ambil sampel air kencing pertama pada awal pagi, memandangkan ia lebih pekat. Lakukan ujian kehamilan seawal yang boleh kerana langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk mengelakkan mudarat kepada kandungan.
Jika hasil ujian negatif, itu tidak bermaksud anda tidak mengandung, HcG mungkin terlalu rendah. Anda boleh mengulangi ujian yang sama pada hari berikutnya. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapatkan kit penguji kehamilan yang sensitif agar dapat mengesan serendah 15u/l HcG.
Selepas kit ujian mengesahkan kehamilan, apa langkah seterusnya wanita ini perlu lakukan?
Setelah sah hamil, jaga kandungan. Jangan lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kandungan. Sekiranya menghidap penyakit tertentu seperti darah tinggi, diabetes, tiroid dan epilipsi, pastikan doktor dimaklumkan mengenainya agar ubat yang perlu anda ambil seharian diubah dos pengambilannya.
Pengambilan asid folik memberi banyak manfaat. Apa yang dimakan di trimester pertama memberi kesan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran. Jaga pemakanan dengan tidak terlalu mengambil terlalu banyak karbohidrat dan gula kerana dibimbangi ia menjadi salah satu faktor autisme.
Jangan lupa untuk jalani pemeriksaan antenatal untuk pastikan kandungan benar-benar berada di dalam rahim. Hasil ujian imbasan yang dilakukan di awal usia kehamilan paling tepat untuk mengetahui usia sebenar kandungan.
Apa yang patut wanita ini jangkakan tentang alahan yang mungkin dia alami dalam tempoh kehamilan?
Semua wanita hamil akan alami alahan tetapi berbeza jenisnya. Ia perkara biasa kerana berlakunya perubahan hormon sewaktu kehamilan.
Belajar untuk terima apa jua bentuk alahan yang dialami. Tiada apa-apa yang salah dengannya. Alahan sebenarnya melindungi bayi. Ia bagus kerana apabila anda loya dan muntah lalu teringin makan sesuatu, bererti tubuh kekurangan kandungan nutrien dan ia boleh diperoleh daripada makanan yang diidamkan itu.
Makanan apakah yang patut diberi tumpuan demi memastikan kesihatan dirinya dan kandungan sentiasa dalam keadaan baik?
Amalkan pemakanan yang sihat iaitu tinggi serat, kurang karbohidrat dan lemak. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan kurangkan gula.
Karbohidrat yang diambil berlebihan akan memberi kesan kepada kandungan. Adalah dinasihatkan agar anda turut kurangkan kafein dan adalah lebih baik jika anda ambil makan dan minuman yang tidak bergula.
Sekiranya wanita ini sedia ada masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, apa yang perlu dijangkakan dan bagaimana untuk dia mengawalnya agar tidak menimbulkan komplikasi semasa hamil dan bersalin kelak?
Jika sedia ada masalah kesihatan sebelum hamil, beritahu doktor segera. Doktor pasti akan menasihatkan anda untuk mengubah cara dan dos pengambilan ubat agar sesuai dengan kegunaan ibu hamil. Hal ini penting bagi memastikan tahap kesihatan anda terkawal. Berbincanglah dengan doktor berkenaan hal ini.
Dalam pada itu, optimumkan kesihatan tubuh dengan melakukan senaman untuk mengurangkan impak masalah kesihatan. Sebenarnya, anda perlu pastikan diri benar-benar sihat sebelum mengandung.
Berkenaan ujian imbasan, apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal?
Semua wanita hamil perlu menjalani ujian imbasan nucheal transluscency pada minggu ke-11 hingga 14 bagi mengukur bahagian belakang bayi dalam kandungan. Cecair yang sangat tebal pada bahagian berkenaan boleh menjadi petanda bahawa bayi bermasalah.
Hasil kajian mendapati 50% mengalami masalah kromosom, 25% tidak dapat dijangka masalahnya, 10% bayi meninggal dunia dan 30% bayi lahir normal selepas ujian ini dilakukan.
Selain itu ujian amniosentosis boleh mula dilakukan selepas usia kandungan 15 minggu di mana jarum khas digunakan untuk mengambil air ketuban untuk pemeriksaan selanjutnya di makmal.
Di Malaysia kini wajib untuk semua ibu hamil melalui ujian MGTT. Pada minggu ke berapa perlu diambil? Bagaimana jika wanita itu tiada sejarah atau risiko diabetes, perlu kah dia mengambilnya juga?
Bukan semua ibu perlu melakukannya ujian MGTT. Biasanya yang berumur 35 tahun ke atas, BMI terlebih berat badan dan ada sejarah keluarga wajib melakukannya.
Namun, jika didapati berat badan bertambah berlebihan semasa hamil, anda perlu melakukan ujian ini walaupun tiada faktor risiko yang dinyatakan. Dahulu apabila kandungan berumur 28 minggu ke atas, ujian ini boleh dijalankan. Kini, sebaik sahaja anda tidak lagi mengalami alahan muntah atau loya, maka bolehlah menjalani ujian ini.
Ada wanita tertentu yang kurang prihatin dengan pengambilan asid folik. Apa yang patut diketahuinya tentang hal ini?
Perlu diingati bahawa asid folik sangat penting untuk diamalkan semasa hamil. Banyak kajian membuktikan ia mengurangkan risiko neural tube defect, membantu dalam pembentukan otak, muka, bibir dan saraf tunjang bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!