Kehamilan

Hamil 4 Bulan Sarimah Akui Depan Nampak Normal, Tapi Dari Tepi Mula Kelihatan Baby Bump

Share

Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim berkongsi pengalamannya yang kini hamil empat bulan.

Menurut Sarimah, walaupun hamil dia kini suka melakukan senaman yang sesuai dengannya dan mengakui senaman itu mampu buatnya kekal bertenaga, sentiasa rasa gembira dan badan pun lebih ringan.

Malah Sarimah turut kongsikan senaman akan dapat mengurangkan kesan bengkak ketika hamil.

“Love the feeling i get just after working out.. just a bit of sweat makes all the difference! Feel so happy and lighter…

“Especially at 4 and a bit months pregnant.. it helps ease my bloating and swelling…

“Dari depan still nampak ‘normal’ tapi.. dari TEPI…yaaaaaa ampunnn LOL,” tulisnya.

Sarimah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar proses kehamilan Sarimah dipermudahkan.

Penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu bernikah dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015 lalu.

Sumber: ig Sarimah Ibrahim

Published by
Wan Amy