Hamil 4 Bulan, Ummi Nazeera Terbuka Dan Minta Peminat Kongsi Cara Kawal Gula Masa Mengandung

Share

Selepas mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani tahun lalu, kini aktres Ummi Nazeera mengesahkan dirinya dah hamil dan telah memasuki trimester kedua kehamilan.

Teruja dengan berita kehamilannya yang sudah berusia 4 bulan lebih, Ummi telah memuat naik satu status dengan meminta pendapat peminat supaya dapat berkongsi bagaimana nak kawal gula masa mengandung.

Ini kerana semasa di awal pemeriksaan kandungannya, bacaan gula Ummi adalah 8.2 dan selepas mengawal pengambilan karbohidrat dan gula atas nasihat suaminya, dia dah berjaya menurunkan bacaan gula kepada 5.1. Bagaimanapun dia masih lagi bimbang dan berharap semuanya akan normal sehingga bersalin.

Ternyata sikap keterbukaan Ummi Nazeera yang meminta peminat berkongsi tip mendapat reaksi positif dan masing-masing memberi jawapan yang sangat membantu berdasarkan pengalaman mereka.

Malah ramai peminatnya berharap Ummi Nazeera tidak perlu bimbang kerana ia adalah perkara biasa. Jika kita pandai kawal pemakanan, semuanya akan berjalan lancar. Terlampau stres mungkin boleh menjejaskan kandungan Ummi lagi-lagi anak pertama.

Sebelum ini, melalui perkongsian di Astro Gempak Ummi hanya mengetahui dirinya hamil selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik rakan suaminya.

Kebetulan masa tu Ummi mengalami kecederaan di kaki ketika pengambaran filem Gol & Gincu 2 dan sebelum melakukan imbasan sinar x, doktor bertanyakan sama ada saya hamil ataupun tidak.

“Namun, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan hamil terlebih dahulu kerana risau saya hamil.

“Selepas itu baru saya dan suami mengetahui bahawa saya hamil ketika itu,” katanya.

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

Published by
Wan Amy