Kira-kira empat bulan lagi, pasangan Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia bakal menimang cahaya mata ketiga.
Pelakon Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin mendedahkan isterinya, Datin Almy Nadia mengalami alahan kepada bau-bauan dan makanan sehingga sekarang.
Sarat hamil lima bulan, Almy dijangka melahirkan cahaya mata ketiga mereka pada 22 Disember ini.
“Bayangkan dia mengalami alahan dengan bau busuk, bau wangi dan bau makanan. Sejak mengandung ini, Almy makan sedikit sahaja.
“Sebagai suami, ia memberi kerisauan kepada saya kerana berat badannya juga tidak konsisten,” kata Fizz.
Dalam pada itu, Fizz turut mendedahkan berat badan Almy turun mendadak iaitu daripada 80 kilogram sehingga 70 kilogram.
“Berat badan Almy kena kekal dalam lingkungan 80 kilogram, kalau tidak, ia akan memberi kesan kepada bayi di dalam perut.
“Walaupun Almy masih mengalami alahan tetapi dia tetap berkeras ingin menjaga sendiri dua puterinya,” jelasnya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.
Pasangan itu turut memiliki dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.
Sumber: ig Fizz Fairuz & Almy Nadia/astro gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rasa Dia Nikmat, Sedap” Ibu Ni Mengidam Makan Beras Tiap Kali Hamil, Ramai Terjebak!
Mengidam ketika hamil itu biasa. Ada yang suka makan manis, ada pula yang mengidam menu pelik-pelik sepanjang hamil. Bukan mengada tapi sekadar mahu merasa. Begitu kata sesetengah ibu hamil.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, Shee Yunus, @sheeyunus yang gemar makan beras mentah menarik perhatian ramai.
Bukan sekali bahkan dia yang kini hamil anak kedua turut mengidam makan beras mentah di ketika kehamilan anak pertamanya.
Menerusi Tik Toknya, Shee memuat naik videonya menyediakan beras sambil makan penuh berselera.
Beras dibasuh terlebih dahulu dan kemudiannya ditapis, barulah bersih untuk di makan.
“My current addiction, makan beras. Korang??,” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, wargamaya turut bertanyakan apakah rasa beras mentah itu sehingga menarik perhatiannya untuk makan penuh berselera sekali.
Melalui perkongsian video keduanya, kata ibu cantik kepada dua cahaya mata ini lagi, dia rasa puas dapat menikmati beras yang sedap dan rangup setiap kali menjamahnya.
“Jom kita rasa sebab sekarang ni Shee tengah mengidam.
“Shee basuh beras ni dulu sebab dalam beras kan ada habuk, binatang. Kalau basuh rasa selamat sikit nak makan.
“Rasa dia nikmat, sedap. Rasa dia rasa beras lah, tak berubah pun tapi sebab kita mengidamkan jadi rasa sedap sangat dan chunchy. Rasa puas sangat.
Ketika ditanya tentang bahaya makan beras mentah itu, kata Shee menerusi pengalamannya sebelum ini, dia dan anaknya sihat tanpa sebarang komplikasi ketika hamil.
“Bagi Shee dia depend pada orang jugaklah, ada orang HB dia low, ada yang gigi rosak tapi bagi Shee alhamdulillah ok saja.
“Masa anak first pun Shee makan jugak, alhamdulillah anak sihat dan Shee pun sihat.
“Shee makan beras ni time mengandung je, mengidam. Bila dah bersalin tu auto dia stop dan tak rasa nak makan dah,” kongsinya lagi.
@sheeyunus My current addiction, makan beras. Korang ?? #fyp #pregnant #mommy ♬ Это любовь – Амирчик
Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai yang turut sama mengidam beras mentah seperti Shee malah makan seperti biasa tanpa sebarang komplikasi. Tak kurang juga yang turut membawa bekalan beras ke pejabat. Memang rare!
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Atau Minum Je Terus Muntah, Ini Bukan Morning Sickness Biasa-Biasa, Kesannya Boleh Menyebabkan Maut!
Setiap kali makan dan minum mama mesti akan terus muntah. Jangan main-main, kalau keadaan ini dibiarkan berlanjutan lama tanpa rawatan badan boleh alami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia juga boleh sebabkan kematian!
Morning sickness atau alahan mengandung selalunya melibatkan rasa mual dan muntah. Namun jika ia berlaku sepanjang kehamilan bukan sesuatu yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya meski hamil untuk kali kedua dan seterusnya.
Namun, mabuk atau alahan mengandung yang berlebihan atau Hyperemesis Gravidarum boleh memudaratkan kesihatan. Lebih buruk jika tidak dirawat dan dikawal segera, ia boleh membawa maut.
Ini bukanlah masalah yang biasa dialami ibu hamil. Hyperemesis Gravidarum merupakan keadaan di mana wanita hamil mengalami mual dan muntah berlebihan, lebih daripada sepuluh kali dalam tempoh 24 jam sehingga mengganggu kesihatan. Anda muntahkan kesemua yang dimakan ataupun diminum malah air liur sendiri juga tidak mampu ditelan seperti biasa.
Keadaan ini menyebabkan penurunan berat badan, dehidrasi dan beberapa keadaan lain. Hyperemesis Gravidarum berlaku bermula dari awal kehamilan, di antara usia kandungan empat minggu dan tujuh minggu. Muntah-muntah mungkin sedikit berkurangan antara 14 minggu dan 16 minggu kehamilan.
Dalam beberapa kes, Hyperemesis Gravidarum mungkin berlarutan sehingga usia kandungan mencecah 20 minggu. Malangnya, sebilangan 10 hingga 20 peratus wanita hamil mengalami keadaan ini sepanjang tempoh kehamilan mereka. Hyperemesis Gravidarum yang dirawat lebih awal dapat mengelakkan mudarat pada bayi dalam kandungan.
ALAHAN MENGANDUNG VS HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Jika anda mengalami Hyperemesis Gravidarum, mengubati sendiri tidak membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Walau pun muntah berlebihan yang dialami tidak memberikan kesan penurunan berat badan mendadak, sebaik-baiknya dapatkan rawatan untuk alahan mengandung.
Rawatan awal boleh membantu untuk mengelakkan Hyperemesis Gravidarum daripada semakin buruk, di samping mengurangkan simptom-simptomnya.
Alahan atau muntah-muntah yang dialami selepas usia kehamilan lapan minggu atau demam juga berkemungkinan ia disebabkan oleh beberapa sebab lain seperti:
- Gastrik
- Ulser perut
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection –UTI)
- Tiroid atau diabetes
FAHAMI RISIKO IBU YANG KEHILANGAN BERAT BADAN AKIBAT HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Bayi berisiko tinggi untuk lahir dengan berat badan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. Penting untuk diberi perhatian adalah penggunaan ubat sepanjang kehamilan, terutama ketika trimester pertama. Dapatkan konsultasi dan preskripsi daripada doktor tentang pengambilan ubat-ubatan anti-alahan ketika hamil.
Kesannya pada ibu pula lebih kepada aspek psikologi. Ibu hamil yang mengalami muntah keterlaluan memberi pengalaman sukar pada mereka. Tubuh badan lemah longlai, tertekan dan tidak dapat merasai nikmat dan kegembiraan dalam kehamilan. Emosi wanita hamil yang terganggu memberi kesan terhadap hubungan suami isteri.
Keadaan sukar akibat Hyperemesis Gravidarum menyebabkan mereka lebih senang bersendirian memencilkan diri, meninggalkan pasangan dalam keadaan serba tidak kena.
Masalah Hyperemesis Gravidarum yang berlarutan dalam tempoh yang lama juga menyebabkan wanita hamil sukar untuk mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri dan ahli keluarga (anak-anak) lain dengan sempurna. Aktiviti mudah dilakukan sebelum ini seperti mandi, memandu ataupun membeli barangan dapur juga seolah-olah amat sukar untuk dilakukan.
TIP KURANGKAN KESAN HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Terdapat 9 langkah yang boleh diambil wanita hamil bagi membantu melalui Hyperemesis Gravidarum iaitu:
- Dapatkan nasihat doktor atau pakar perbidanan lebih awal tentang keadaan anda.
- Ceritakan apa yang anda alami dan beritahu bahawa anda mahu dapatkan rawatan awal mengatasinya
- Minta sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Bukan sekadar sokongan moral tetapi juga bantuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti menjaga anak-anak yang lain, memasak, membeli barangan keperluan dan juga kerja-kerja rumah.
- Mengidam adalah perkara biasa. Cuba penuhinya. Elakkan makan atau melihat makanan yang mendatangkan rasa loya pada anda. Jika memasak atau ‘bau dapur’ menyebabkan rasa loya, pilih makanan sejuk yang mudah disediakan.
- Pastikan anda minum air secukupnya. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
- Boleh juga makan ketulan ais untuk pastikan tubuh mendapat air secukupnya. Makan apa sahaja makanan yang boleh ditelan untuk kekal bertenaga.
- Elakkan terlalu memikirkan makanan apa yang dimakan. Apabila kesan Hyperemesis Gravidarum semakin berkurangan, barulah amalkan kembali makanan berkhasiat.
- Dapatkan rehat secukupnya. Tubuh yang terlalu keletihan akibat Hyperemesis Gravidarum akan menyebabkan muntah-muntah semakin buruk.
- Sokongan moral boleh didapati dari kalangan rakan sekerja atau komuniti yang pernah mengalami masalah yang sama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Posisi Bahaya Ketika Ibu Hamil Tidur! Cepat-Cepat Ubah Posisi Bila Tersedar
Jika anda adalah seorang wanita yang sedang hamil, bagaimanakah posisi tidur ibu hamil yang anda amalkan? Anda tahu tak apa posisi tidur ketika hamil yang selamat?
Adakah anda dapat tidur yang cukup? Ada kajian mendapati sebenarnya… terdapat kesan tentang posisi tidur ketika hamil dan bayi! Apakah kesan yang dinyatakan tersebut?
Posisi tidur ibu hamil: Apa kepentingan tidur bagi wanita hamil?
Tidur sewaktu hamil adalah satu komponen penting bagi mengekalkan kesihatan ibu dan anak. Itu betapa pentingnya tidur bagi wanita hamil. Akan tetapi, banyak komplikasi yang sering dikaitkan dengan masalah kurang tidur sewaktu tempoh kehamilan seperti praeklampsia dan diabetes gestasi.
Walau bagaimanapun, kurang tidur sebenarnya sering menjadi masalah buat ibu hamil terutamanya ketika di trimester ketiga. Kajian yang dijalankan di China pada tahun 2017 mendapati 23.9% wanita daripada 2,345 subjek mengalami masalah sukar untuk tidur.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kenapa wanita sukar tidur ketika hamil. Antaranya seperti:
- Perubahan hormon ketika mengandung
- Simptom seperti loya, muntah dan kerap kencing yang dapat mengganggu kualiti tidur
- Keresahan dan ketidakstabilan emosi
- Kesan psikologi terutamanya jika terdapat perubahan dari segi dinamik perhubungan dengan pasangan
Terlebih tidur: Bagus ke?
Jika ibu mengandung berisiko mendapat komplikasi akibat kurang tidur, adakah ini bermakna mereka perlu melelapkan diri sepanjang hari?Jawapannya, tidak. Kajian pada tahun 2013 menunjukkan mereka yang terlebih tidur (lebih 9 jam sehari) berisiko tinggi mendapat komplikasi kardiovaskular.
Rawatan bagi masalah sukar tidur penting untuk kesihatan bayi dan ibu pada paras yang optimum dalam jangka masa panjang.
Hubungan antara sukar tidur ketika hamil dan trimester kehamilan
Jika dilihat pada pola keletihan di kalangan wanita hamil, mereka seringkali mengalami kelesuan pada trimester pertama dan trimester ketiga. Trimester pertama kerana ia dikaitkan dengan perubahan hormon mendadak. Ini mengakibatkan terjadinya simptom kelesuan kesan loya, muntah dan hilang selera makan.
Bagaimana pula dengan trimester ketiga?
Semakin meningkat tempoh kehamilan mereka, semakin sukar untuk mereka dapat tidur selama 8 hingga 9 jam. Ini seringkali disebabkan masalah keresahan, takut dengan proses bersalin dan susah jumpa posisi tidur ketika hamil yang selesa. Terutamanya jika mereka sudah biasa tidur meniarap.
Terdapat kajian menunjukkan ibu yang tidur kurang 6 jam sehari akan mengalami proses bersalin yang lebih lama. Ini sekali gus meningkatkan kebarangkalian berlakunya pemilihan prosedur C-Section.
Posisi tidur ketika hamil dan berat badan bayi
Sekumpulan saintis Universiti Auckland, Australia mendapati wanita hamil yang tidur telentang semasa trimester ketiga, cenderung melahirkan bayi dengan berat badan yang rendah.
Berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil tidur telentang berpurata sebanyak 3.41 kg. Berat ini kekurangan 144 gram berbanding berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil yang tidur dengan posisi berlainan seperti tidur mengiring.
Posisi tidur terlentang: Adakah ia posisi tidur semasa hamil yang selamat?
Berbaring atau tidur terlentang dipercayai boleh menyebabkan perut yang sarat memampatkan vena cava, iaitu salur vena besar yang mengembalikan darah dari kepala dan seluruh badan ke jantung, dan aorta.
Ini mengurangkan kadar pembuangan karbon dioksida dan pengambilan oksigen oleh sel darah merah untuk dibekalkan ke seluruh badan, termasuklah janin. Rahim wanita yang sarat juga boleh menghimpit organ lain, menyebabkan mereka sukar untuk tidur. Ini akan menjejaskan kualiti tidur serta kebolehan untuk kekal terlelap di sepanjang malam.
Posisi tidur secara mengiring merupakan posisi yang ideal untuk ibu mengandung. Ia dapat memberikan tahap keselesaan yang optimum kepada si ibu, selain melancarkan aliran darah ke uri untuk tumbesaran janin.
Cuba letakkan bantal di bawah badan atau tinggikan aras kepala katil ketika tidur kepada posisi 45 darjah atau mana-mana yang anda selesa. Ia boleh melegakan simptom pedih ulu hati atau kesukaran untuk bernafas kesan himpitan rahim pada otot diafragma.
Oleh itu, bagi wanita hamil terutamanya bagi mereka yang berada pada trimester ketiga, cubalah untuk tidur dalam posisi tidur ketika hamil yang lain, selain terlentang.
Anda boleh mengiring ke kanan atau ke kiri untuk mengurangkan beban di atas saluran vena dan tulang belakang badan anda. Kami juga percaya tidur di bahagian sisi adalah lebih selesa berbanding tidur telentang bagi ibu yang sedang hamil.
Cuba biasakan diri tidur dalam posisi tersebut dari trimester pertama. Jika masalah sukar tidur atau simptom yang mengganggu menjadi semakin teruk, dapatkan rujukan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI