Pelakon Intan Ladyana terpaksa dikejarkan ke hospital Sg Buloh selepas disahkan positif Covid-19 pada malam Rabu.
Intan yang kini dikhabarkan sedang sarat hamil 7 bulan itu terpaksa dikejarkan ke hospital bagi memantau keadaannya.
Menurut ibu mentuanya, Khalizah Abdul Khalid, Intan perlu dikuarantinkan di hospital kerana doktor dan jururawat perlu memeriksa keadaannya setiap masa. Manakala suami Intan, Harris pula kini sedang menjalani kuarantin di rumahnya.
Malah menurut kata ibu mentuanya, pasangan selebriti itu mula demam pada Isnin lalu dan masih demam pada keesokkan harinya.
” Intan dan Harris mula demam pada Isnin. Ingatkan demam biasa saja, tapi pada keesokkan hari pun masih demam. Jadi saya minta mereka buat swab test.
“Semalam dapat keputusan disahkan positif Covid-19. Disebabkan Intan sedang hamil, doktor sarankan untuk dia kuarantin di Hospital Sg Buloh.
“Malam tadi ambulans datang ambil Intan untuk di bawa ke hospital supaya senang doktor nak tengok keadaan Intan dan bayi dalam kandungannya.
“Manakala Harris pula hanya kuarantin di rumah seorang diri,” kongsinya lagi menerusi MStar.
Dalam pada itu, menerusi Mstar juga, ibu mentua Intan turut sama berkongsi pasangan itu tidak mengalami simptom yang teruk memandangkan kedua-duanya sudah pun lengkap divaksinasi. Malah kedua-duanya kini dikhabarkan stabil dan baik-baik sahaja.
“Alhamdulillah pagi tadi Intan dan Harris ada hubungi saya dan maklumkan keadaan mereka baik-baik sahaja. Doktor pun dah periksa keadaan Intan dan bayi,” kongsinya.
Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Menarik: Jimat Tenaga Angkut Air Keluar, Ini Cara Mudah Nak Bersihkan Air Banjir Dalam Rumah
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar