Hamil 8 Bulan, Kena Covid-19. Semua Okay, Iman Suhana Balik Jumpa Keluarga!

Share

Ketika membintangi drama bersiri Takdir Yang Tertulis, Iman Suhana mula dikenali ramai. Memegang watak sebagai Ruzita, lakonannya menjadi sebutan ramai ketika itu. Biarpun perwatakan comel dan sentiasa ceria, Iman telah berkongsi tentang dirinya yang disahkan menghidap Covid-19 dan menjalani tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Sumber foto: Instagram Iman Suhana

Dia mengakui yang dirinya paranoid kerana sentiasa memikirkan tentang kesihatan bayi alam kandungannya. Iman yang kini hamil lapan bulan turut melahirkan rasa syukur kerana dia telah dibenarkan untuk keluar dari hospital pada Sabtu yang lepas selepas tamat tempoh kuarantin.

Artikel Menarik: [“Perancangan Nak Bagi Fatima Adik Tu Ada..” Fazura Akui. Mujur Fattah Memahami]

Iman memberitahu yang dia telah menjalani kuarantin kendiri di rumah sebaik mendapati dirinya positif tetapi disarankan oleh doktor untuk masuk wad supaya bacaan jantung bayi serta oksigen Iman dapat dipantau rapi. Pelakon ini juga memberitahu yang tempoh kuarantin di hospital sangat mencabar kerana tak dapat ke mana-mana dan terpaksa berjauhan dengan anak sulungnya buat kali pertama.

“Saya akui memang mencabar bila kuarantin di hospital. tak boleh pergi mana-mana dan terpaksa berpisah dengan anak sulung saya.”

Sumber foto: Instagram Iman Suhana

Dia telah menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari di hospital dan mengalami gejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak, tetapi tidak teruk.

“Suami dulu kena dan saya kontak rapat. Jadi saya pun buat ujian saringan dan positif. Kemudian saya ke klinik dan keputusannya tetap sama. Waktu kuarantin pun masih ada gejala juga tapi tak lah teruk, Alhamdulillah.”

Artikel Menarik: [Anak Kerap Menangis, Aeril & Wawa Tukar Nama Anak Ke-4 Pada Muhammad Fahri]

Sumber foto: Instagram Iman Suhana

Sama-sama kita doakan kesihatan Iman dan bayinya sehingga tiba waktu melahirkan. Semoga dijauhi dari sebarang penyakit berbahaya dan urusan bersalin Iman dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sumber: Media Hiburan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Emy H