Selepas disahkan hamil anak kedua, pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli memaklumkan isterinya, Annisa Faizul terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang setelah mengalami jangkitan kuman dalam air kencing.
Berkongsi lebih lanjut, Syahmi memberitahu, Annisa sering mengalami muntah-muntah sejak kebelakangan ini.
“Sebenarnya isteri hamil dah masuk tiga bulan. Isteri temankan saya terlibat dalam penggambaraan di Pulau Pinang.
“Cuma sejak kebelakangan ini, dia kerap muntah-muntah, setiap kali selepas 10 minit je muntah sampai keluar muntah hijau.
“Doktor kata ada jangkitan air kencing tapi selepas masukkan air dah okay tapi perlu dirujuk kepada doktor pakar,” katanya.
Tambah Syahmi lagi, kandungan kedua, Annisa mengalami alahan yang sangat teruk berbanding anak sulung.
“Memandangkan sekarang tengah sibuk dengan penggambaraan filem 35MM, benar-benar buat saya risau dengan keadaan isteri.
“Selepas masuk air, doktor kata keadaan isteri dah kembali ok,” kongsinya.
Dalam pada itu, sebagai bapa dia mengharapkan jika dapat bayi lelaki kali ini di kira satu rezeki.
“Anak kedua, saya berharap dapat lelaki. Jika dimakbulkan dapatlah sepasang,” ujarnya.
Syahmi berkahwin dengan Annisa Faizul pada 23 Februari 2018 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ainul Mardhiah, 2.
Kredit: Mstar ; IG Syahmi Sazli & Annisa Faizul
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)