Selepas isteri mengalami keguguran pada tahun lepas, pengacara program Tanya Doktor, Dr Say Shazril mengumumkan khabar gembira bahawa isterinya, Dr Azura Abas kini sedang hamil anak kedua.
Doktor selebriti yang juga bapa kepada si comel Aezreil atau Ace memaklumkan khabar gembira itu menerusi Instagramnya.
Kata Dr Say, dia menahan diri dari berkongsi kisah kehamilannya ketika disahkan oleh doktor kerana bimbang pisang berbuah dua kali.
Dan kini selepas kandungan isterinya makin stabil, Dr Say bersedia mengumumkan kehamilan isterinya di media sosial bagi berkongsi rasa gembira mereka sekeluarga.
“Alhamdullilah, Adik Ace In The Making.
“Masa sebulan bini missed period & positive urine pregnany test, hati saya menjerit nak kongsi berita baik ni kat satu dunia.
“Tapi pengalaman & kesedihan keguguran lepas mengajar saya untuk bersabar (plus bini sekeras-kerasnya larang saya share kat socmed).
“Lepas 3 bulan menahan, untuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri-sendiri ja). Kelihatan sihat & lincah pergerakan kandungan bini. Terukir senyuman luas pada muka saya & bini,” kata Dr Say berkongsi khabar gembira.
Ads
Malah kata Dr Say lagi, keputusan positif itu diterima olehnya dan isteri tersayang selepas tiga bulan mengalami keguguran pada tahun lepas.
Berkat usaha dan kegigihan mereka untuk menimang anak kedua, akhirnya Allah kurniakan rezeki sekali lagi.
“3 bulan lepas keguguran kami berjaya menimang cahaya mata baru ni. Betul lah macam apa yang kalian katakan “sekali gugur, senang nak lekat”.
“Yang ni memang kami tak rancang tapi penangan PKP, makan + tidur + bersama, ulang hari-hari alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat saya nak mintak izin bini, terus dia cakap “u nak bagitau satu dunia lah tu kan?”. Saya tersenyum malu, tapi mahu.
Ads
“Maka alhamdullilah peeps! ADIK ACE IS CURRENTLY IN THE MAKING! 3 bulan yang genting telah berlalu. Masih tinggal 7 bulan. Doakan kandungan kami ni sihat sejahtera please,” tulisnya lagi.
Namun kata Dr Say lagi, bagaimanapun alahan isterinya kali ini lebih hebat berbanding kehamilan sebelumnya. Dan inilah penyebab dia menyepikan diri seketika daripada media sosial, demi memberi lebih perhatian buat isteri.
“Ampun saya lama menyepi sebab kali ni alahan bini kuat sikit berbanding pregnancy sebelum ni so kena jaga well being dia sikit. Saya tau hampa mesti curious jantina nya. Tak kisah apa jua jantina yang penting kali ni #TeamDaddy #SayJr!
P/S : Tajam mata hampa tengok kat post bini & story saya ampa boleh nampak baby bump bini ye. Jenuh saya cover cakap tu buncit penangan Musang King ahaha,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, Instagram Dr Say dihujani dengan ucapan tahniah dari seluruh pengikutnya di atas perkhabaran gembira itu.
Tahniah buat Dr Say dan isteri. Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi kelak.
Artikel berkaitan:
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @say_shazril
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan, penyanyi Tomok mengumumkan berita gembira dan mengesahkan isterinya Rahayu Abbas kini hamil anak ketiga mereka selepas sekian lama menanti kehadiran orang baru.
Menerusi entri di instagramnya, Tomok berkongsi sekeping gambar dengan alat ujian kehamilan dan mengucapkan syukur di atas kurniaan tersebut.
Bismillahirahmanirahim..alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga .
Ayah doakan dibu di permudahkan segalanya…Arrian dengan Andra nak dapat adik!! yeyyyyyy
Alhamdulillah..terima kasih ALLAH!
Pada alat ujian kehamilan tersebut memaparkan usia kandungan Ayu yang telah melebihi tiga minggu.
Sebelum ini, setiap kali di tanya bila nak tambah anak, Tomok dan Ayu sentiasa mengharapkan doa orang ramai akan dimakbulkan kerana mereka dah bersedia.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5 tahun.
Demam berulang semasa hamil, apa yang perlu dirisaukan? Memang menjadi sifat semula jadi ibu, apa juga yang berlaku mesti fikirkan keadaan janin dalam kandungan. Ada sesetengah ibu yang kerap mengalami demam semasa hamil.
Soalnya adakah demam ini boleh menjejaskan bayi dalam kandungan dan apa yang boleh dilakukan ibu untuk mengelakkan diri daripada selalu mengalami demam. Ibu jangan ambil mudah jika sering demam berulang semasa hamil kerana ia mungkin boleh jejaskan perkembangan janin.
RAWATAN SEGERA
Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban jika suhu badan meningkat 38°C ketika hamil di trimester pertama, pemeriksaan segera amat diperlukan. Suhu badan yang tinggi dikatakan mengganggu protein dalam pembentukan organ dan tumbesaran janin. Suhu badan yang tinggi daripada demam dan sauna pernah dikaitkan dengan masalah spina bifida dalam janin.
Di trimester kedua dan ketiga, masalah demam selalunya tidak akan memberi kesan bahaya kepada janin tetapi tidak bermakna ibu tidak perlu berjumpa doktor. Segera dapatkan rawatan jika demam berlarutan atau berulang-ulang.
PUNCA KEBANYAKAN KES DEMAM SEMASA HAMIL
Secara amnya kebanyakan kes demam ketika hamil adalah disebabkan oleh:
Batuk selesema.
Jangkitan tekak, tonsil dan telinga.
Cirit-birit atau keracunan makanan.
Semua kes-kes di atas kadang-kala pulih dengan sendiri ataupun sembuh menerusi ubat yang dibekalkan oleh doktor.
PUNCA DEMAM BERULANG SEMASA HAMIL
Jangkitan tekak, telinga atau di dalam pundi air kencing.
Masalah radang misalnya radang sendi atau tulang.
Masalah hormon tiroid (hyperthyroidism)
Masalah autoimmune disease seperti rheumatoid athritis dan lupus.
Masalah darah beku ketika hamil (deep vein thrombosis).
PERLU TAHU PUNCA DEMAM
Kes-kes seperti yang dinyatakan ini memerlukan rawatan doktor dengan segera. Kes-kes sebeginilah yang sering menyebabkan pesakit mengalami demam yang berulang-ulang. Oleh itu ibu hendaklah mendapatkan rawatan doktor dan meminta beliau melakukan penyiasatan terperinci untuk mencari punca sebenar demam. Pemeriksaan mungkin mengambil masa tetapi langkah ini perlu dilakukan untuk kesihatan ibu dan keselamatan si bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat wanita yang sedang mengandung, pengambilan makanan adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan. Jangan ikutkan nafsu dan makan semua benda tanpa kawalan. Anda harus ingat, apabila mengandung anda perlu lebih berdisiplin dan menjaga makan kerana nutrisi yang banyak sangat diperlukan oleh kedua-duanya.
Amalkan pemakanan yang sihat dan paling baik adalah mengamalkan makanan sunnah yang kaya dengan segala kebaikan nutrisinya. Di dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad telah menyenaraikan jenis makanan yang boleh anda amalkan ketika sedang hamil.
Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.
Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama : KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak.
Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua : BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.
Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.
Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga : MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.
Kelima : MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.
Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam : SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.
Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.
Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Perkongsian ini sangat bermanfaat kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Bagi yang belum bermula, bolehlah mencubanya. Bukan hanya untuk wanita hamil, semua makanan yang ada dalam senarai ini juga elok untuk diamalkan oleh semua orang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.