Selepas isteri mengalami keguguran pada tahun lepas, pengacara program Tanya Doktor, Dr Say Shazril mengumumkan khabar gembira bahawa isterinya, Dr Azura Abas kini sedang hamil anak kedua.
Doktor selebriti yang juga bapa kepada si comel Aezreil atau Ace memaklumkan khabar gembira itu menerusi Instagramnya.
Kata Dr Say, dia menahan diri dari berkongsi kisah kehamilannya ketika disahkan oleh doktor kerana bimbang pisang berbuah dua kali.
Dan kini selepas kandungan isterinya makin stabil, Dr Say bersedia mengumumkan kehamilan isterinya di media sosial bagi berkongsi rasa gembira mereka sekeluarga.
“Alhamdullilah, Adik Ace In The Making.
“Masa sebulan bini missed period & positive urine pregnany test, hati saya menjerit nak kongsi berita baik ni kat satu dunia.
“Tapi pengalaman & kesedihan keguguran lepas mengajar saya untuk bersabar (plus bini sekeras-kerasnya larang saya share kat socmed).
“Lepas 3 bulan menahan, untuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri-sendiri ja). Kelihatan sihat & lincah pergerakan kandungan bini. Terukir senyuman luas pada muka saya & bini,” kata Dr Say berkongsi khabar gembira.
Malah kata Dr Say lagi, keputusan positif itu diterima olehnya dan isteri tersayang selepas tiga bulan mengalami keguguran pada tahun lepas.
Berkat usaha dan kegigihan mereka untuk menimang anak kedua, akhirnya Allah kurniakan rezeki sekali lagi.
“3 bulan lepas keguguran kami berjaya menimang cahaya mata baru ni. Betul lah macam apa yang kalian katakan “sekali gugur, senang nak lekat”.
“Yang ni memang kami tak rancang tapi penangan PKP, makan + tidur + bersama, ulang hari-hari alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat saya nak mintak izin bini, terus dia cakap “u nak bagitau satu dunia lah tu kan?”. Saya tersenyum malu, tapi mahu.
“Maka alhamdullilah peeps! ADIK ACE IS CURRENTLY IN THE MAKING! 3 bulan yang genting telah berlalu. Masih tinggal 7 bulan. Doakan kandungan kami ni sihat sejahtera please,” tulisnya lagi.
Namun kata Dr Say lagi, bagaimanapun alahan isterinya kali ini lebih hebat berbanding kehamilan sebelumnya. Dan inilah penyebab dia menyepikan diri seketika daripada media sosial, demi memberi lebih perhatian buat isteri.
“Ampun saya lama menyepi sebab kali ni alahan bini kuat sikit berbanding pregnancy sebelum ni so kena jaga well being dia sikit. Saya tau hampa mesti curious jantina nya. Tak kisah apa jua jantina yang penting kali ni #TeamDaddy #SayJr!
P/S : Tajam mata hampa tengok kat post bini & story saya ampa boleh nampak baby bump bini ye. Jenuh saya cover cakap tu buncit penangan Musang King ahaha,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, Instagram Dr Say dihujani dengan ucapan tahniah dari seluruh pengikutnya di atas perkhabaran gembira itu.
Tahniah buat Dr Say dan isteri. Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi kelak.
Artikel berkaitan:
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @say_shazril