Walaupun baru disahkan hamil namun Diana Amir tetap bersemangat ke Bosnia untuk misi kemanusiaan.
Pengacara TV ini mengakui pada peringkat awal perasaan bimbang dan takut tetap ada kerana dia baru sahaja mengandung.
Tetapi Diana bertawakal pada Allah untuk jaga keselamatan dirinya dan bayi dalam kandungan.
Oleh kerana berada di trimester awal kehamilan, Diana mengakui agak sukar dan mencabar ketika melakukan misi kemanusiaan di Bosnia.
Bagaimanapun Diana bersyukur kerana dikurniakan teammates yang banyak membantu dan menghulurkan pertolongan.
Keadaan jalan di sana yang berbukit bukau dan bersimpang siur seperti perjalanan hendak ke Cameron Highland selain tempoh masa perjalanan melebihi 6 jam membuatkan dia kerap pening kepala dan mual.
“Syukur ada teammates yang selalu bagi Diana balm, bawak asam-asam dan kudap-kudap, bagi baju buat bantal, belikan air dan aiskrim bila kereta berhenti, urut belakang badan Diana dan menjadi tempat Diana menangis bila rasa tak larat. Alhamdulillah sangat,” kongsinya di Instagram.
Kongsi Video Imbasan Pertama Baby
Ibu kepada dua orang anak perempuan ini berkongsi video imbasan pertama bayi dalam kandungan di Instagramnya baru-baru ini.
Ibu Khawlah dan Khadija ini turut berkongsi reaksi kedua anaknya apabila mengetahui mereka bakal mendapat adik.
Lucunya anak pertama Diana yang awalnya teruja untuk melihat ujian imbasan si adik akhirnya menjadi takut apabila melihat video imbasan berwarna biru.
Diana berdoa agar kehamilan ketiganya ini dipermudahkan segalanya dan dikurniakan seorang lagi anak yang soleh dan sihat sebagai penyejuk mata dan hati serta pengikat kasih sayangnya dan suami.
Diana antara selebriti yang menyertai kempen misija4bosnia yang dijalankan bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek-projek kemudahan dan pembangunan di Bosnia.
Lain-lain selebriti yang turut terlibat dalam Squad Celebrity Global Volunteer adalah Ashraf Muslim, Farah Fauzana, Farah Lee, Irma Hasmie, Lufya dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Dianaamir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI