Penyanyi, Nourul Wahab Depp, bersyukur apabila disahkan hamil anak keempat yang dijangka kelahirannya pada Mei tahun depan.
Menurut Nourul, pada mulanya dia rasa segan nak berkongsikan berita tentang kehamilan kali ini kepada orang ramai tapi bila difikirkan kembali sampai bila.
Bagi mengelakkan salah faham, lebih baik saya beritahu awal dan harap doa yang baik-baik dari semua peminat.
Sebelum ini pun suami, Eric Daniel Depp, 52, memang inginkan seorang lagi cahaya mata dan bersyukur Allah masih memberikan lagi rezeki walaupun di usia 41 tahun.
Nourul berkata, walaupun dah mempunyai anak dara (Ayu Nazirah) melalui perkahwinan bersama Ajai sebelum ini dan dua anak lelaki Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3, kehamilan kali ini tak banyak bezanya.
Cuma sekarang saya mengidam kuih tradisional. Entah kenapa, saya teringin sangat makan kuih dangai yang berasaskan kelapa. Mujurlah kami dapat cari di sekitar sini saja. Begitu juga dengan apam manis,” katanya kepada BH Online.
Sementara itu, peminat Nourul turut mendoakan agar anak keempatnya perempuan.
Malah Nourul juga akui dia dan suami pun memang teringin nak anak perempuan. Namun jika tak dapat pun, dia tetap bersyukur. Asalkan sihat dan sempurna.
Sumber: ig Nouruldepp