Untitled design (11)

Hb rendah atau anemia ialah satu keadaan yang sering dialami ibu hamil. Tapi tidak ramai menyedari sebenarnya anemia juga salah satu petanda pembawa talasemia. Paling bahaya, ia boleh memberikan kesan buruk kepada bayi dalam kandungan!

Perkongsian Dr Sakinah Sulong ini boleh dijadikan panduan. Ibu hamil sebaik-baiknya tidak mengelak daripada mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan semasa hamil. Bagi ibu hamil yang mengalami anemia, pil hematinik akan dibekalkan oleh klinik.

Menangani ibu hamil anaemia memang jadi asam garam kami di klinik kesihatan.
Majotiti ibu mengalami Iron Deficiency Anemia iaitu masalah kurang darah merah akibat kurang zat besi.

Hamil Hb Rendah Sangat, Berdiri Cuci Pinggan Pun Penat. Rupanya Ibu Pembawa Talasemia

RAMAI TAK SEDAR DIRI PEMBAWA TALASEMIA

Namun ada sebilangan, lebih kurang 10% yang mengalami anaemia disebabkan masalah Thalasemia. Keadaan ini mungkin tidak disedari oleh pesakit sendiri memandangkan bagi Thalasemia carrier, lazimnya mereka tidak mempunyai apa-apa tanda melainkan bila mereka mengandung atau waktu tidak sihat.

Ada yang hanya mengetahui status pembawa setelah menjalani ujian darah semasa mengandung.

Sebab itu penting untuk ibu-ibu mengambil hematiniks untuk meningkatkan Hemoglobin atau sel darah merah. Jangan sekali culas.

Ads

Paras hemoglobin yang tidak meningkat walaupun dengan pengambilan hematinik menyebabkan wanita itu akan disaring untuk masalah Talasemia.

Dalam hal pesakit saya, status ibu yang mempunyai Thalasemia carrier dan IDA, menyebabkan darah merahnya turun hingga paras 6.8g/dL sahaja.

Tak hairanlah dia mengadu sangat penat hinggakan nak berdiri basuh pinggan lama-lama pun dia tak mampu.

ANEMIA TAK DIRAWAT, BAYI KECIL DARIPADA USIA KANDUNGAN

Paling bimbang bila diperiksa kandungannya, bayinya tidak membesar seperti sepatutnya. Kandungan yang sudah menjangkau 9 bulan umpama 8 bulan sahaja saiznya. Saya syak bayinya sudah mengalami IUGR.

Inilah komplikasi sekiranya anaemia tidak dirawat sebaiknya.

Hamil Hb Rendah Sangat, Berdiri Cuci Pinggan Pun Penat. Rupanya Ibu Pembawa Talasemia

Ads

PENDARAHAN SEMASA BERSALIN BOLEH BERLAKU

Bahaya lain menanti, dia berisiko untuk melahirkan bayi pramatang dan kurang berat. Malah juga boleh mengalami Post Partum Haemorrhage atau pendarahan yang banyak semasa bersalin. Oleh sebab itu, masalah anemia beliau mesti ditangani segera.

Beliau dirujuk ke hospital untuk mendapat transfusi darah. Mungkin sekiranya perlu, beliau akan di induce untuk menyelamatkan bayinya yang kurang membesar. Segala-galanya demi menjaga keselamatan ibu dan anak.

Hamil Hb Rendah Sangat, Berdiri Cuci Pinggan Pun Penat. Rupanya Ibu Pembawa Talasemia

Ads

JANGAN CULAS AMBIL PIL DIBEKALKAN

Jadi, janganlah culas atau pandang enteng kepada pil hematinik yang dibekalkan oleh klinik. Kalau anda memilih untuk membeli pil hematinik dari farmasi luar, sila beritahu pihak klinik.

Beritahu jururawat dan doktor brand pil yang anda ambil kerana kepekatan zat besi mungkin berbeza mengikut brand. Jangan membazir dengan mengambil bekalan hematinik klinik tapi hanya disimpan.

Hamil Hb Rendah Sangat, Berdiri Cuci Pinggan Pun Penat. Rupanya Ibu Pembawa Talasemia

Bukan sedikit wang kerajaan dibelanjakan.
Dan sekiranya anda tahu status anda mempunyai Thalasemia, sila beritahu dan tunjukkan dokumen berkaitan kepada pihak klinik. Ini akan membantu pihak klinik dan ujian darah berkenaan tak perlu diulangi.

Semoga ibu dan bayi ini selamat dilahirkan.

Sumber: Sakinah Sulong

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI