Ada yang menganggap alahan atau mabuk hamil pada ibu mengandung sengaja ‘dibuat-buat’. Namun bagi tuan badan yang melalui fasa ini saja akan tahu betapa seksanya nak pastikan keadaan kembali normal.
Menurut kajian, sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. Namun ada juga wanita hamil yang terlepas daripada melalui saat memenatkan ini.
Jika dalam tempoh awal trimester saja ok lagi tapi ada sesetengahnya sampai dah nak bersalin pun masih belum hilang alahan. Namun semua itu tetap dilalui dengan penuh sabar demi anak dalam kandungan. Kuat sungguh orang perempuan ni!
Terbaru melalui perkongsian aktres dan usahawan popular Syatilla Melvin di instagramnya, dia memberitahu mengalami simptom mabuk hamil seperti loya dan mahu muntah-muntah.
Selepas disahkan hamil cahaya mata ketiga baru-baru ini seolah-olah datang satu perangai pelik yang tak pernah-pernah pun berlaku sebelum ini. Perkara yang paling suka buat itu sekarang yang langsung tak boleh nak tengok.
Menurut Syatilla atau mesra disapa Tilla, dia berasa loya apabila melihat persekitaran dan dekorasi di dalam kediaman miliknya terutama ketika bangun dari tidur.
“Kali ni mengandung Tilla mabuk dan melugai (loya). Tilla melugai dengan benda yang Tilla terlalu suka buat! Nak tahu apa?
Ads
“Tilla tak boleh tengok rumah Tilla sendiri. Ya Allah rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri. Barang-barang rumah yang Tilla deko semua tak boleh pandang.
“Matilah macam ni Ya Allah. @shaheizy_sam takkan kena tidur hotel sampai beranak?,” soalnya kepada suami yang juga aktor, Shaheizy Sam.
Di ruangan komen, ada beberapa peminatnya turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama ketika hamil sehingga terpaksa ‘berpindah’ ke rumah ahli keluarga lain buat sementara waktu sehingga keadaan kembali ok.
“Saya tak boleh tengok bahagian dapur rumah..tak boleh bau bawang & bau tumisan masakan & tak boleh masak..dah 4 bulan lebih dah camni..makan pun tak berapa nak selera..ngandung anak ketiga jugak ni…”
Ads
“Sama macam saya sis.. Masa mengandung tak boleh tengok rumah sendiri. Saya duduk rumah mertua sampai bersalin..”
Malah di ruangan komen ada yang mendoakan agar proses kehamilan Tilla kali ini berjalan lancar. Ini berikutan Tilla pernah keguguran pada April lalu dan sebelum itu pun pernah dah 2 kali tiada rezeki.
Tambahnya lagi, walaupun sebelum ini pernah terfikir untuk memakai alat pencegah kehamilan tapi rezeki perancangan Allah lebih dari segalanya.
Ads
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Februari 2016 dan mereka telah dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4 tahun dan Sarima Samheizy, 2 tahun.
Kredit: Instagram Syatilla Melvin
Nak keluar beli belah masih risau lagi, apa kata klik je sini untuk tengok promo istimewa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehamilan sememangnya cukup indah namun menempuh trimester pertama ternyata cukup menguji kekuatan ibu hamil. Ada daripada kita yang langsung tidak mahu makan dek kerana tiada selera mahupun muntah berpanjangan sehingga ibu hamil takut untuk makan.
Namun ada juga kes di mana ibu hamil merasa loya dan tidak berselera setiap kali melihat makananan, sudahnya ibu hamil hanya minum air dan jus untuk mendapatkan tenaga. Jadi bagaimanakah ibu hamil dapat memberikan nutrisi pada tubuh dan sekaligus bayi di dalam kandungan. Dan adakah perlu ibu hamil mengambil suplemen?
Menurut Dr. Jamali Wagiman, Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Columbia Asia, Seremban, terdapat banyak vitamin dan mineral di dalam pasaran. Pengambilannya kerap menjadi topik utama semasa pemeriksaan di klinik atau sesi soal jawab di seminar pra-natal.
Asas sebenar pengambilan vitamin dan mineral tambahan semasa hamil adalah untuk mengurangkan komplikasi buruk yang mungkin berlaku kepada ibu dan bayi. Oleh itu, hanya zat besi dan folic acid sahaja perlu diambil.
Walaupun keperluan zat besi hanyalah 60 mg sehari dan asid folik 400 mg, tubuh manusia tidak mampu menyerap 100 peratus dari pil yang ditelan. Untuk itu, ibu hamil perlu mengambil zat besi, antara 180mg hingga 500mg bergantung kepada formula yang diambil.
Sentiasa perhatikan juga label pada botol dan rujuk semula kepada doktor kerana terdapat formula yang mengandungi paras zat besi yang terlalu sedikit walaupun perisa dan bungkusannya lebih menarik.
Kalsium, Vitamin A, dan zink hanya perlu diambil dalam kes-kes tertentu sahaja manakala pengambilan mineral micronutrient seperti vitamin B6, E, C dan D tidak perlu ditambah.
Kesimpulannya, untuk sihat ketika hamil tidak memerlukan pengambilan berbilang zat dan mineral. Ambil sahaja suplemen yang disarankan oleh doktor kerana itu sebaiknya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Setiap kali makan dan minum mama mesti akan terus muntah. Jangan main-main, kalau keadaan ini dibiarkan berlanjutan lama tanpa rawatan badan boleh alami dehidrasi atau kurang air dalam badan. Ia juga boleh sebabkan kematian!
Morning sickness atau alahan mengandung selalunya melibatkan rasa mual dan muntah. Namun jika ia berlaku sepanjang kehamilan bukan sesuatu yang baru bagi wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil akan mengalaminya meski hamil untuk kali kedua dan seterusnya.
Namun, mabuk atau alahan mengandung yang berlebihan atau Hyperemesis Gravidarum boleh memudaratkan kesihatan. Lebih buruk jika tidak dirawat dan dikawal segera, ia boleh membawa maut.
Ini bukanlah masalah yang biasa dialami ibu hamil. Hyperemesis Gravidarum merupakan keadaan di mana wanita hamil mengalami mual dan muntah berlebihan, lebih daripada sepuluh kali dalam tempoh 24 jam sehingga mengganggu kesihatan. Anda muntahkan kesemua yang dimakan ataupun diminum malah air liur sendiri juga tidak mampu ditelan seperti biasa.
Keadaan ini menyebabkan penurunan berat badan, dehidrasi dan beberapa keadaan lain. Hyperemesis Gravidarum berlaku bermula dari awal kehamilan, di antara usia kandungan empat minggu dan tujuh minggu. Muntah-muntah mungkin sedikit berkurangan antara 14 minggu dan 16 minggu kehamilan.
Dalam beberapa kes, Hyperemesis Gravidarum mungkin berlarutan sehingga usia kandungan mencecah 20 minggu. Malangnya, sebilangan 10 hingga 20 peratus wanita hamil mengalami keadaan ini sepanjang tempoh kehamilan mereka. Hyperemesis Gravidarum yang dirawat lebih awal dapat mengelakkan mudarat pada bayi dalam kandungan.
ALAHAN MENGANDUNG VS HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Jika anda mengalami Hyperemesis Gravidarum, mengubati sendiri tidak membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Walau pun muntah berlebihan yang dialami tidak memberikan kesan penurunan berat badan mendadak, sebaik-baiknya dapatkan rawatan untuk alahan mengandung.
Rawatan awal boleh membantu untuk mengelakkan Hyperemesis Gravidarum daripada semakin buruk, di samping mengurangkan simptom-simptomnya.
Alahan atau muntah-muntah yang dialami selepas usia kehamilan lapan minggu atau demam juga berkemungkinan ia disebabkan oleh beberapa sebab lain seperti:
FAHAMI RISIKO IBU YANG KEHILANGAN BERAT BADAN AKIBAT HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Bayi berisiko tinggi untuk lahir dengan berat badan yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. Penting untuk diberi perhatian adalah penggunaan ubat sepanjang kehamilan, terutama ketika trimester pertama. Dapatkan konsultasi dan preskripsi daripada doktor tentang pengambilan ubat-ubatan anti-alahan ketika hamil.
Kesannya pada ibu pula lebih kepada aspek psikologi. Ibu hamil yang mengalami muntah keterlaluan memberi pengalaman sukar pada mereka. Tubuh badan lemah longlai, tertekan dan tidak dapat merasai nikmat dan kegembiraan dalam kehamilan. Emosi wanita hamil yang terganggu memberi kesan terhadap hubungan suami isteri.
Keadaan sukar akibat Hyperemesis Gravidarum menyebabkan mereka lebih senang bersendirian memencilkan diri, meninggalkan pasangan dalam keadaan serba tidak kena.
Masalah Hyperemesis Gravidarum yang berlarutan dalam tempoh yang lama juga menyebabkan wanita hamil sukar untuk mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri dan ahli keluarga (anak-anak) lain dengan sempurna. Aktiviti mudah dilakukan sebelum ini seperti mandi, memandu ataupun membeli barangan dapur juga seolah-olah amat sukar untuk dilakukan.
TIP KURANGKAN KESAN HYPEREMESIS GRAVIDARUM
Terdapat 9 langkah yang boleh diambil wanita hamil bagi membantu melalui Hyperemesis Gravidarum iaitu:
Dapatkan nasihat doktor atau pakar perbidanan lebih awal tentang keadaan anda.
Ceritakan apa yang anda alami dan beritahu bahawa anda mahu dapatkan rawatan awal mengatasinya
Minta sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Bukan sekadar sokongan moral tetapi juga bantuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti menjaga anak-anak yang lain, memasak, membeli barangan keperluan dan juga kerja-kerja rumah.
Mengidam adalah perkara biasa. Cuba penuhinya. Elakkan makan atau melihat makanan yang mendatangkan rasa loya pada anda. Jika memasak atau ‘bau dapur’ menyebabkan rasa loya, pilih makanan sejuk yang mudah disediakan.
Pastikan anda minum air secukupnya. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
Boleh juga makan ketulan ais untuk pastikan tubuh mendapat air secukupnya. Makan apa sahaja makanan yang boleh ditelan untuk kekal bertenaga.
Elakkan terlalu memikirkan makanan apa yang dimakan. Apabila kesan Hyperemesis Gravidarum semakin berkurangan, barulah amalkan kembali makanan berkhasiat.
Dapatkan rehat secukupnya. Tubuh yang terlalu keletihan akibat Hyperemesis Gravidarum akan menyebabkan muntah-muntah semakin buruk.
Sokongan moral boleh didapati dari kalangan rakan sekerja atau komuniti yang pernah mengalami masalah yang sama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanis Zalikha yang kini sedang hamil anak kedua mendedahkan yang selalunya anak akan sensitif, manja dan exspressive bila si ibu sedang mengandung.
Hanis yang sedang bercuti di Phuket, Thailand turut bercerita mengenai permainan yang disediakan untuk Yusuf semasa percutiannya di sana.
haniszalikha I’ve prepared lots of toys and activities for him beforehand tapi yang paling menang is the playdough. Dia suka sangat and it bought us plenty of time to eat and chat with our friends.
YUSUF JADI CLINGY & EXPRESSIVE
Tapi orang cakap bila kita mengandung ni, anak jadi sensitif, manja dan expressive. I never gave too much thought on it, until this trip. We have never seen Yusuf this clingy and expressive before.
And the silliest part about it all (come to think of it now) naper kita tak bagi je dia handphone time dia moody lol. Maybe sebab memang tak biasakan so tak terlintas langsung.
KANAK-KANAK PERLU DITERANGKAN SUPAYA BOLEH TERIMA SESUATU
Jadi terperasan satu benda, perkara yang memerlukan extra effort dalam parenting is the explaining. They won’t get it the first time, the second time, heck they will refuse to understand apatah lagi time tengah tak puas hati.
Tapi memang tanggungjawab kita nak terangkan, terangkan, terangkan sampai dia faham. Dalam kesabaran atau kemarahan pun masih duk menerangkan. We figured it should be better than asking him to just be quiet.
Kalau nak prepare toys and activities pergi kedai murah jelah borong. Kitorang beli2 hampir semua dekat Daiso hihi.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.