Dijangka melahirkan anak keempat hujung September atau Oktober depan, penyanyi lagu Ombak Rindu dan Takdir Tercipta, Adira Suhaimi anggap cukuplah jika dikurniakan empat cahaya mata.
Fokus untuk membesarkan anak-anak sebaik mungkin
Adira yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan, berkata, mahu ‘tutup kilang’ selepas melahirkan anak keempat.
“Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya.
“Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin.
“Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan,” katanya.
Bukan nak berahsia
Berkongsi mengenai kehamilan keempatnya, Adira memberitahu sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah…
Ads
“Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya,” katanya kepada BH Online.
Pendedahan kehamilan itu turut menjawab teka-teki bertebaran, sejak bulan lalu menerusi video dimuat naik yang menampakkan ‘baby bump’ ketika bersama tiga anaknya.
Memilih tidak terlalu aktif, Adira bersyukur, pengalaman hamil kali ini tidak terlalu memenatkan.
“Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan.
“Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG).
Ads
“Kali ini, saya aktif dan agak lasak,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas jantina anak yang bakal dilahirkan, Adira berkata, dia belum bersedia mendedahkan.
“Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata.
“Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” katanya.
Ads
Kehamilan ini juga membuktikan rumah tangga dibinanya bersama Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 masih utuh, biarpun pasangan ini pernah dilaporkan berantakan.
Sebelum ini Adira telah dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
Diam tak diam, tidak berapa lama lagi, pelakon Nad Zainal bakal melahirkan anak keduanya selepas mengumumkan kehamilannya pada penghujung tahun lalu.
Kini Nad sedang menanti detik kelahiran keduanya itu. Biarpun sudah mengetahui jantina bayi yang dikandungnya namun bintang drama bersiri, Takdir Yang Tertulis itu lebih selesa berahsia mengenai jantinanya buat masa ini kepada umum.
Namun cerita Nad di Instagram mengenai anak sulungnya, Fahad Ibrahim atau Yem yang ada waktunya ‘terbocor’ rahsia buat Nad panik namun terhibur dengan gelagat anaknya itu.
“Me: tiap kali orang tanya anak apa kali ini…i refused to jawab…ahahaha suprise!
“Tapi..Yem Boy tak boleh simpan rahsia. Semalam dia main sebut kuat-kuat di public,” kongsi Nad.
Namun menariknya bukan hanya mendedahkan jantina bahkan Yem turut mendedahkan nama yang bakal diberikan kepada adiknya kelak. Cute!
” Siap nama penuh! Nasib dia tak pandai pakai hp, kalau tak reporter call dia je,” selorohnya lagi.
Rupanya Nad dan suami sudah pun mempersiapkan nama untuk bayi kedua mereka dan hanya menanti dilahirkan sedikit masa lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti turut sama mendoakan agar urusan kelahiran Nad dipermudahkan kelak.
Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Muhammad Falliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Fahad Ibrahim, yang kini berusia 4 tahun. Kini, Nad sedang menanti detik kelahiran bayi keduanya sedikit masa lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @nad.zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun hamil, anda masih boleh keluar bercuti. Jangan jadikan kehamilan sebagai penghalang untuk anda mengendurkan tekanan. Ikuti panduan-panduan berikut bagi membantu anda melakukan aktiviti bercuti dengan aman tanpa sebarang kemusykilan.
Hanya setelah morning sickness reda
Awal kehamilan, lazimnya wanita hamil dibayangi dengan gangguan morning sickness. Dianjurkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh mendatang kemudaratan sebelum kandungan berusia 12 minggu. Saranan waktu terbaik untuk anda bercuti ialah trimester kedua, iaitu antara bulan ke-4 dan ke-6. Waktu yang seharusnya dihindari untuk bercuti terutamanya yang melibatkan penerbangan pesawat ialah minggu ke-36 hingga minggu ke-38.
Lakukan pemeriksaan doktor
Tubuh yang sihat akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti sepanjang percutian. Jadi, sebelum bercuti dan melakukan perjalanan jauh, anda harus mendapatkan pemeriksaan doktor. Dalam pada itu, jangan lupa untuk membawa bersama buku rekod kesihatan anda ketika bercuti. Jika berlaku hal yang tidak diingini kepada kehamilan anda, buku berkenaan dapat dijadikan rujukan oleh doktor yang bakal membuat pemeriksaan.
Pilih destinasi yang tidak terlalu jauh
Sebaik-baiknya, usahakan untuk tidak bercuti ke destinasi yang terlalu jauh ketika masih hamil. Biarpun anda boleh ke luar negara, namun elakkan berlama-lama di dalam pesawat. Ada baiknya, pilih destinasi domestik. Bagi yang mahu bercuti di atas puncak gunung pula, anda tidak digalakkan untuk berada di ketinggian yang melebihi daripada 3600 meter daripada paras laut.
Pakai tali pinggang keselamatan
Demi alasan keselamatan, anda masih perlu untuk memakai dengan betul tali pinggang keselamatan. Tidak kiralah sama ada di dalam kereta, pesawat kapal terbang atau apa-apa juga jenis kenderaan yang memerlukan anda menggunakan tali pinggang keselamatan. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa kecelakaan yang lebih teruk dapat dihindarkan jika anda menggunakan tali pinggang keselamatan dengan betul.
Dapatkan vaksin perjalanan
Semasa hamil, sebaik-baiknya elakkan daripada melawat negara-negara di mana vaksinasi diperlukan! Jika masih perlu ke destinasi berkenaan, berjumpalah doktor kerana lebih arif tentang vaksin yang selamat diambil. Jika anda sedang cuba untuk hamil dan mahu ke luar negara pula, dapatkan vaksinasi yang diperlukan sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berusaha hamil.
Kapal terbang atau kenderaan darat?
Mana-mana kenderaan pun ada risiko tersendiri. Namun, anda harus peka dan tahu apa yang perlu dilakukan usai memilih kenderaan berkenaan sebagai pengangkutan kala bercuti.
Pesawat kapal terbang
Anda perlu tahu, keadaan fizikal dan tahap kesihatan anda mengizinkan anda melakukan penerbangan atau sebaliknya.
Mintalah tempat duduk di bahagian AISLE bagi memudahkan anda pergi ke tandas.
Minum air kosong yang cukup bagiu mencegah dehidrasi.
Membawa ubat-ubat yang diperlukan selama perjalanan.
Berjalan kaki di lorong pesawat setiap dua jam sekali untuk melancarkan aliran darah di kaki dan mengurangkan rasa sakit pinggang dan punggung.
Gerakkan kaki anda setiap 30 minit sekali untuk menghindarkan masalah kekejangan kaki.
Kereta atau bas
Adalah lebih baik perjalanan menaiki kenderaan darat dihadkan kepada hanya enam jam sehari.
Pasangkan tali pinggang keselamatan dengan betul. Pastikan posisi tali berkenaan berada di bawah perut anda. Jangan pasangkan ia di bahagian tengah ataupun di atas perut. Hal ini sangat membahayakan bila terjadi kemalangan.
Digalakkan untuk berhenti berehat setiap 90 minit untuk meregangkan tubuh agar badan tidak berasa sengal dang lenguh.
Sediakan bantal leher untuk menghindari ketegangan di bahagian berkenaan.
Jangan lupa bawa ubat-ubatan yang anda perlukan.
Risiko terbang dengan pesawat
Golongan ibu hamil dianggap memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gangguan ringan hingga risiko yang paling teruk iaitu keguguran. Gangguan yang paling biasa dialami ialah kekejangan dan bengkak di bahagian kaki. Hal ini lazimnya terjadi terhadap penerbangan yang memakan masa tiga hingga lima jam dan ke atas.
Gangguan yang lebih serius adalah thrombosis (pembekuan darah). Gejalanya ialah bahagian belakang kaki terutamanya di bawah lutut mengalami bengkak, nyeri dan berwarna kemerah-merahan. Hal ini disebabkan oleh ketidaklancaran peredaran darah.
Ada dua cara yang boleh dilakukan untuk mencegah kekejangan hingga boleh menyebabkan darah membeku. Gunakan compression sock yang membantu merangsang pengaliran darah di kaki dengan lancar.
Satu lagi cara ialah setiap satu jam, lakukan regangan ringan sekadar yang mampu selama kira-kira lima minit. Mulakan dengan gerakan leher, bahu hingga hujung kaki.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu senaman yang berat, cukup hanya senaman ringkas setiap hari untuk mengekalkan tenaga ibu hamil sepanjang kehamilan. Paling penting, kecergasan tubuh ini juga buat ibu lebih bersedia untuk proses kelahiran kelak.
Rupanya bukan hanya ibu turut menerima manfaatnya, bahkan bayi dalam kandungan juga turut sama menerima tempias kebaikan dari ibu bersenam.
Menurut perkongsian dari Public Health Malaysia, ibu hamil yang menjaga rutinnya dengan senaman dapat merendahkan risiko masalah paru-paru pada anaknya kelak. Hebat kan?
Satu lagi sebab mengapa anda perlu aktif walaupun anda sedang hamil. Baru-baru ini, para penyelidik telah menemui bukti bahawa senaman semasa hamil adalah baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung.
Dalam penyelidikan yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa Persatuan Pernafasan Eropah ‘pada hari ini Ahad, Dr Hrefna Katrin Gudmundsdottir mengatakan bahawa kajian kepada 814 bayi, untuk pertama kalinya, menunjukkan perkaitan antara fungsi paru-paru bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif secara fizikal berbanding dengan yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.
Dr Gudmundsdottir, seorang pakar pediatrik dan pelajar PhD di University of Oslo, Norway, mengatakan:
“Kajian terdahulu menunjukkan individu dengan fungsi paru-paru rendah pada masa bayi mempunyai risiko asma, penyakit paru-paru obstruktif lain, dan fungsi paru-paru yang lebih rendah di kemudian hari.
“Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif lebih cenderung untuk berada di dalam kumpulan fungsi paru-paru yang tidak baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.”
Ibu aktif kurangkan risiko pada bayi:
* Bayi kurang risiko paru-paru yang teruk.
* Kurang risiko masalah pernafasan.
* Kurang risiko asma.
“Kami melihat pentingnya memberi nasihat kepada wanita hamil mengenai aktiviti fizikal.
Walaubagaimanapun, kajian masih lagi perlu dilakukan dengan lebih mendalam di tambah dengan faktor-faktor lain bagi merungkai perkaitan ini dengan lebih baik.
Selain minum susu dan makanan yang sihat, jangan lupa untuk bersenam untuk kekal aktif sepanjang hamil.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...