Dijangka melahirkan anak keempat hujung September atau Oktober depan, penyanyi lagu Ombak Rindu dan Takdir Tercipta, Adira Suhaimi anggap cukuplah jika dikurniakan empat cahaya mata.
Fokus untuk membesarkan anak-anak sebaik mungkin
Adira yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan, berkata, mahu ‘tutup kilang’ selepas melahirkan anak keempat.
“Saya tak mahu hamil lagi, cukuplah empat anak. Suami tak kisah dengan keputusan saya.
“Paling utama, tanggungjawab dalam membesarkan anak-anak sebaik mungkin.
“Bila sudah ada empat anak bermakna makin bertambah tanggungjawab. Apapun, saya berharap semoga urusan melahirkan anak keempat akan dipermudahkan,” katanya.
Bukan nak berahsia
Berkongsi mengenai kehamilan keempatnya, Adira memberitahu sebelum ini, saya bukannya nak mengelak mahu mengaku hamil lagi. Bagi yang tahu, tahulah…
“Tetapi, sekarang barulah saya bersedia nak berkongsi. Doakan saya,” katanya kepada BH Online.
Pendedahan kehamilan itu turut menjawab teka-teki bertebaran, sejak bulan lalu menerusi video dimuat naik yang menampakkan ‘baby bump’ ketika bersama tiga anaknya.
Memilih tidak terlalu aktif, Adira bersyukur, pengalaman hamil kali ini tidak terlalu memenatkan.
“Saya tidak alami alahan. Berilah makan apa sahaja, semuanya saya telan.
“Walaupun berehat dalam arena seni, namun, saya tetap aktif memuat naik pelbagai hantaran dalam Instagram (IG).
“Kali ini, saya aktif dan agak lasak,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas jantina anak yang bakal dilahirkan, Adira berkata, dia belum bersedia mendedahkan.
“Sekarang, saya sudah memiliki dua heroin dan seorang hero. Jika diizinkan, saya inginkan anak lelaki lagi, jadi adalah dua pasang cahaya mata.
“Namun, apapun pemberian Allah, saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” katanya.
Kehamilan ini juga membuktikan rumah tangga dibinanya bersama Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 masih utuh, biarpun pasangan ini pernah dilaporkan berantakan.
Sebelum ini Adira telah dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
Kredit: BH Online
Mahu dapatkan Nunha Moon Pillow, boleh beli DI SINI dengan harga istimewa. Nak dapatkan lagi harga promo guna Kod PNMGSP5
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)