Hamil Ke Tidak? Tak Perlu Ragu, Ini Simptom Awal Mengandung!

Share

Hamil pada usia satu atau tiga minggu biasanya tidak disedari oleh bakal ibu. Ia seakan-akan sakit ketika hampir datang haid.

Pun begitu, tanda awal mengandung ini boleh dilihat sedikit perbezaannya. Jom periksa tanda-tanda awal hamil diusia tiga minggu kehamilan.

Pendarahan implantasi
Telur yang bakal menjadi embrio telah pun sampai ke ‘rumah baharunya’. Mungkin kelihatan sedikit tompokan darah semasa telur yang disenyawakan masuk ke dalam lapisan rahim.

Ini adalah pendarahan implantasi – berlaku sekitar masa telur diimplan dalam rahim. Ia lebih ringan daripada haid biasa dan mungkin hanya berlangsung selama 1 hingga 3 hari.

Loya
Apabila hormon kehamilan, human Chorionic Gonadotropin (hCG), mula memasuki badan, anda akan mula merasa mual atau loya teruk sehingga muntah.

Morning sickness (mabuk hamil) atau sepatutnya all-day sickness boleh berlaku tidak kira waktu dalam sehari.

Deria bau sensitif
Adakah bau di sekeliling anda menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini? Ia boleh menjadi petanda bahawa diri sedang hamil.

Deria bau lebih sensitif adalah kesan sampingan kehamilan yang disebabkan oleh hormon seperti:

Estrogen
Jika itu situasi yang dialami, elakkan untuk berada di dapur dan kedai makan serta pastikan tingkap sentiasa dibuka untuk membolehkan pengudaraan lebih baik.

Berangin dan kembung
Hormon progesteron menenangkan otot seluruh badan, termasuklah dalam saluran penghadaman anda.

Kesan keadaan tersebut memperlahankan proses penghadaman yang boleh menyebabkan gas dan kembung perut serta menimbulkan rasa tidak selesa dalam usus. Ini merupakan tanda-tanda hamil satu minggu sebelum haid pada perut.
Dianggarkan separuh daripada wanita hamil mengalami sembelit semasa kehamilan mereka.

Untuk memastikan pergerakan usus berjalan lancar, pastikan anda kekal terhidrat dan mengambil makanan berserat tinggi seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran.

Perubahan payudara
Payudara akan mula sakit dan puting mungkin menjadi gelap apabila badan mula ‘bersiap’ untuk menghasilkan susu.

Suhu badan asas
Jika anda membuat catatan suhu badan, ia sepatutnya kekal tinggi pada minggu ini. Untuk jejaki perubahan suhu, gunakan termometer badan basal dan ukur suhu sejurus selepas bangun pada waktu pagi.

Lewat haid
Jika kitaran haid adalah lebih pendek daripada 28 hari, anda mungkin menyedari diri hamil menjelang hujung bulan ini. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti adalah dengan melakukan ujian kehamilan.

 

Ujian kehamilan di rumah
Jika anda mengalami beberapa tanda-tanda awal kehamilan seperti di atas, jangan lupa untuk melakukan ujian kehamilan di rumah untuk melihat ketepatan keputusannya sebelum terlewat haid.

Tip
Sekiranya ujian pertama kali yang dilakukan adalah negatif, lakukan ujian susulan dalam tempoh beberapa hari atau seminggu kemudian.

Ini kerana jumlah hormon hCG dalam badan mungkin tidak mencukupi untuk dikesan dengan segera oleh kit kehamilan pada awalnya. hCG biasanya akan meningkat dua kali ganda setiap 48 jam.

Ujian kehamilan darah
Dalam sesetengah kes seperti jika anda berisiko untuk keguguran atau mengalami kehamilan ektopik, doktor mungkin akan meminta anda untuk melakukan ujian darah.

Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

Published by
SRM