Kehamilan kembar adalah kehamilan yang berisiko tinggi! Lahir pramatang, tumpah darah, caesarean & uri tidak dapat berfungsi baik boleh berlaku.

Tiada siapa boleh menolak ketentuan andainya dikurniakan kandungan kembar. Rezeki berganda daripada Allah tentu membuatkan hati mama papa gembira. Namun perlu diketahui yang pelbagai komplikasi boleh berlaku pada kehamilan kembar.

Menurut Dr Muhammad Izzat risiko dan komplikasi kepada bayi dan ibu yang hamil kembar lebih tinggi berbanding kehamilan tunggal. Ia terdiri daripada 7 perkara yang diutarakannya iaitu;

1) Masalah-masalah ringan yang berkaitan dengan awal mengandung seperti morning sickness, pedih ulu hati, kaki bengkak, urat timbul, sakit belakang – menjadi lebih biasa pada kehamilan kembar. Gejala-gejala ini akan berkurangan secara natural selepas bayi dilahirkan.

Hamil Kembar Berisiko! Lahir Pramatang, Tumpah Darah, Caesarean & Uri Tidak Dapat Berfungsi Baik Boleh Berlaku

2) Anemia ( kekurangan sel darah merah ) – disebabkan oleh kekurangan zat besi disebabkan tumbesaran bayi-bayi kembar menggunakan banyak zat besi

IKLAN

3) Pre-eclampsia – keadaan dimana tekanan darah ibu meningkat dan terdapat protein dalam air kencing

4) Berisiko untuk berlaku tumpah darah lebih tinggi dari biasa lepas bersalin akibat rahim tidak mengecut.


5) Kemungkinan besar kelahiran adalah secara caesarean atau kelahiran dibantu (forseps atau vacuum) untuk melahirkan bayi-bayi.
6) Kelahiran mungkin adalah pramatang – 60 dalam 100 kehamilan kembar 2 lahir sebelum 37 minggu. 75 dalam 100 kembar 3 lahir sebelum 35 minggu. Dalam perbandingan dengan wanita yang hanya ada 1 bayi , 10 dalam 100 yang lahir pramatang sebelum 37 minggu.

Hamil Kembar Berisiko! Lahir Pramatang, Tumpah Darah, Caesarean & Uri Tidak Dapat Berfungsi Baik Boleh Berlaku

Bayi yang lahir pramatang ini, mempunyai risiko berkaitan dengan masalah pernafasan, permakanan dan jangkitan kuman. Lagi awal bayi dilahirkan, lagi kerap masalah ini berlaku. Bayi mungkin kena dimasukkan dalam wad ICU bayi, ibu digalakkan untuk menyusu badan walaupun bayi berada di wad ICU

IKLAN

7) Kehamilan kembar mempunyai risiko uri tidak berfungsi dengan bagus dan memberikan kesan kepada tumbesaran bayi.

Twin-to-twin Transfusion syndrome ( TTTS)

Kembar yang berkongsi uri ( monochorionic pregnancies ) turut berkongsi peredaran darah yang sama. 15 dalam 100 kembar yang berkongsi uri ini, peredaran darahnya mungkin menjadi tidak seimbang, keadaan ini dinamakan twin-to-twin transfusion syndrome ( TTTS).

IKLAN

Salah satu bayi menjadi ‘penderma’ – menerima bekalan darah yang terlalu sikit, dan mempunyai tekanan darah yang rendah, manakala bayi yang satu lagi menjadi ‘penerima’ yang menerima banyak darah, dan mempunyai tekanan darah yang tinggi. Ibu yang mempunyai kehamilan kembar seperti ini akan dipantau dengan teliti dengan pemeriksaan scan yang kerap untuk mengenalpasti tanda-tanda TTTS ini.

Kadangkala TTTS ini adalah jenis ringan dan tidak memerlukan sebarang rawatan, ataupun ianya menjadi sangat serius, dimana ibu akan dirujuk ke hospital yang mempunyai kepakaran Fetomaternal untuk rawatan selanjutnya.

Bukan menolak rezeki ataupun menidakkan takdir mahupun qada’ & qadar, cuma bila diberikan pilihan berdoa lah untuk dapat kehamilan yang baik-baik sahaja dan jangan cepat merungut atau kecewa jika tidak mengandung kembar.

Smber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & Kehamilan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI