Dua sudah lahir, dua lagi masih dalam kandungan. Itu yang berlaku kepada seorang wanita China yang hamil kembar empat, namun sudah melahirkan dua bayi lelaki pramatang, masing-masing pada hari yang berbeza.
Bayi pertama dilahirkan 22 Mac di Hospital Qilu Universiti Shandong di Jinan, wilayah Shandong, timur China, selepas mengandung selama 25 minggu dan enam hari, lapor portal berita dzwww.com.
Empat hari kemudian, wanita itu melahirkan seorang lagi bayi. Dua bayi itu diletakkan di dalam inkubator.
Doktor berusaha menangguhkan kelahiran dua lagi bayinya untuk mengelakkan komplikasi yang mungkin berlaku terhadap bayi pramatang, kata Ma Yuyan, seorang doktor dari hospital itu.
“Dua bayi pertama dilahirkan sangat awal. Jika keempat-empat bayi dilahirkan pada masa itu, mereka akan mengalami banyak komplikasi dan agak berisiko untuk mereka semua untuk terus hidup,” katanya.
https://youtu.be/4a2srqGfUUs
Urut kaki isteri setengah jam setiap hari
Bapa kepada bayi berkenaan, yang dikenali sebagai Chu berkata, dua bayinya berada di dalam inkubator dan dia belum berpeluang melihat mereka.
Katanya, dia mengurut kaki isterinya selama setengah jam setiap hari kerana kaki isterinya bengkak akibat mengandung.
“Isteri saya menanggung kesusahan yang paling teruk. Saya berterima kasih kepadanya,” kata Chu.
Mulanya doktor beritahu kembar tiga
Chu berkata isterinya yang berusia 22 tahun pada mulanya diberitahu hamil kembar tiga kerana janin keempat tidak dilihat semasa pemeriksaan.
Pasangan terbabit berasal dari kawasan pedalaman Jining di Shandong.
Keluarga itu mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak 5,000 yuan (AS$786 atau kira-kira RM3,310.63) sebulan. Ia diperoleh Chu sebagai pekerja di sebuah syarikat logistik.
Kelahiran berselang jarang berlaku di China dan di seluruh dunia.
Pada 2017, seorang wanita di Yichang, Hubei, tengah China, melahirkan bayi lelaki enam hari lebih awal daripada dua kembarnya.
Kredit: Metro
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)