Hamil lagi 6 bulan selepas bersalin ceaseran? Mama perlu tahu risiko yang bakal dihadapi, kemungkinan rahim pecah sangat tinggi.
Lazimnya bagi ibu yang bersalin secara pembedahancaesarean, doktor akan menyarankan waktu selamat untuk hamil semula ialah selepas dua tahun. Tapi bagaimana kalau anda hamil lagi sebelum waktu itu….?
MINIMUM ENAM BULAN
Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Columbia Asia Seremban, ibu tidak perlu panik kerana terdapat kajian yang menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu hamil setelah anak pertama berusia sepuluh bulan, risiko dinding rahim terkoyak adalah amat rendah.
Ads
RISIKO UTERINE RUPTURE
Masalah dinding rahim terkoyak ini dinamakan sebagai uterine rupture selalunya berlaku sewaktu kontraksi ketika hendak bersalin. Ia Dilaporkan berlaku kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya. Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai TOS atau (Trial of Scar). Bersalin secara normal melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai VBAC (Vaginal Birth After Caesarean Section).
Ads
MASIH BERPELUANG BERSALIN NORMAL
Jika seseorang wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai Elective Repeat Cesaerean Section ( ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kandungan keduanya, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS.
Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya dinding rahim terkoyak dan bersalin melalui VBAC, mereka tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.
Ads
Amat penting bagi ibu untuk memahami bahawa dinding rahim terkoyak berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS. Walau pun ibu terbabit dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah, hal ini boleh berlaku!
KESAN DINDING RAHIM TERKOYAK
Tumpah darah dari rahim ibu sehingga ibu memerlukan transfusi darah.
Ibu melahirkan bayi secara emergency caesarean section.
Anak yang dilahirkan boleh mengalami masalah kekurangan darah dan oksigen sehingga boleh menyebabkan kecacatan otak dan maut.
Rahim yang mengalami koyak kadang kala tidak dapat diselamatkan dan perlu dibuang.
Kesan sampingan bius penuh ketika menjalankan caesarean secara kecemasan juga tinggi. Doktor bius akan memberi penerangan sebelum ibu dibedah.
Kehilangan darah yang banyak boleh berisiko menyebabkan masalah DIVC (Disseminated Intravascular Coagulation) di mana darah terus menerus mengalir keluar dari badan kerana darah tidak dapat membeku. Keadaan ini boleh menyebabkan maut.
Dr Norintan menasihatkan agar ibu yang hamil semula dalam jarak kurang dari enam bulan segera merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan supaya rekod pembedahan yang pertama boleh diperiksa atau disemak sebelum melalui TOS. Risiko dinding rahim terkoyak amat tinggi (jika ia berlaku).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betty buat kekeke challenge. Comel sangat, tapi para peminat bimbangkan kandungannya.
Betty baru mengumumkan kehamilannya kepada umum minggu yang lalu. Ia cukup istimewa dan Betty telah merakamkan reaksi suaminya, Ardy Damis tentang kehamilan pertama mereka itu dengan mendedahkan penguji kehamilan yang menjukkan keputusan positif.
Ramai juga artis membuat kekeke challenge dan Betty Rahmat pun tidak ketinggalan. Sedang hamil tiga bulan, Betty melakukan tarian itu di sebuah lapangan terbang. Nampak comel sangat aksi Betty, tetap lincah walau pun sedang berbadan dua.
Senaman semasa hamil bagus untuk meningkatkan kesihatan ibu hamil. Ia juga sebagai langkah persediaan fizikal untuk ibu menghadapi cabaran sepanjang kehamilannya.
PERSONALITI terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim melalui perkongsian di laman Instagram miliknya berkongsi aktiviti yang dilakukan semasa mengandung anak ketiganya.
Dalam video yang dimuat naik itu, Azrinaz menunjukkan rutinnya untuk menguatkan stamina dengan berlatih tinju bersama pelatih.
Namun latihan yang dibuat oleh Azrinaz ini masih bawah kawalan, bersesuaian dengan fizikalnya yang sudah hamil 8 bulan.
Bagi ibu hamil yang tidak menghadapi sebarang komplikasi semasa hamil, disyorkan untuk menjalani rutin senaman yang sederhana, lembut dan tidak memudaratkan.
Pa&Ma kongsikan senaman ringan yang boleh ibu-ibu praktikkan semasa hamil.
Plie (Menguatkan Quadrisep dan faraj, meningkatkan keseimbangan tubuh.)
Berdiri tegak di tepi kerusi yang kukuh. Tangan kanan pegang bahagian atas penyandar. Bahagian kaki dibiarkan selari.
Bengkokkan lutut sehingga 45 darjah, Tarik nafas sambil ‘tolak’ bahagian pusat ke dalam dan keluar. Dalam masa yang sama pastikan bahagian belakang badan tegak.
Kembali ke posisi asal. Ulang 10 kali.
Curl and lift (Menguatkan Bisep dan bahu)
Duduk di atas kerusi yang kukuh dalam keadaan selesa. Tegakkan bahagian belakang badan. Bahagian kaki memijak lantai dan tangan direhatkan di atas paha.
Gunakan dumbbell yang mempunyai berat ½ kg atau 1 kg bagi setiap belah tangan. Pada masa ini, telapak tangan menghadap ke badan anda. Bengkokkan siku supaya lengan membentuk sudut 90 darjah
Angkat dumbbell ke hadapan separas bahu anda. Kemudian, kembali ke posisi permulaan dan ulangi sebanyak 10 kali.
Plank (Menguatkan lengan dan belakang)
Dalam keadaan meniarap, tangan menyokong bahagian atas tubuh. Dalam masa yang sama
Naikkan lutut dan kaki anda sehingga badan membentuk garis lurus.
Pastikan bahagian belakang badan lurus. Tahan antara sehingga lima kali nafas.
Side-lying innerlift and outer thigh (Menguatkan Paha)
Berbaring dengan bahagian kepala disokong oleh tapak tangan dan lengan kiri. Kaki kiri dibengkokkan pada sudut 45 darjah manakala kaki kanan diluruskan.
Letakkan tangan di atas lantai untuk keseimbangan badan. Sebaik-baiknya letakkan bantal di bahagian perut demi keselesaan anda.
Angkat kaki kiri sehingga ke paras pinggul dan ulangi langkah yang sama 10 kali bagi setiap kaki.
Setelah itu, beralih sisi dan ulangi langkah yang sama daripada posisi permulaan.