
Tidak semua wanita bertuah mempunyai peluang untuk merasai kehamilan. Ada wanita yang menunggu berbelas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun kehadiran cahaya mata. Tetapi ada wanita yang dikurniakan kesuburan hingga mudah mengandung. Malah ada yang setiap tahun.
Oleh kerana terlalu kerap hamil, ada ibu yang berasa malu dan seolah-olah tidak gembira dengan kehadiran bayi yang dikandung. Tahukah anda bahawa emosi ibu mengandung mempengaruhi tumbesaran bayi dalam rahim.
Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan.
Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.
Rangsangan negatif yang diterima oleh anak pasti akan memberi kesan kepada emosi si anak itu kelak. Dia dapat merasakan kehadirannya seperti tidak dinanti oleh ibu dan ayah. Emosi ibu yang tidak suka dirinya hamil akan turut dirasakan oleh anak dalam perut.
Oleh itu rancanglah kehamilan anda. Jika belum bersedia untuk hamil dalam tempoh terdekat selepas kelahiran anak terdahulu, gunalah kaedah perancangan keluarga yang disarankan doktor.
Janganlah seksa emosi anak di dalam kandungan kerana ramai lagi wanita yang tidak berpeluang hamil menantikan saat menikmati gerakan comel dari dalam perut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tasha Manshahar Akui Trimester Ke-3 Sukar, Latih Ibu Tak ‘Terkejut’ Bila Bayi Lahir Nanti

Trimester ketiga bagi kebanyakan ibu adalah yang paling mencabar selain dari trimester pertama. Yakinlah, ia adalah latihan untuk ibu tidak terkejut apabila bayi lahir nanti.
Trimester ketiga memang selalunya penuh dengan ketidakselesaan & kesakitan. Secara fizikalnya ia membesar pada tahap optimum sebelum dilahirkan. Namun hikmahnya ibu akan lebih bersedia.
Penyanyi Tasha Manshahar kini berada di trimester ketiga melalui pengalaman yang sukar di trimester ketiga. Perkongsiannya di Instagram cukup positif, boleh menyuntik semangat kepada ibu-ibu lain yang turut melalui trimester yang mencabar ini.
TRIMESTER KE-3 MENCABAR
I’m now somewhere in my 3rd trimester. How time flies. Setiap bulan, lain-lain experience. And syukur, my first and second trimester were not so bad. Penat, mual, muntah sikit-sikit tu normal. But Alhamdulillah Alhamdulillah nothing serious. Allah mudahkan.
_
But honestly, 3rd trimester is something different. Taktahu nak describe. It is tough I must admit, but I enjoy every bit of it. Penat, tapi seronok, tapi tak larat, tapi best. Faham tak? ?
TULANG PINGGANG RASA REMUK, BENGKOK
Susah tu bukan susah apa tau. Macam mana nak cite eh. Okay, macamni. Tulang pinggang rasa macam remuk bengkok especially belah kanan, my lower body selalu rasa ngilu, selalu rasa cramp bahagian pangkal peha. Tak boleh salah gerak sikit especially time tidur. Sometimes kaki rasa kebas walaupun tak buat apa-apa. Time tak bergerak pun kadang urat semua macam nyut nyut nyut ?
SAKIT BAWAH PERUT
Pastu, beratnya badan ni ya Rabbi! Bahagian bawah perut sakit especially masa berjalan. Setiap kali bangun dari baring yang lama (contohnya time bangun tidur), semua bahagian sakit secara serentak!
MENGAH & TIDUR TAK NYENYAK
Perut rasa sakit, tp bukan nk buang air, sebu pun bukan, lapar pun bukan. Entah taktahu nak describe rasa tu. Mengah most of the time walaupun time baring. Maybe sebab baby dah besar. Tidur pun dah tak nyenyak. Allah mungkin nak bagi latihan supaya kita tak terkejut masa jaga baby nanti. Baiknya Allah! Patutlah ibu ni Allah letak dekat tempat paling special. Thank you and congratulations to my mommy and all mothers out there yang dah lebih awal berjaya dalam “perjuangan”. ♥️
MEMENATKAN TAPI SERONOK
Tapi kan, rasa syukur sangat untuk experience ni. Memenatkan tapi seronok. I’m enjoying the pain la kiranya ? walaupun kdg rasa nak cepat-cepat je bersalin sebab dia punya tak larat tu lain mcm! Haha tapi I always make du’a that Allah izin I bersalin dengan selamat, baby pun dalam keadaan yg sihat walafiat, pada waktu dan keadaan yang terbaik. Doakan ya?
Untuk semua yang teringin nak ada baby, my du’a is with all of you. Semoga kalian juga dapat merasa nikmat mengandung secepatnya, dan semoga kita sama-sama berpeluang untuk merasa nikmat melahirkan zuriat yang soleh/solehah. Amin ?
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Sumber: tashamanshahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keputihan Masa Hamil Boleh Beri Kesan Pada Bayi, Doktor Sarankan Tip Kurangkan Keputihan!

Masalah keputihan yang berlaku pada ibu hamil selalu kita pandang enteng malah kurang diberikan perhatian. Kita selalu buat acuh tak acuh.
Masalah keputihan sehingga diminta untuk membuat ujian untuk GBS seharusnya tidak dipandang mudah oleh ibu hamil kerana ia boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
GBS adalah nama singkatan untuk sejenis kuman/bakteria dipanggil ‘Group B Streptococcus’. Kebanyakan ibu mungkin hanya tahu tentang GBS ini setelah disahkan positif oleh doktor. Sebelum ni tak pernah dengar pun!
Sebenarnya, lebih kurang 1 dari 4 wanita adalah pembawa kuman GBS. Namun tak semua menyedari bahawa mereka adalah pembawa bakteria ini.
Walaupun tidak menunjukkan sebarang masalah pada ibu, namun GBS berisiko terhadap bayi dalam kandungan sehingga boleh membawa maut.
Bagi mengelakkan masalah keputihan ini, Dr Maiza Tusimin, Consultant Obstetrician & Gynecologists dari Prince Court Medical Centre kongsikan tip untuk ibu hamil.
“Doktor, ada tak tips untuk kurangkan keputihan/gbs?”
Ketika hamil, lendiran faraj meningkat kerana perubahan hormon. Leukorea atau keputihan fisiologi ketika hamil adalah mekanisma semula jadi untuk membersihkan dan melindungi faraj daripada bakteria.
Jika keputihan berubah menjadi kehijauan, cheezy pekat, bertompok coklat atau darah, ini bermakna keputihan telah berubah menjadi keputihan penyakit/patalogi. Simptom sebegini memerlukan pemeriksaan doktor.
Antara tip yang boleh ibu hamil lakukan:
* Jaga diet dan kenaikan berat badan.
* Kurangkan gula dalam minuman/makanan.
* Pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton
* Elakkan penggunaan pencuci vagina, kecuali jika ada jangkitan.
* Pastikan vagina dicuci bersih dan lap kering.
* Jika perlu pakai panty liner, tukar setiap kali ke toilet.
* Trim bulu di kawasan kemaluan.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doktor Cakap Salah Satu Bayi Kembar Kecil Sikit,” Bimbang Kena Bersalin Awal, Ainan Tasneem Mohon Doa Dari Semua!

Kehamilan kembar memang mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh kerana itu, ibu yang mengandung kembar biasanya akan dipantau rapi oleh doktor untuk kesihatan ibu dan juga anak-anak dalam kandungan sehinggalah selamat bersalin.
Ainan Tasneem yang kini sedang hamil kembar dengan usia kandungan sudah masuk 31 minggu berkongsi di Instagram miliknya tentang kandungannya yang mengalami sedikit masalah.
Ainan memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu tidak mempunyai saiz yang seimbang.
Kerana keadaan tersebut, Ainan berkata doktor agak bimbang dan boleh mengakibatkan kelahiran pramatang buat kandungannya kali ini.
Ambil Suntikan Kuatkan Paru-paru baby
“Now dah 31 weeks pregnant. Tadi Ainan pergi checkup, doc cakap salah satu baby twins tu kecik sikit.
“Sorang baru 1.1kg. Sorang lagi 1.5kg dah. Risau terbersalin awal tu yang doc suruh cucuk dexa. Subhanallah sakit yang amat ya kena cucuk dexa tu Esok kena cucuk lagi untuk 2nd dose.
“Dexa tu bertujuan untuk matangkan paru-paru baby incase baby terbersalin awal. Sebab kandungan twins berisiko tinggi untuk lahir pramatang,” tulisnya.
Mohon Doa Dari Semua
Menurut AInan lagi, dia kini perlu menjalani pemeriksaan susulan dua minggu lagi bagi melihat perkembangan selepas perlu mengambil dua dos suntikan berkenaan.
“Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat baby tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang Ainan kena bersalin awal je. Allah..
“Ainan tak ready lagi.. Tak boleh imagine baby masuk NICU & kena berpantang tanpa baby disisi. Sekarang nak keep on positive je.
Hopefully baby membesar dgn baik dalam perut & dapat bersalin cukup bulan. Mohon sangat doa dari kalian semua ya..,” tulisnya lagi.
Ainan berkahwin dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada Mac 2018.
Semoga bayi dalam kandungan Ainan baik-baik sahaja dan semoga dapat bersalin mengikut tarikh jangkaan sebenar!
Sumber: Gempak & IG Ainan Tasneem
Baca: Dr.Halina Menangis, Baby Dalam Perut Tak Bergerak Lepas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut’
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI