Baru-baru ini pasangan penyanyi dan juga pelakon yang popular di Indonesia, Irwansyah serta isterinya Zaskia berkongsi berita gembira dengan umum tentang kehamilan yang ditunggu-tunggu setelah 10 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Semenjak membuat pengumuman tersebut, pasangan ini tidak henti-henti dihujani ucapan tahniah dengan kehamilan yang ditunggu-tunggu itu.

Hamil Selepas 10 Tahun Penantian, Irwansyah Sediakan Rumah Siap Ada Lif Untuk Mudahkan Zaskia!

Ternyata rawatan IVF yang dilakukan mereka berhasil dan perkara tersebut begitu menggembirakan mereka berdua.

Demi menjaga kesihatan isteri dan anak dalam kandungan, penyanyi yang popular dengan lagu Pencinta Wanita ini telah mengambil keputusan untuk menyediakan rumah yang mempunyai lif demi isteri tersayang kerana tidak mahu isteri yang sedang hamil penat turun naik tangga.

Hal tersebut dikongsikan menerusi saluran YouTube mereka iaitu The Sungkar Family apabila Irwansyah membawa penonton melihat rumah yang bakal mereka duduki.

Hamil Selepas 10 Tahun Penantian, Irwansyah Sediakan Rumah Siap Ada Lif Untuk Mudahkan Zaskia!

IKLAN

Baca: “Azad Nak Anak Lelaki,” Eira Syazira Berserah Kepada Rezeki. Dapat Kejutan Istimewa Sempena Anniversary Ke-9

Rumah mewah tersebut juga dilengkapi dengan lif kerana Irwansyah tidak sanggup melihat isteri kepenatan ketika hamil untuk turun naik tangga.

Menerusi video tersebut, mereka memaklumkan telah menjual dua apartment mereka demi membangun sebuah rumah untuk dihuni bersama anak-anak kelak.

Perkara itu dilakukan demi kebaikkan dan juga keselamatan Zaskia yang semakin sarat hamil anak pertama mereka.

IKLAN

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat dari negara seberang telah meninggalkan komen yang positif kepada pasangan selebriti tersebut.

Mereka mendoakan agar urusan Irwansyah dan Zaskia dipermudahkan serta kekal bahagia bersama keluarga tersayang.

Hamil Selepas 10 Tahun Penantian, Irwansyah Sediakan Rumah Siap Ada Lif Untuk Mudahkan Zaskia! Hamil Selepas 10 Tahun Penantian, Irwansyah Sediakan Rumah Siap Ada Lif Untuk Mudahkan Zaskia!

Sumber: Oh My Media & The Sungkar Family

IKLAN

Baca: Nak Anak Cekap Membaca? Ini Aktiviti Mudah Pakar Dedah Boleh Bantu Si Kecil Mama!

EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan  membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Hamil Selepas 10 Tahun Penantian, Irwansyah Sediakan Rumah Siap Ada Lif Untuk Mudahkan Zaskia!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI