Hamil tanpa komplikasi & melahirkan anak keenam di usia 40an, amalan hidup sihat rahsia kesuburan pengacara rancangan TV Pa&Ma ini.
Perkahwinan Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih mesra dengan panggilan Shiera dan suaminya, Ijoy Azhari bahagia dengan kehadiran lima orang anak.
Selebriti yang selalu tampil ceria ini juga pernah melalui kehilangan di mana dia mengalami keguguran pada kehamilan ketiga di mana usia kandungan sudah mencecah 6 bulan. Satu lagi keguguran ialah kehamilan kelimanya, iaitu sebelum dia mengandungkan Adeena.
Shiera kini bersama suaminya, Ijoy Azhari menjadi hos untuk rancangan TV Pa&Ma Musim Kedua yang disiarkan di Astro Prima & Maya HD setiap Selasa jam 12 tengah hari dan siaran ulangan pula disiarkan pada hari yang sama jam 9 malam.
JAMU KELUARGA AL-KHAIRED JADI KEMESTIAN
Bercakap mengenai rutin berpantang, Shiera seperti wanita lain mempunyai amalan kemestian. Jamu buatan keluarganya diambil sepanjang tempoh berpantang.
Apa yang menyeronokkan, jamu ini tidak mempunyai bahan pengawet dan dia rasa serasi mengambilnya. Ia bukan jamu komersial dan dibuat khas oleh pakcik Shiera untuk ahli keluarga Al-Khaired yang melahirkan.
“Jamu ini dalam bentuk serbuk. Kalau orang dulu-dulu letak dalam tin Milo. Ia terdiri daripada beberapa jenis yang kena ambil dalam langkah. Yang last saya kena ambil ialah maajun. Ada juga air akar kayu. Saya akan ambil ini untuk 44 hari.
“Kami adik beradik saya akan ambil jamu tersebut selepas bersalin. Adik saya, Sharifah Sakinah paling suka dengan jamu tu,” kata DJ radio Suria FM ini.
TIP KESUBURAN
Hamil tanpa komplikasi & melahirkan anak keenam di usia 40an, amalan hidup sihat menjadi rahsia kesuburan Shiera. Sebelum hamil dan ketika hamil, penjagaan diri amat penting.
“Tips tak adalah, tapi itu semua rezeki Allah bagi. Saya tiada satu amalan khusus seperti memakan jamu atau ubat-ubatan. Saya cuma amalkan cara hidup sihat.
“Apa yang melucukan, saya pun tak tahu saya mengandung ketika itu. Masa mengandungkan Adeena, adik saya, Sharifah Sakinah pun turut hamil. Jadi ia momen yang tak disangka-sangka,” kata Shiera yang merupakan seorang ibu yang tegas.
Foto: shieraijoy
SAKSIKAN SHIERA & IJOY DALAM RANCANGAN TV PA&MA
Anda ingin tahu mengenai malnutrisi, boleh tonton rancangan TV Pa&Ma Musim Kedua pada hari Selasa, 27 November 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Tanda-tanda malnutrisi kepada si kecil yang seringkali tidak disedari oleh ibu bapa, mana tahu sekiranya si kecil anda juga salah seorang yang mengalami nutrisi. Ketahui tip daripada pakar pemakanan dan perkongsian ibu bapa yang melaluinya.