Kehamilan adalah satu fasa yang sangat istimewa tapi juga sangat mencabar. Ramai ibu hamil perasan mereka mudah jatuh sakit, terutamanya demam, batuk atau selsema. Kenapa perkara ini terjadi? Jom kita fahamkan dulu apa yang berlaku pada sistem imun ibu hamil dan bagaimana untuk menguatkannya.
Sewaktu hamil, sistem imun ibu akan mengalami perubahan semula jadi. Ini berlaku kerana badan perlu “berkompromi” dengan kehadiran janin yang sebenarnya membawa DNA asing (campuran ibu dan ayah).
Untuk memastikan janin tidak dianggap sebagai ancaman, sistem imun akan menjadi lebih toleran dan kurang agresif. Perubahan inilah yang menjadikan ibu hamil lebih terdedah kepada jangkitan penyakit.
Selain itu tiga perkara ini, perubahan hormon, tekanan fizikal dan nutrisi tidak seimbang turut menjadi sebab imun Waktu hamil jadi lemah.
* Perubahan hormon seperti peningkatan progesteron dan estrogen boleh menyebabkan tindak balas imun jadi kurang efisien.
* Tekanan fizikal dan emosi, serta kurang tidur dan perubahan gaya hidup, juga melemahkan imuniti.
* Nutrisi yang tidak seimbang boleh menyebabkan badan kurang daya tahan terhadap jangkitan.
Menurut pakar, sel imun seperti sel T akan berubah fungsinya semasa kehamilan agar tidak menyerang janin. Ini menyebabkan keupayaan melawan virus atau bakteria tertentu sedikit berkurang berbanding biasa.
Risiko bila imun lemah masa hamil
Sistem imun yang lemah boleh membawa kepada:
Ads
* Jangkitan yang berpanjangan seperti selesema atau batuk.
* Risiko lebih tinggi untuk dijangkiti influenza atau jangkitan saluran pernafasan.
* Kesan terhadap bayi dalam kandungan sekiranya jangkitan menjadi serius.
* Risiko komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang atau berat bayi rendah jika jangkitan serius tidak dikawal.
Ada cara tingkatkan imun waktu hamil?
Walaupun sistem imun semula jadi berubah, ibu masih boleh ambil langkah untuk kuatkan daya tahan badan:
Ads
1. Pemakanan Seimbang
Amalkan diet yang kaya dengan:
* Sayur-sayuran berwarna gelap (bayam, brokoli)
* Buah-buahan tinggi vitamin C (oren, kiwi, strawberi)
* Makanan tinggi zink (kacang, daging tanpa lemak)
* Probiotik semula jadi (yogurt, tempe)
* Elakkan makanan segera atau tinggi gula yang boleh menyebabkan keradangan dalaman dan mengganggu sistem imun.
Ads
2. Rehat dan Tidur Cukup
Tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya 7-9 jam membantu tubuh pulih dan melawan jangkitan. Hormon melatonin yang dihasilkan ketika tidur juga bantu menyokong sistem pertahanan badan.
3. Senaman Ringan
Aktiviti seperti berjalan kaki, yoga prenatal atau berenang membantu meningkatkan pengaliran darah dan memperkuatkan sistem pertahanan badan.
4. Hindari Stres Berlebihan
Stres kronik boleh menekan sistem imun. Cuba amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, membaca doa, atau mendengar muzik tenang. Stres juga boleh meningkatkan kortisol, hormon yang menekan fungsi imun jika berada pada paras tinggi terlalu lama.
5. Ambil Suplemen Jika Perlu
Dapatkan nasihat doktor tentang pengambilan vitamin tambahan seperti Vitamin C, Vitamin D, Zink dan Asid folik. Suplemen ini membantu menampung kekurangan nutrisi dan menyokong imuniti semula jadi ibu hamil.
Jika ibu alami demam berpanjangan (lebih dari dua hari), batuk teruk, atau sebarang simptom luar biasa, segera dapatkan nasihat doktor. Ini penting untuk pastikan tiada risiko kepada kandungan.
Badan ibu memang akan jadi lebih sensitif dan mudah jatuh sakit semasa hamil, tapi itu bukan bermakna tiada jalan untuk kekal sihat. Dengan jaga pemakanan, cukupkan rehat dan amalkan gaya hidup sihat, imuniti ibu dapat ditingkatkan dan kehamilan pun lebih tenang dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ibu memang tidak mudah namun kemanisannya bila punya anak tidak mampu terungkap dengan kata-kata. Indah!
Kebahagiaan ini jelas dirasakan pada Raja Ilya yang baru bergelar ibu selepas kelahiran cahaya mata perempuannya, Talita Love Garrett yang dilahirkan pada 1 Julai lalu.
Kongsi Raja Ilya menerusi Instagramnya, sejak punya anak, kehidupannya terus berubah. Malah dahulu kata ibu cantik manis ini, dia pernah beranggapan punya anak sedikit menyulitkan. Namun kini semuanya bertukar jadi indah.
“Bila bujang selalu fikir ada anak ni menyusahkan, susah kan hidup sendiri, susahkan badan nak mengandung, nak kene jaga figure.
“Nanti fikir anak buat hal bikin sakit kepala, bila dorang bayi suka menagis tak tentu pasal and kacau tidur and so on tapi bila dah ada anak baru rasa semua tu salah.
“How joyful they are, walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, routine hidup tak sama dah tapi something about having a child.
“Semua rasa macam “it’s okay, I’m fine”,” kongsinya menerusi Instagram.
Biarpun sedang melalui momen anak yang asyik menangis minta didodoikan kata Raja Ilya, semuanya tidak mengapa dan dia mahu menikmati detik-detik sukar seperti itu maah amat bersyukur dapat melalui semuanya.
“Sekarang ni dia tengah melalui period PURPLE CRYING, dan bagi ibu-ibu tu korang tahulah perasaannya kan. Tapi saya rasa “it’s okay, I’m fine”.
“Talita seorang baby yang menggembirakan dan saya bersyukur memilikinya. Terima kasih baby @talitalovegarrett kerana hadir dalam hidup kami dan tambahkan lebih banyak cahaya dan ketawa dalam hidup kami. We love you,” tulisnya.
Melalui entri yang sama juga, Raja Ilya turut berkongsi wajah terbaru Talita ketika sesi fotografinya yang dipotretnya dalam pelbagai gaya paling comel.
Sentuhan gaya bersahaja dari jurufoto berpengalaman di Perth itu cukup cantik.
Rata-rata memuji gaya santai yang dipilih Raja Ilya dan suaminya.
Setiap kali musim cuti sekolah mulalah anak tidur lambat kerana tidak perlu ke sekolah. Sudahlah tidur lambat, bangun pula terlebih awal macam hendak ke sekolah.
Jangan dibiasakan rutin tidur yang semacam ini pada anak-anak kecil kita. Ada risikonya yang mak ayah perlu tahu.
Apa yang perlu mak ayah tahu, waktu tidur anak merupakan aspek penting dalam perkembangan mereka kerana ia boleh membantu tubuh dan minda mereka berkembang dengan sihat.
Jadual tidur yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan mood, daya tumpuan, dan pembelajaran anak.
Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, tindakan anak tidur lambat tetapi bangun cepat adalah tidak bagus kerana ia boleh mengganggu otak.
“Tidur lambat tapi bangun cepat ini sebenarnya kurang baik untuk anak-anak.
“Jika tak cukup 7-8 jam sehari tidur yang berkualiti otak jadi lemau, memori lemah dan susah faham pelajaran nanti,” jelasnya.
Jadi, bagi memastikan waktu tidur anak mencukupi, terdapat tiga perkara yang ibu ayah di luar sana boleh lakukan. Antaranya adalah:
1. Waktu tidur paling ideal adalah 9 – 10pm. Hal ini kerana waktu tersebut senang untuk membuatkan diri anak memasuki fasa deep sleep atau tidur tena. Selewat-lewatnya adalah jam 11ppm, jangan terlajak!
2. Boleh latih anak bangun seawal 6-7am setiap hari. Ini waktu terbaik untuk mereka menunaikan solat dan bersiap ke sekolah.
3. Ajar anak juga jika ada masa atau peluang, tidur sekejap di tengah hari selama 30min – 1 jam agar minda kekal cerdas.
Bukan itu sahaja bahkan ibu ayah perlu memastikan anak di bawah usia 6 tahun ke bawah supaya mempunyai Waktu nap time sehari sekurangnya 30 minit. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet atau mainan di rumah.
Waktu tidur anak yang mencukupi perlu diutamakan agar si kecil tidak ‘lemau’ sepanjang hari malah otaknya cergas dan sihat untuk berada lama di sekolah.
Potensi seseorang itu kadang-kadang sudah terserlah sejak kecil lagi. Seperti di Malaysia, ramai anak genius yang kita ketahui kemampuan mereka dalam pelajaran. Untuk mengukur kebijaksanan seseorang dari segi akademik dan ilmiah, ia dilihat melelaui IQ mereka.
Baru-baru ini tular tentang seorang kanak-kanak lelaki dari Malaysia yang berusia tiga tahun diterima memasuki Mensa, yang menjadikan dirinya ahli termuda di dalam komuniti masyarakat IQ tinggi antarabangsa. Kini, usianya sudah pun 5 tahun.
Kanak-kanak ini yang menetap di United Kingdom bersama ibu dan ayahnya telah berjaya menyertai Mensa dua tahun lepas setelah mendapat skor 142 dalam ujian Stanford Binet iaitu sejenis penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ seseorang.
Menurut laporan dari Metro UK, dengan keputusan tersebut meletakkan Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmi Naim dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk. Berkongsi tentang rahsia kecerdikan anaknya, Nur Anira Asyikin Hashim mengatakan mereka telah mendedahkan buku kepada Haryz seawal usianya dua tahun.
Cerita Anira, anaknya menyebut perkataan pertama ketika berumur tujuh bulan dan semasa dua tahun, dia sudah mampu membaca buku cerita. Kedua-dua ibu ayah Haryz memiliki latarbelakang dalam bidang kejuruteraan dan tidak pernah menyangka anak mereka mempunyai kepintaran begitu.
Kata Anira lagi, mereka tidak menyedari tentang kebijaksanaan Haryz kerana tidak biasa memandangkannya anak pertama. Namun setelah menghantar Haryz ke pusat asuhan, dia dan suami dimaklumkan bahawa anak mereka mempunyai keupayaan yang melebihi kanak-kanak lain.
Apabila mereka sedar tentang kepintarannya, Anira dan suami kemudian membuat saluran Youtube yang dinamakan Little Haryz dengan tujuan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak lain.
“Biarpun dia mempunyai IQ yang tinggi, Haryz sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang sama umur dengan dia. Dia suka melompat, melukis, menyanyi dan buat semua benda yang budak-budak lain suka. Dia suka tonton Story Bots dan Numberbloks dan gemar bersembang dengan orang dewasa.”
Suka membaca dan Haryz juga suka bercakap mengenai nombor dan angkasa lepas. Tambah Anira lagi, mereka akan memberi galakan sepenuhnya kepada anak mereka di dalam bidang yang diminati dan sentiasa berbangga dengan apa jua pencapaian Haryz.
Berkongsi tentang amalan ketika hamil, Anira memberitahu yang dia mengamalkan membaca al-Quran dan bahan berkaitan keibubapaan. Selain itu, dia juga banyak membaca tentang bahan berkaitan pengajiannya. Kata Anira lagi, dia hanya membaca mana-mana surah dari al-Quran dan tidak mengamalkan sebarang surah secara spesifik.
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.