Kehamilan

Hamilkan Alisa, Hanis Suka Minuman Manis. Jalan Kaki & Minyak Kelapa Mudahkan Bersalin

Share

Semasa hamil anak kedua, pelakon Hanis Zalikha berkongsi perubahan yang dialaminya. Berbeza masa mengandungkan Yusuf. Terutamanya bab makan dan minum serta alahan.

Hanis suka sajian yang manis semasa hamilkan Alisa Aisyah. Sama sekali berbeza semasa kandungan pertama dia menyukai sajian yang masin.

Hanis yang mempunyai 5 juta follower di Instagram baru-baru ini berkongsi di ruangan Instastory berkenaan kehamilan dan kelahiran.

Soalan-soalan yang diajukan oleh para follower telah dijawab Hanis dengan berkongsi panduan dan tips yang digunakannya sendiri.

DOA BAHASA MELAYU, APA YANG TERLINTAS

Apabila ada peminat bertanya apakah doa yang diamalkan semasa hamil, memberitahu yang dia mengamalkan dia dalam bahasa Melayu.

“Doa bahasa Melayu, mohon segaka yang terlintas. Terutamanya masa dekat sana (tanah suci)-yang memang kita akan spend banyak masa berdoa.

“Happy dapat pergi setiap kali pregnant sebab dapat doa banyak sangat-sangat harap Allah makbulkan.”

HAMILKAN ALISA HANIS SUKA MINUMAN MANIS

Semasa mengandung anak kedua, Hanis suka mengambil minuman manis. Apabila peminat bertanya adakah benar bila hamil anak lelaki ibu akan menyukai makanan masin manakala anak perempuan pula sajian manis, ia seolah-olah tepat bagi Hanis.

“Happened to me. Masa pregnantkan Alisa hampir setiap malam Soda Gembira. (Setiap pagi cola. Setiap petang rutbir).

“Sampai nervous time doktor nak check for GDM.”

DUA-DUA KEHAMILAN TAK BOLEH BAU PEWANGI KERETA

Selain itu, Hanis juga menjawab persoalan peminat mengenai alahan pada kehamilan. Aktres ini mengakui ada persamaan semasa mengandungkan Yusuf & Alisa.

“Lebih kurang. Tak boleh bau tumis-tumis. Tak boleh bau pewangi kereta. Tak boleh gosok gigi lama sangat. Tak boleh tengok tandas. OMG banyak.”

BANTAL PREGNANCY

Follower juga turut bertanya bagaimana Hanis menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal terutamanya yang membabitkan posisi tidur. Hanis berkongsi yang dia menggunakan bantal khas untuk wanita hamil.

MANDI AIR SEJUK KURANGKAN MORNING SICKNESS

Sebelum ini Hanis pernah berkongsi tip tentang mandi air sejuk untuk kurangkan alahan. Ada yang mencuba dan ia benar-benar berkesan.

Artikel berkaitan:  Masuk Trimester Kedua, Hanis Zalikha Amal Mandi Air Sejuk. Buat Persiapan Bayi Bila Kandungan Cecah 8 Bulan

FOTO TERAKHIR SEBELUM BERSALINKAN ALISA

Ada follower yang berkongsi foto pada hari Hanis bersalinkan Alisa. Ibu ini bagaimana pun tidak menunjukkan tanda-tanda bersalin pada waktu berkenaan dan masih boleh hadir untuk persiapan booth di sebuah acara.

RAJIN BERJALAN MUDAHKAN BERSALIN

Apabila ada follower yang bertanya tip mudah bersalin, Hanis mengakui dia mencuba pelbagai tips. Minyak kelapa dara salah satunya.

“Yes. Apa tips orang bagi or I baca, I suka nak cuba. Petua ke, pemuda ke semualah.

“Jadi virgin coconut oil salah satunya. Pastu nak dekat beranak tu rajinkan berjalan.

TRIMESTER PERTAMA REST BETUL-BETUL

Hanis turut berkongsi yang trimester pertama dia banyak berehat dan menjaga diri. Suami amat memainkan peranan ketika ini.

“Please rest betul-betul. Biar mengada asal anak selamat. Husband kena manjakan sungguh-sungguh.”

DARI AWAL HAMIL TERANGKAN TENTANG ADIK

Bagi ibu yang hamil anak kedua dan seterusnya, perlu menerangkan dari awal tentang adik. Apatah lagi bila ibu hamil anak jadi super clingy.

“Kalau dia dah boleh cakap dan faham, lagi senang nak explain. Dari mengandung dah pupuk kasih sayang kat adik dia.

“Setiap hari cakap “do you want adik?” “do you want to play train. cars/ blocks with adik?” sambil tunjuk perut kita.”

MINUM SUSU KAMBING MASA HAMIL ANAK TIADA JAUNDIS

Hanis juga berkongsi yang dia turut mengamalkan susu kambing semasa hamil. Ia adalah antara petua yang dicubanya. Selepas lahir Yusuf & Alisa tiada jaundis.

“Saya cuba (kan suka cuba semua petua) minum susu kambing dengan banyak. Dua-dua Yusuf & Alisa takde jaundis.”

HAMILKAN YUSUF & ALISA DUA PENGALAMAN BERBEZA

Kedua-dua kehamilan adalah pengalaman yang berbeza bagi Hanis. Semasa hamilkan Yusuf dia mengalami morning sickness selama 9 bulan, sukakan makanan masin, loya tapi aktif dan bersalin dua hari sebelum tarikh jangkaan.

Manakala semasa hamilkan Alisa Hanis alahan selama 7 bulan dan sukakan sajian manis. Hanis alami mengah dan penat serta bersalin 3 hari sebelum tarikh jangkaan kelahira.

Sumber: haniszalikha

Published by
Azma ML