Kalau dah nak jadi tak kira anak kecil atau besar. Begitulah yang di alami oleh seorang ibu ini apabila anak lelakinya yang berusia dua tahun tercekik buah tembikai.
Menurut Nurul Anisah Abdul Rahman ketika anaknya tiba-tiba tercekik buah tembikai masa tengah makan, hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu.
Pertama kali pengalaman anak sendiri tercekik buah tembikai. Muka dia tiba-tiba merah suara keluar tak keluar. Terus buat heimlich maneuver.
Dekat 10 saat buat masih tak keluar. Dia dah muntah-muntah tapi tembikai tu masih tak keluar! Umi dah gelabah. Tokwan cuba korek tapi tak dapat. Masa tu teringat tak boleh gelabah nanti lagi teruk!
Akhirnya alhamdulillah terkeluar seketul isi tembikai. Tak besar mana tapi budak-budak memang tak pandai muntah sendiri. Alhamdulillah ya Allah.
Sesungguhnya aku tak ada daya langsung, sepandai mana pun praktik ilmu tapi kalau Allah tak izinkan tiada yang boleh selamat.
Masih trauma. Ada hikmah disebalik setiap detik tadi. Jangan lepas pandang anak walaupun sesaat dua. Benda nak jadi sekejap saja.
Dan sungguh, manusia tiada daya walaupun usaha, kalau tiada keizinan Tuhan tak mungkin keajaiban terjadi.
Harap perkongsian ini dapat dijadikan peringatan bersama ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak.
Sumber: Nurul Anisah Abdul Rahman