Setelah 15 tahun menanti kehadiran anak kedua sebagai penyeri dalam keluarga, akhirnya tarikh 20/2/2021 di usia kandungan 37 minggu, lahirlah seorang anak lelaki dari anugerah Allah SWT. Namun yang menyedihkan hanya sempat dengar sekejap saja tangisan mu anak.
Melalui perkongsian Kamsya Zawi, walaupun tarikh due 7 Mac, tetapi disebabkan bayi asyik mengeras dan seperti ada tanda nak bersalin terpaksa di rujuk ke hospital.
Sampai di hospital doktor terpaksa buat emergency czer pada jam 9.39 malam sebab darah dah keluar dan bayi makin kerap mengeras. Apabila pembedahan berjaya dilakukan dan bayi selamat dilahirkan, dalam hati terus ucap rasa syukur sangat-sangat.
Paru-paru anak lemah, bergantung mesin pernafasan
IKLAN
Sebak ketika mendengar tangisan bayi yang ditunggu-tunggu sejak sekian lamanya. Bagaimanapun, setelah beberapa minit bunyi tangisan itu, tiba-tiba terdiam sekejap.
Waktu itu keadaan agak kelam kabut, dan doktor beritahu paru-paru anak lemah dan pernafasannya terhenti sekejap. Doktor terus pakaikan oksigen dan cuba membantu untuk stabilkan keadaannya.
IKLAN
Luluh hati ibu, kesokkan harinya doktor beritahu paru-paru anak-anak lemah sangat nak bernyawa, dia bergantung kepada oksigen. Semuanya bergantung pada mesin pernafasan.
Ya Allah besarnya ujian mu. Ibu minta tolong sangat-sangat sama ada yang mengenali diri ibu atau tak, tolong panjangkan doa semua buat anak ibu agar keadaannya kembali stabil dan kuat. Ibu tak sanggup lihat badan anak ibu penuh dengan wayar.
IKLAN
Aallhumma robbannassiashibilbassaa..Syifilantasyaffii,,Laasyifa haillaa,Syiifaa uuqaa,Syiifaa Aallaa,yuqhodirusaqooma..YA ALLAH,TUHAN KEPADA MANUSIA,HILANGKANLAH KESAKITAN,DAN SEMBUHKANLAH,SESEUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENYEMBUH,TIADA KESMBUHAN MELAINKAN DENGAN KESEMBUHAN. DARIPADA ENGKAU YANG MAHA AMPUN. Terima kasih semua, semoga doa anda diberikan ganjaran pahala di akhirat sana, amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Paru-paru rosak kesan tabiat menghisap rokok atau vape bukan perkara baru. Sedia maklum tentang kesan negatif pada kesihatan diri sendiri namun tak semua perokok mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku.
Bukan mudah bagi seorang perokok yang telah bertahun-tahun hidup dengan asap rokok untuk menghentikan tabiat tersebut.
Namun ia bukan perkara mjustahil kerana ramai juga yang berjaya berhenti demi kesihatan sendiri.
Facebook Public Health Malaysia berkongsi cara yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu perokok yang berusaha untuk berhenti merokok terutama di kalangan bapa yang mempunyai anak kecil.
Ada dua badan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu perokok yang ingin berhenti merokok iaitu:
jomquit.moh.gov.my
Muat turun aplikasi GEMPAQ yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan dan Kerjasama Ketagihan Nikotin (NARCC), Universiti Malaya.
Ingatlah yang tersayang kerana asap rokok pasif merupakan punca utama asma di kalangan kanak-kanak.
Saya berikan ayah kegembiraan… Ayah beri saya… Asma
Jadikan Pengajaran Bersama
Dah banyak kes perlu tebuk paru-paru. EVALI (e-cigarette or vaping use-associated lung injury) is real. Perkara yang dirisaukan sejak 2015 menjadi semakin nyata.
KKM baru sahaja mengeluarkan garis panduan untuk para perubatan merawat kes EVALI.
Kisah dikongsi Norazilawati Adnan bagaimana adik bongsunya terpaksa melalui fasa paru-paru rosak disebabkan menghisap vape mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama.
Simpan sini buat kenangan … Korang yang mana hisap / vape , pod . Dan sebagai nyaa.. minta korang semua elakkan lah daripada tu semua… ini adalah pengalaman kite orang kepada adik bongsu Ditebuk paru paru berair disebabkan Vape,Pod tu semua !
Diucapakan terima kasih kepada sedara mara , kawan kawan serta jiran jiran .. yangmendoakan kesihatan adik saya
Sekarang Alhamdulillah . Dah Sembuh Penyakitnya .. Cuma baru baru ni kene tebuk sekali lagi untuk buang air dalam paru paru sebelah kanan
Nasib baik bawak cepat ke HKL . Dokter buat X-Ray Dekat sana .. Paru paru tinggal segenggam penumbuk sahaje…
Syukur alhamdulillah sekarang dah kembali seperti biasa berkat doa semua. Hanya allah yang mampu membalasnyaa
Proses melahirkan bayi bukanlah perkara yang mudah dan ada kalanya ia boleh menyebabkan trauma selepas bersalin. Anda tidak bersendirian dalam situasi ini dan berikut dikongsikan cara untuk mengatasinya. Semoga bermanfaat.
Trauma selepas bersalin
Birth trauma adalah kesukaran yang dialami ibu semasa atau selepas proses melahirkan bayi. Walaupun trauma boleh bersifat fizikal, namun selalunya ia dikaitkan dengan emosi dan psikologi.
Ia bukan sekadar merujuk apa yang berlaku semasa atau setelah melahirkan. Tetapi turut berkaitan, bagaimana anda sebagai ibu mudah berasa tersinggung selepas itu.
Kesan trauma ini boleh muncul dan berterusan untuk beberapa tempoh selepas beranak.
Kesan trauma adalah berbeza bagi setiap ibu bapa. Antara isu yang boleh timbul adalah:
Rendah diri
Rasa bersalah
Berasa gagal atau tidak beri secukupnya
Sukar menjalinkan hubungan dengan bayi
Masalah rumah tangga
Kegelisahan
Kemurungan selepas bersalin
Takut mengandung atau melalui proses melahirkan bayi
Birth Trauma Association (BTA) mendefinisikan trauma kelahiran sebagai istilah pendek untuk gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
Antara gejalanya:
Teringat pengalaman lepas
Mimpi ngeri mengenai pengalaman lepas
Gambaran atau sensasi berulang yang menekankan
Sensasi fizikal seperti sakit, berpeluh, berasa loya atau gementar
Pemikiran negatif berkaitan pengalaman yang berterusan
Berusaha untuk mematikan emosi dan mengalihkan perhatian diri daripada memikirkan apa yang berlaku
Mengelakkan tempat, individu atau perkara lain yang mengingatkan kepada peristiwa traumatik
Mengatasi trauma kesan proses melahirkan bayi
Memulihkan diri daripada trauma selepas bersalin akan mengambil masa. Berikut antara petua dan strategi dapat membantu memulihkan diri ibu daripada pengalaman kelahiran yang sukar itu:
1. Berlembut dengan diri sendiri
Walaupun pengalaman bersalin anda tidak seperti yang diharapkan, namun itu tidak menggambarkan anda sebagai individu mahupun ibu bapa yang gagal. Segala rasa bersalah, kesedihan atau kesukaran berhubungan dengan bayi yang mungkin anda alami dapat difahami sebagai kesan trauma selepas bersalin.
Berbanggalah kerana berjaya mengharungi proses itu dan kesusahan kesan daripada pengalaman itu adalah wajar. Cuma anda perlu mengakui bahawa diri memerlukan sokongan pada masa ini.
2. Dapatkan sokongan praktikal
Sekiranya boleh, dapatkan bantuan penjagaan bayi sebaik sahaja pulang ke rumah. Pasangan, ahli keluarga dan/atau rakan boleh memainkan peranan penting dalam menyelesaikan tugasan harian yang mungkin sukar. Ini terutamanya jika anda mengalami trauma fizikal atau sedang pulih daripada prosedur pembedahan caesarean.
3. Cari & terima sokongan emosi
Dapatkan sokongan daripada individu sekitar yang bersikap empati dan dapat menjaga keperluan diri anda.
4. Terima perasaan anda terhadap bayi
Menjaga bayi yang mempunyai kaitan dengan trauma selepas bersalin boleh mencetuskan kesukaran. Dalam situasi ini, anda mungkin berasa jauh atau mempunyai perasaan negatif terhadap bayi.
Berikan masa kepada diri untuk menerima segala yang berlaku. Dalam masa yang sama, cuba untuk singkirkan tekanan daripada diri. Percayalah bahawa secara beransur-ansur perasaan anda kepada si manja akan berubah dan menjadi lebih positif seiring peredaran masa.
5. Meluahkan
Sekiranya berasa tekanan yang berterusan, luahkan kepada individu dipercayai mengenai pengalaman anda. Jangan hanya memendam dan berharap perasaan itu akan hilang dengan sendirinya.
Walaupun sukar untuk mengingati dan menceritakan kembali pengalaman itu, namun melalui proses ini, ia dapat membantu:
Beri lebih banyak maklumat tentang dan bagaimana perkara itu berlaku
Beri peluang untuk mengekspresikan diri serta pengalaman didengari dan diakui
Mewujudkan rasa lega
Mengurangkan kemungkinan untuk teringat kembali pengalaman tersebut dalam fikiran
Mengurangkan kemungkinan anda terus membawa perasaan tidak menyenangkan dalam diri
Anda boleh memilih untuk meluahkannya kepada pasangan, ahli keluarga atau rakan baik. Sebagai alternatif, perbincangan ini juga boleh dilakukan bersama pakar perubatan yang anda selesa untuk bercerita sama ada di wad atau hospital.
6. Pertimbangkan kesannya terhadap hubungan
Trauma daripada proses melahirkan bayi ini juga boleh memberi kesan negatif terhadap hubungan anda, terutamanya jika pasangan juga mengalaminya. Kesan daripada trauma berkemungkinan boleh menimbulkan kekeliruan, menjarakkan hubungan antara pasangan dan tanpa sedar boleh mencetuskan kembali peristiwa tersebut.
Kaunseling hubungan dapat membantu dalam situasi seperti ini. Ia membantu pasangan memahami dan belajar bagaimana bertindak balas dengan penuh perhatian dan sokongan.
7. Dapatkan perincian tentang apa yang berlaku
Ini dapat memberikan gambaran mengenai intervensi yang digunakan dan mengapa ia berlaku. Walaupun ia mungkin menyakitkan untuk anda teringat kembali pengalaman melahirkan dahulu, namun dengan memperincikan keadaan yang membuatkan rasa trauma anda itu akhirnya boleh membuat anda lega.
Ia boleh dilakukan dengan bercakap bersama bidan atau pakar obstetrik anda.
8. Berikan diri masa
Normal untuk ibu bapa yang trauma membuat kesimpulan bahawa mereka tidak mahukan zuriat lain. Namun, seiring masa berlalu dan keyakinan diri kembali hadir, pastinya wujud kesediaan untuk menimang cahaya mata sekali lagi.
Semoga perkongsian ini membantu anda menghilangkan rasa trauma kelahiran.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak sulung kepada Atlet Silat Negara, Jufferi Jamari iaitu Zimraan Al-Qays dikhabarkan agak kritikal di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur akibat barah kanser yang dihidapinya.
Khabar duka tersebut disampaikan oleh Saudara Yusuf Azmi dari Semboyan Malaysia menerusi laman Instagram rasminya.
Menurut Yusuf Azmi, dia memohon doa ramai agar dapat mendoakan kesihatan buat adik Zimraan Al-Qays yang katanya agak kritikal di wad hospital.
“Assalamualaikum kepada semua rakyat malaysia.. Saya mohon kepada anda semua doakan anak tercinta buat adinda saya @jufferijamari yang sedang menghadapi kanser dan sedang berada di Wad agak kritikal..”
“Doa anda semua semoga menjadi asbab , Allah mengangkat segala kesakitan..Saya memohon kepada semua Para Ulama yang mengenali saya , mohon doa bersama”
“Saya mohon sangat sangat…Doa anda semua diperlukan..Sesungguhnya Doa itu senjata buat hamba Allah yang mukmin..”
Menerusi perkongdian Jufferi Jamari di laman Instagramnya pula, dia amat berharap agar ank sulungnya ini terus kuat melawan kanser.
“Awak anak yang hebat. Hanya ayah dan mummy je yang nampak kekuatan kamu nak..teruskan berjuang”
Rata-rata warga maya mendoakan kesihatan, kesembuhan buat adik Haq.
Pa&Ma turut mendoakan agar adik Haq segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan buat keluarga Jufferi Jamari.