Apabila mendirikan rumah tangga, sudah menjadi harapan sesebuah pasangan itu untuk mempunyai cahaya mata. Lebih meriah dan perkahwinan itu akan diserikan dengan kehadiran anak yang akan menambahkan kebahagiaan.
Dikenali menerusi perniagaan mereka di Tiktok, pasangan ini turut berkongsi keinginan untuk menimang cahaya mata selepas lima tahun perkahwinan. Pernah hamil pada tahun 2022, malangnya si isteri mengalami keguguran sehingga menyebabkan dia kemurungan.
Sumber foto: Instagram Dear Carynn
Namun pasangan di akaun Tiktok Dear Carynn ini tidak patah semangat, bukan saja bangkit dari kesedihan kerana mengalami keguguran bahkan mereka mula berbisnes di platform ini sehingga dikenali ramai.
Si suami kemudian memberitahu kepada isterinya supaya tidak bersiaran langsung malam itu supaya dapat berehat. Namun, isterinya menolak kerana katanya ramai yang menunggu update pakaian terbaru dari mereka.
Dalam satu video lain, pasangan ini di tempat makan. Si isteri mempelawa suaminya untuk minum kopi. Dia mengatakan jika suaminya sudah minum maksudnya sudah berjanji.
Ads
“Lepas minum maksudnya you sudah janji.”
“Minum kopi, janji you apa?”.
“Hari ni nak bincang satu perkara dengan you.”
Tonton video ini;
Ketika ditanyakan mahu berbincang mengenai apa, si isteri terus memberitahu yang dia mahukan anak. Suaminya bertanya semula mengapa nak anak sedangkan mereka berdua sudah okay bersama.
Nak makan atau berjalan dilakukan bersama tetapi isterinya pula menjawab sebelum berkahwin mereka sudah berbincang untuk ada empat orang anak.
Ads
“Kita nak beranak empat kan, kita sudah kahwin hampir lima tahun tapi anak belum ada lagi.”
Tambah isteri lagi kini bisnes mereka sudah stabil jadi sekarang sudah tiba masa untuk mereka betul-betul mencuba untuk hamil.
“Sekarang kita kena betul-betul officially TTC! Kan you sudah sukses dalam bisnes, you pun boleh sukses dalam family you.”
Semangat dan keyakinan pasangan ini patut dijadikan contoh, dalam kesedihan kerana mengalami keguguran mereka bangkit untuk menjadi lebih baik. Bukan saja saling menyokong antara satu sama tetapi saling memberi semangat untuk lebih positif dalam usaha memajukan bisnes serta mencuba untuk hamil. Good luck to both of them!
Pada Ogos yang lalu pasangan selebriti terkenal Scha Alyahya dan suami, Awal Ashaari mengumumkan kepada peminat bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua.
Kehamilan kedua tersebut adalah selepas 6 tahun mereka dikurniakan puteri sulung mereka, Lara Alana yang juga sering menjadi mencuri perhatian warga maya.
Setelah hampir lima bulan usia kandungan, masih ramai yang tidak dapat melihat kandungan Scha seperti kebiasaan ibu hamil yang lain. Hal tersebut membuatkan ramai yang berteka-teki dan mengatakan bahawa Scha dan Awal bakal menimang cahaya mata lelaki.
Demi tidak mahu menghampakan peminat-peminat yang begitu teruja dengan kehamilan keduanya itu, Scha dalam posting terbarunya di Instagram berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang hamil.
“Featuring babybump bump bump,” tulis Scha yang kelihatan semakin berseri memakai blaus berwarna putih.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesukaran untuk anak kedua atau seterusnya sering dihadapi sesetengah pasangan. Anak pertama berupaya hamil dengan mudah, tetapi bila anak kedua, ketiga atau seterusnya, mama jadi sukar untuk hamil. Kenapa ye?
Ada yang mengadu kitaran haid tidak menentu walhal sebelum ini tiada masalah. Ada kala tiada haid, haid yang singkat dan ada waktunya haid keluar berketul-ketul. persoalannya adakah masalah kitaran haid ini yang menjadi punca sukar untuk mendapatkan cahaya mata?
“SECONDARY INFERTILITY” ATAU MASALAH KESUBURAN SEKUNDER
Keadaan ini sebagai “secondary infertility” atau masalah kesuburan sekunder. Ia berlaku apabila seseorang wanita mendapati dirinya sukar untuk hamil semula setelah mengalami satu atau lebih kehamilan atau keguguran.
Bagi mengesan punca, pasangan suami isteri perlu hadir sendiri ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan yang melibatkan ujian asas sebelum memberi ubat subur kepada pasangan yang bermasalah.
Haid yang tidak teratur bukan bermakna seseorang wanita itu tidak menghasilkan telur atau benih. Tetapi haid yang tidak teratur mungkin bererti telur atau benih yang dihasilkan adalah secara rambang sehingga menyebabkan pasangan sukar untuk menentukan bilakah waktu subur untuk mengadakan hubungan intim bersama suami.
Sebanyak 33% pasangan lulus ujian kesuburan tetapi masih belum hamil dikenali sebagai unexplained infertility.
GUNAKAN KIT OVULASI
Wanita yang menghadapi masalah untuk mengira atau menentukan hari subur bolehlah menentukan waktu subur menggunakan kit ovulasi yang asli untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat!
Jika kit menunjukkan anda tidak mempunyai ovulasi (waktu subur), doktor boleh melakukan pemeriksaan imbasan atau “transvaginal ultrasound” untuk memeriksa keadaan ovari dan memantau pengeluaran telur (dominant follicle). Pemeriksaan mungkin kerap jika doktor ingin memastikan telur tadi berkembang dan seterusnya matang.
PERLU JALANI PEMERIKSAAN DARAH
Kegagalan untuk menghasilkan sebiji dominant folliclememerlukan pemeriksaan darah yang dikenali sebagai hormonal assay untuk memastikan pesakit sebegini tidak mengalami masalah-masalah seperti;
Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Hyper atau hypo-thyroidism
Hyperprolactinemia.
Doktor akan juga memastikan wanita terbabit tdiak menghidap kencing manis. Jika ada, ia wajib dirawat dan distabilkan sebelum cuba untuk hamil.
FIBROID, CYST & POLYP PENGHALANG HAMIL
Selain itu, masalah fibroid dan ovarian cyst selalunya menjadi penghalang kehamilan. Lebih-lebih lagi jika ovarian cyst tadi merupakan endometrioma atau endometriosis kerana ianya menurunkan kadar kesuburan kepada 20 hingga 30%!
Manakala endometrial polyp pula menyebabkan dinding rahim tidak sesuai untuk kehamilan. Ujian hysterosalphingogram (HSG) untuk memeriksa salur Fallopian.
Jika kedua -dua salur Fallopian didapati tersumbat, pesakit akan dirujuk ke Unit IVF di Hospital yang mempunyai Unit Infertiliti. Namun sekiranya kedua-dua atau salah satu salur Fallopian normal tersumbat, ujian air maninya akan dilakukan kepada suami.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa mengandung bukan ibu sahaja yang kena jaga kelakuan tetapi ayah pun sama. Perangai ayah terhadap isteri semasa mengandung mempengaruhi kelakuan bayi kelak.
Pernah tak anda perasan si kecil yang baru menginjak usia setahun sudah semakin bijak dan adakalanya menunjukkan kelakuan seperti orang dewasa. Kadang kala perangainya saling tak tumpah seperti si ayah!
Si kecil sudah pandai bersuara garang dan meninggi suara, padahal tak pernah pula kita mengajar dia berkelakuan sedemikian. Dalam fikiran mulalah terbayang ini mesti pengaruh kawan-kawan yang sama tinggal di taska atau rumah pengasuh.
Sebenarnya tanpa kita sedari, tindak-tanduk kita sendiri yang telah mempengaruhi dan membentuk karektor si anak. Orang tua-tua selalu pesan kalau tengah mengandung, ibu perlulah menjaga kelakuan dan kata-kata. Takut nanti anak dalam kandungan ikut perangai yang tak elok.
Tetapi kita lupa bahawa bukan ibu sahaja yang perlu menjaga perilaku sebaliknya bakal ayah juga perlu menjaga perangai dan tindak-tanduknya terhadap isteri yang sedang hamil.
Perkongsian daripada Dr.Suriyakhatun, sangat menarik untuk dijadikan panduan kepada bakal ibu dan ayah sekalian.
Menurut beliau perangai dan tindak-tanduk ayah terhadap isterinya dan perasaan serta emosi ayah semasa ibu sedang mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung! Emosi ayah semasa ibu mengandung mempengaruhi perkembangan anak yang dikandung.
Beliau yang menghadiri bengkel Homeopathy di Cyberjaya University College of Medical Sciences turut tertarik dengan perkongsian daripada salah seorang pensyarah jemputan iaitu Professor Dr Parinaz Humranwala.
Dr Parinaz telah menghasilkan sebuah software yang boleh menganalisa ‘temperament’ seseorang dan dikaitkan dengan ubat homeopati yang serasi.
Dr. Suriyakhatun memberitahu pengalamannya menemui ramai ibu hamil yang tertekan dengan suami mereka dan mengadu tentang perbuatan suami sepanjang mereka mengandung.
Jaga Kelakuan Ya Bakal Ayah!
“Ada kalanya saya akan panggil suami mereka untuk terangkan kepadanya supaya lebih prihatin dan berikan perhatian yang lebih kepada isteri serta sabar melayan kerenah isteri yang sedang mengandung namun tidak semua suami boleh terima apa yang saya katakan.”
Kongsinya lagi, Dr Parinaz turut menceritakan sebuah kisah seorang suami yang pemabuk (di India) dan sering memukul isterinya setiap malam setelah balik dari ‘bar’ . Keesokan paginya dia amat menyesal dan berjanji tidak akan buat namun tetap mengulanginya juga.
Semasa isterinya mengandung, isterinya membuat keputusan untuk lari dari rumah maka semasa tujuh bulan mengandung dia berpindah ke bandar lain dan mengutus email kepada suaminya memberitahu untuk menuntut cerai dan tidak akan balik lagi.
Semasa anak lelakinya berumur 5 tahun, anaknya telah memukul ibunya pada waktu tengah malam dan keesokan pagi, apabila ibunya bertanya dia menjawab betapa dia sayang sangat kepada ibunya dan tidak pernah dan tidak akan memukul ibunya.
Nyata perbuatan memukul si ibu di tengah malam tidak disedarinya. Mujurlah Dr Parinaz berjaya merawat emosi pelik anak itu. Perangai pelik ini mungkin telah diturunkan kepadanya oleh si ayah semasa ibunya mengandung dahulu.
Apa jua pengaruh buruk yang berlaku semasa ibu mengandung mempengaruhi kandungan dan jangan ingat hanya emosi sahaja yang boleh terjejas, mungkin ada juga fizikal yang akan terjejas!
Sumber: Dr.Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan...