Siapa kita nak menolak takdir Allah. Bayi yang sebelum ini aktif dalam perut tetapi disahkan doktor mengalami kegagalan buah pinggang akhirnya menjadi penghuni syurga.
Menerusi perkongsian Bunda Siti Zulaihah, pemergian anak syurganya, Puteri Raisha Mikayla sesuatu yang mengejutkan. Itu pun dapat tahu selepas melakukan detail scan sehingga terpaksa dilahirkan sekitar usia kandungan nak memasuki 6 bulan.
Asalamualaikum
“Pergilah sayang,maafkan mama tidak dapat bersama Raisha, besarkan Raisha, susukan Raisha, belai Raisha, mama selalu rindu sayang Raisha”
Saya doakan ibu-ibu yang mengandung jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga diri dan jangan terlalu stres, makan ubat yang diberi Semoga ibu-ibu dan anak sihat walafiat aamiin aamiin aamiin…
Hari ni bunda baru ada keberanian dan kekuatan untuk ceritakan anak syurga bunda. Ini lah dia anak syurga kami, bunda perkenalkan pada semua. PUTERI RAISHA MIKAYLA, lahir pada 22.02.2019(Jumaat). Ramai yang tanya kenapa, mengapa dan banyak lagi.
Sebenarnya usia kandungan bunda sudah 22w, mahu masuk 6 bulan.pada 16/02/2019,bunda jumpa doktor swasta mahu check baby secara lagi detail, tapi hati bertukar jadi sayu, terkejut, kaki tangan ni sejuk macam ais, sepatutnya bunda terima khabar gembira, tapi bertukar sedih, Allahu. Air ketuban bunda kering, manakala kedua-dua buah pinggang bayi tak berfungsi (Maksudnya dia cuma minum tapi tidak membuang(air kecil).
Ads
Bunda tanya doktor kenapa boleh jadi macam ni sedangkan bunda jaga makan minum.Tapi jawapan doktor, tiada sebab besar berpunca dari makanan atau apa-apa.Mungkin dah ketentuanNya
Bunda cuba minta pendapat doktor adakah bayi yang dikandung ini memang tak boleh diselamatkan dan jawapan doktor ya!
Tunggu Due Pun Baby Tak Boleh Hidup Lama
Doktor cakap kalau tunggu sehingga lahirkan pun bayi tak dapat hidup lama dan akan lebih berisiko seperti cacat dan risiko lain dan bila tunggu due juga bunda perlu czer sebab bayi tak akan keluar secara normal seperti bayi lain dan tak dapat diselamatkan.
Jadi kesimpulannya bunda kena pasrah dan reda untuk lahirkan awal kerana bayi masih lagi aktif.
Masa tu bunda hilang akal, banyak lagi yang doktor jelaskan,tapi otak sudah melayang-melayang, tidak boleh fokus dengan baik apa yang dijelaskan. Air mata tak berhenti, hati ni tertekan betul, baby bunda sudah mula aktif sejak usia kandungan 4bulan.Hati mana tidak sakit.
Ads
Bunda di beri masa untuk berfkir, semasa bunda keluar dari klinik tu, betul-betul nak menjerit. Allah sahaja faham sebenarnya hati ni. Bunda menangis dalam kereta,”allahu masa tu bunda lepas menangis dalam kereta, bunda minta maaf sayang.
Bunda telefon suami dan beritahu segalanya. Kami berbincang dan berjumpa dengan beberapa orang pakar sakit puan dan ustaz. Bunda taku dan rasa bersalah masa tu, sebab anak bunda masih bernyawa dan aktif dalam perut.
Serah diri induce
Akhirnya selepas berbincang, barulah bunda berlapang dada dan reda takdir ini. Bunda serah diri di hospital 20.02.2019. Bunda lahirkan baby secara induce. Sakitnya sama seperti bersalinkan kakaknya.
Ads
Lahir secara normal.ubat ketiga jam 1pagi,dan pada pukul 4 pagi jumaat (Jumaat penghulu segala hari) Raisha keluar, alhmdulillah sayang, papa yang sambut Raisha. Memang itu la doa mama pada Allah, biar papa yang sambut Raisha. Alhmdulillah syukur Allah makbulkan permintaan bunda.
Sebenarnya button emergency ada di genggaman bunda, tapi bunda sengaja tidak mahu tekan. Papa sambut dan letak di dada mama. Raisha masih dalam kantung masa tu, doktor pun terkejut sampai dibilik Raisha dah atas dada mama. Papa pun penuh darah masa tu.
30 Minit Sempat Bersama Mama Dan Papa
Alhamdullilah setengah jam juga mama dan papa dapat luangkan masa bersama Raisha. Terima kasih sayang kerana kuat. Raisha sihat keluar masa tu, cukup sifat, mama rasa nafas Raisha, mama peluk cium puas-puas hati mama..
Terima kasih Allah. Walau besar ujian ini padaku, kami reda. Al-fatihah buat anak mama Puteri Raisha Mikayla binti Rasfairul Shah.
Hampir 6 Bulan Berada Dalam Perut Mama, Sempat Peluk 30 Minit, Papa Mama Reda Raisha Pergi
“Terima kasih dan alhamdulillah! Itu antara kata-kata yang keluar dari mulut Muhammad Nassar Sanusi selepas dana pemindahan hati dan rawatan susulan anak lelakinya, Aysar Nasri telah mencukupi hasil daripada kebaikan rakyat Malaysia.
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang beri sumbangan, kongsikan hantaran dan doakan Aysar Nasri,” demikian coretan bapa bayi menghidap Biliary Atresia, Muhammad Nassar Sanusi.
Muhammad Nassar, 29, memuat naik hantaran itu di facebooknya sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan sejak kisah anak bongsunya, Aysar Nasri, tular di laman sosial, beberapa hari lalu.
Hantaran itu dibuat Muhammad Nassar bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa kempen pendanaan awam (crowdfunding) untuk anaknya dihentikan bermula hari ini (semalam).
Muhammad Nassar turut berharap orang ramai terus menyumbang kepada individu memerlukan selain mendoakan pembedahan anaknya itu berjalan lancar.
Dalam tempoh 24 jam dana cukup
“Saya rasa bersyukur kerana dalam tempoh kurang 24 jam saja, dana diperlukan mencukupi hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.
“Bukan hanya sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tetapi mereka (orang ramai dan warganet) turut mendoakan Aysar Nasri selain memberi kata semangat kepada saya dan isteri untuk terus cekal mengharungi dugaan ini.
“Hanya Allah SWT dapat membalasnya dan semoga anda dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sebelum ini, tular kisah Aysar Nasri yang menghidap Biliary Atresia atau penyakit hati kronik sejak berusia dua bulan dan kini mendapat rawatan di Wad Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terkena jangkitan kuman buat kali ketiga.
Berikutan penyakit itu, Aysar Nasri disyorkan menjalani pembedahan pada 23 Oktober ini, tetapi berdepan kesulitan kerana perlu mencari dana sebanyak RM120,000 dalam tempoh singkat.
Dapat tahu hidap Biliary Atresia ketika usia dua bulan
Bercerita lanjut, Muhammad Nassar berkata, penyakit anaknya itu dikesan 16 Mei lalu iaitu ketika Aysar berusia dua bulan hasil pemeriksaan dilakukan pakar.
“Aysar dilahirkan normal tetapi badannya menjadi kuning dan selepas dirujuk ke hospital doktor mengesahkannya menghidap Biliary Atresia.
“Dua hari kemudian, Aysar menjalani pembedahan dan saya sangka keadaannya kembali normal tetapi dia diserang demam diikuti jangkitan kuman pada hati dua minggu kemudian yang menyebabkannya ditahan di hospital.
“Sejak itu, Aysar kerap keluar masuk hospital dan kini dia dirawat di wad kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terkena jangkitan sama dan hospital juga ibarat rumah kedua buatnya,” katanya.
Menurut Muhammad Nassar, pembedahan yang akan dijalankan itu bukan jaminan untuk Aysar sembuh sepenuhnya kerana ada kemungkinan anaknya mengalami komplikasi kesan daripada pemindahan hati atau risiko kehilangan nyawa.
Harap ada peluang kedua Aysar
Namun Muhammad Nassar dan isteri, Nor Asyifa Mohd Fauzi, 29, sudah bersiap sedia dan tidak sesekali berputus asa untuk memastikan Aysar mendapat peluang kedua untuk hidup.
“Sebelum ini, saya hanya mampu bersimpati setiap kali membaca kisah ibu bapa lain mempunyai anak dilahirkan dengan penyakit dan lain-lain lagi.
“Bila jadi pada diri sendiri, baru saya sedar betapa beratnya untuk menanggungnya dan mulanya agak susah untuk menerima hakikat itu.
“Malah isteri saya kerap menangis kerana sedih melihat Aysar menanggung derita akibat penyakit berkenaan tetapi kini kami berdua reda dengan ujian ini,” kongsinya.
Kata orang sokongan suami membantu memberi kekuatan kepada si isteri yang sedang menahan sakit bersalin. Bagi yang belum ada pengalaman melahirkan bayi tentu tidak dapat membayangkan bagaimana ia membantu anda.
Percayalah peranan suami membantu melegakan kesakitan yang sedang dirasakan. Oleh itu, suami hendaklah mencari info dan ilmu bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada isteri ketika hendak melahirkan anak.
Sebagai panduan, berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh suami bagi membantu meringankan bebanan isteri yang sedang melalui sakit kontraksi.
*Semasa kontraksi, berilah banyak pujian, keselesaan dan sokongan kepada isteri. Jangan ‘naik angin’ sekiranya isteri menjadi marah kepada anda kerana ketika itu dia sedang menahan kesakitan yang maksimum dan menajdi keliru dengan perasaan sendiri membuatkan dia mudah marah.
*Ingatkan isteri tentang teknik merehatkan diri dan bernafas yang telah dipelajari sebelum ini.
*Bantu lap dahinya yang berpeluh, beri air untuk diminum, pegang tangannya (percayalah ia mengalirkan kekuatan dalam badan isteri), cadangkan perubahan kedudukan yang lebih selesa atau lakukan perkara lain yang dapat melegakannya.
*Urut belakang badannya tetapi terlebih dahulu, pastikan anda tahu jenis sentuhan dan urutan yang digemari isteri.
*Bertindak sebagai orang tengah antara isteri dengan doktor atau jururawat. Hormati keinginannya. Misalnya yang berkaitan dengan kelegaan daripada sakit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datin Almy Nadia, pelakon yang juga isteri kepada Dato Fizz Faizrus meneruskan misi kurusnya setelah melahirkan anak ketiga mereka Disember lalu. Menerusi posting beliau di instagramnya, ternyata misi kurusnya juga disebabkan oleh mulut-mulut netizen yang sentiasa mengatakan beliau terlampau berisi.
Beliau berkongsi menu berpantang tengah hari tadi di instagram. Beliau juga turut berkongsi aktiviti berpantang iaitu bersauna untuk menjayakan misi kurusnya itu.
Utk hari ker 30 pantang perjuangan harus teruskan wlpn cl … yessss almy nadia kena kuat utk kalini .. misi kurus harus diteruskan nak tunjuk pd mata2 dan hati jahanam … i can do it ya.. hahahahah nampak sedap tp semua tak ada rasa yerk.. nasi brown rice + ikan bawal stim halia tambah carrot tanpa perisa atau garam + buah oren di blend tanpa gula atau air “ yessss happy lunch semua
Sauna yg lama dah berkurun tak open,kt kasi open d suana… rutin harian di teruskan harap tak putus asa.
Ramai netizen yang memberikan sokongan kepada Almy Nadia. Mereka memberikan kata-kata semangat supaya Almy Nadia mendapatkan kembali bentuk badan zaman anak daranya itu.
Mesti Kurus Punya
Sian kak almy pressure dgn orang yang kutuk gemok tu
yeh, x sabar nk tngk u mcm dulu2
Sumber: Almy Nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.