Siapa kita nak menolak takdir Allah. Bayi yang sebelum ini aktif dalam perut tetapi disahkan doktor mengalami kegagalan buah pinggang akhirnya menjadi penghuni syurga.
Menerusi perkongsian Bunda Siti Zulaihah, pemergian anak syurganya, Puteri Raisha Mikayla sesuatu yang mengejutkan. Itu pun dapat tahu selepas melakukan detail scan sehingga terpaksa dilahirkan sekitar usia kandungan nak memasuki 6 bulan.
Asalamualaikum
“Pergilah sayang,maafkan mama tidak dapat bersama Raisha, besarkan Raisha, susukan Raisha, belai Raisha, mama selalu rindu sayang Raisha”
Saya doakan ibu-ibu yang mengandung jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga diri dan jangan terlalu stres, makan ubat yang diberi Semoga ibu-ibu dan anak sihat walafiat aamiin aamiin aamiin…
Hari ni bunda baru ada keberanian dan kekuatan untuk ceritakan anak syurga bunda. Ini lah dia anak syurga kami, bunda perkenalkan pada semua. PUTERI RAISHA MIKAYLA, lahir pada 22.02.2019(Jumaat). Ramai yang tanya kenapa, mengapa dan banyak lagi.
Sebenarnya usia kandungan bunda sudah 22w, mahu masuk 6 bulan.pada 16/02/2019,bunda jumpa doktor swasta mahu check baby secara lagi detail, tapi hati bertukar jadi sayu, terkejut, kaki tangan ni sejuk macam ais, sepatutnya bunda terima khabar gembira, tapi bertukar sedih, Allahu. Air ketuban bunda kering, manakala kedua-dua buah pinggang bayi tak berfungsi (Maksudnya dia cuma minum tapi tidak membuang(air kecil).
Bunda tanya doktor kenapa boleh jadi macam ni sedangkan bunda jaga makan minum.Tapi jawapan doktor, tiada sebab besar berpunca dari makanan atau apa-apa.Mungkin dah ketentuanNya
Bunda cuba minta pendapat doktor adakah bayi yang dikandung ini memang tak boleh diselamatkan dan jawapan doktor ya!
Tunggu Due Pun Baby Tak Boleh Hidup Lama
Doktor cakap kalau tunggu sehingga lahirkan pun bayi tak dapat hidup lama dan akan lebih berisiko seperti cacat dan risiko lain dan bila tunggu due juga bunda perlu czer sebab bayi tak akan keluar secara normal seperti bayi lain dan tak dapat diselamatkan.
Jadi kesimpulannya bunda kena pasrah dan reda untuk lahirkan awal kerana bayi masih lagi aktif.
Masa tu bunda hilang akal, banyak lagi yang doktor jelaskan,tapi otak sudah melayang-melayang, tidak boleh fokus dengan baik apa yang dijelaskan. Air mata tak berhenti, hati ni tertekan betul, baby bunda sudah mula aktif sejak usia kandungan 4bulan.Hati mana tidak sakit.
Bunda di beri masa untuk berfkir, semasa bunda keluar dari klinik tu, betul-betul nak menjerit. Allah sahaja faham sebenarnya hati ni. Bunda menangis dalam kereta,”allahu masa tu bunda lepas menangis dalam kereta, bunda minta maaf sayang.
Bunda telefon suami dan beritahu segalanya. Kami berbincang dan berjumpa dengan beberapa orang pakar sakit puan dan ustaz. Bunda taku dan rasa bersalah masa tu, sebab anak bunda masih bernyawa dan aktif dalam perut.
Serah diri induce
Akhirnya selepas berbincang, barulah bunda berlapang dada dan reda takdir ini. Bunda serah diri di hospital 20.02.2019. Bunda lahirkan baby secara induce. Sakitnya sama seperti bersalinkan kakaknya.
Lahir secara normal.ubat ketiga jam 1pagi,dan pada pukul 4 pagi jumaat (Jumaat penghulu segala hari) Raisha keluar, alhmdulillah sayang, papa yang sambut Raisha. Memang itu la doa mama pada Allah, biar papa yang sambut Raisha. Alhmdulillah syukur Allah makbulkan permintaan bunda.
Sebenarnya button emergency ada di genggaman bunda, tapi bunda sengaja tidak mahu tekan. Papa sambut dan letak di dada mama. Raisha masih dalam kantung masa tu, doktor pun terkejut sampai dibilik Raisha dah atas dada mama. Papa pun penuh darah masa tu.
30 Minit Sempat Bersama Mama Dan Papa
Alhamdullilah setengah jam juga mama dan papa dapat luangkan masa bersama Raisha. Terima kasih sayang kerana kuat. Raisha sihat keluar masa tu, cukup sifat, mama rasa nafas Raisha, mama peluk cium puas-puas hati mama..
Terima kasih Allah. Walau besar ujian ini padaku, kami reda. Al-fatihah buat anak mama Puteri Raisha Mikayla binti Rasfairul Shah.
Hampir 6 Bulan Berada Dalam Perut Mama, Sempat Peluk 30 Minit, Papa Mama Reda Raisha Pergi
Sumber: Bunda Siti Zulaihah