“Hampir 6 Tahun Berjuang, Perkenalkan Putera Ke-5 Kami Tapi Pertama Di Dunia”

Share

Penantian yang berakhir dengan kegembiraan! Itu perasaan yang dirasai oleh pasangan suami isteri ini setelah Allah memakbulkan doa mereka untuk memeluk anak selepas diuji dengan 4 kehilangan anak syurga.

Keempat-empat anak syurga yang dimiliki oleh pasangan ini hanya mampu bertahan antara usia kandungan 17 hingga 23 minggu sahaja sebelum dijemput Allah. Dengan kehadiran cahaya mata kelima ditunggu-tunggu ini maka lengkaplah hidup Inirah Syazwin Mohd Razally dan suaminya.

Berikut coretan hati seorang ibu yang sangat bersyukur dengan kurniaan Allah kepada mereka sekeluarga walaupun awalnya diuji tetapi pengakhirannya di sambut dengan air mata kegembiraan.

Kerana takdir Allah selalu indah

Alhamdulillah segala kesusahan dan kesulitan terasa ringan setelah melihat wajah yang tidak berdosa.

1. Wan muhammad asdaq, 17w, 240g
2. Wan muhammad ahmas, 19w, 270g
3. Thuwaibatul aslamiah, 20w, 290g
4. Wan muhammad aman, 23w, 400g
#5. WAN AHMAD DIHYAH KHALIFAH BIN WAN MUHAMMAD SILMI,
12/10/20, 37w1d, 2.78kg, baby boy

We did it!! Perkenalkan putera kelima kami, tapi yang pertama di dunia. Permulaan pada perjuangan kami untuk anak sulung di dunia ini telah selesai. Setelah hampir 6 tahun perjuangan.

Namun masih jauh perjalanan di hadapan sana. Merancang untuk hamil pada bulan 3 setelah perbincangan dengan pakar. Alhamdulillah awal bulan 3 disahkan mengandung. Indahnya takdir.

Pada awal kandungan, saya bermimpi melihat bulan mengambang, besar dan cerah, saiznya besar daripada bulan yang kelihatan di dunia ini. Pada saat tu, saya yakin Allah akan beri peluang bagi kami kali ini.

Warded selama 16 minggu sebelum bersalin

Warded di HUSM selama 16 minggu, dari umur kandungan 20 minggu sehingga 36 minggu. Sempat discaj seminggu, dan selamat melahirkannya pada 37 minggu. Sempat menyambut besday suami di wad korporat (20w-29w stay di wad korporat).

29w ke atas stay dalam wad biasa. Tanpa suami menemani di wad dan waktu bersalin kerana musim covid. Seminggu sekali saja dapat jumpa suami dan mak.

Kisah Saidatina Maryam menjadi penyuluh dan penguat semangat. Beliau menghadapi saat mengandung dan kelahiran seorang diri. Hanya kepada Allah tempat bergantung dan berserah diri.

Lahir di usia kandungan 37 minggu

Kuasa Allah! Doa termakbul bila kandungan dapat bertahan sehingga 37 minggu. Walaupun pada usia 33w terpaksa buka ikatan cerclage kerana ada kontraksi pramatang. Alhamdulillah, baby bertahan cukup bulan!

Ok, Covid Gelombang ketiga awak keluar Dihyah! Saat lahirnya Dihyah ke dunia, Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu. Syukurnya, tanpa ucapan yang mampu diungkapkan. Dan perkara pertama yang ku ingat, adalah wajah abang-abang dan kakak nya. Mirip sekali semuanya.

“Dihyah, awak ada kakak dan abang-abang, mereka tunggu kita di sana 😊😊”
Mama takkan lupakan anak-anak mama yang sentiasa menunggu kami di sana. Sekali lagi diuji, belum sempat balik ke rumah, Dihyah ditahan di wad kerana jaundice. Dan sekali lagi, mama seorang diri bersama Dihyah.

Ditahan di wad seminggu lagi kerana jaundis

Belum sempat rehat mental fizikal, kena kuatkan jiwa sendiri. Air mata tumpah memberi kekuatan untuk bertahan. Sehari bagaikan seminggu. Dan memang seminggu dalam wad.

Alhamdulillah hari ketujuh Dihyah boleh balik rumahhh!! Terus tahnik. Dihyah Khalifah merupakan seorang sahabat Nabi, antara yang terawal memeluk agama Islam, merupakan sahabat yang paling tampan (paling mirip wajahnya dengan baginda nabi), malaikat Jibril menyerupai beliau ketika menyampaikan wahyu kepada Nabi. Semoga Dihyah juga menjadi seorang yang soleh. Aminnn..

Amalan yang dilakukan sepanjang mengandung

*Ingin saya kongsikan antara amalan harian kami lakukan sepanjang mengandung. Ikhtiar kami supaya dikurniakan rezeki anak di dunia. Namun, segalanya adalah kehendak Allah jua.
1. Selawat 500x setiap hari
2. Qiamullail, tahajjud, taubat, hajat, witir
3. Baca quran sebelum subuh
4. Sedekah setiap hari, dan jika jumpa dengan org susah, minta mereka doakan kandungan kita selamat
5. Alfatihah 41x selepas solat maghrib beserta doanya
6. Solat hajat 100x qulhuallah
7. Istighfar sebanyak mungkin
8. Membaca alquran sebanyak mungkin, dan dengar Qurantime sebagai pengisian jiwa
9. Solat dhuha 12 rakaat (4/6/8/10 rakaat ikut kemampuan)
9. Doa lah banyak2, karang ayat yang baik untuk dibaca di hadapan Allah, minta kepadanya dengan bersungguh-sungguh.

Amalan-amalan ini semua daripada nasihat-nasihat orang dan ilmuwan sekeliling. Mungkin amalan-amalan ini blh membantu kalian juga dalam mencapai hajat kalian (jodoh, anak, harta). Semoga ia juga menjadi saham pada kami.

Selamat datang ke dunia yang penuh pancaroba ini, malaikat kecil, Dihyah. Doakan anak kami jadi anak yang soleh, dipilih Allah menjadi penolong agamaNya. Amin….
اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل امين

Catatan ini sebagai nukilan mama untuk mama sendiri sebagai memori terindah perjalanan melahirkan Dihyah ke dunia. Terima kasih ya Allah atas takdirMu yang terindah ini. 🥰🥰🥰

Kredit: As-syahidah Dukturah Inirah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy