Muak atau mual adalah lelehan susu yang dikeluarkan. Ia disebabkan oleh astroesofageal reflux(GER). GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul.

Hampir Kesemua Bayi Yang Lahir Mengalami Refluks. Ikuti Cara Mudah Atasi Refluks

Sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut naik ke dalam esofagus dan keluar sama ada melalui mulut atau jika kandungan terlampau banyak ia akan keluar melalui hidung.

IKLAN

Esofagus merupakan satu tiub yang mengangkut makanan dari dalam mulut ke dalam perut. LES pula adalah satu gelungan otot di bahagian bawah esofagus yang bertindak sebagai satu injap tutup/buka di antara esofagus dan perut.

Hampir kesemua bayi yang dilahirkan mengalami refluks tetapi tidak mendatangkan apa-apa tanda yang membahayakan kecuali segelintir sahaja.

CARA MUDAH ELAK REFLUKS

IKLAN

Dicadangkan di sini beberapa strategi mudah untuk mengelakkan refluks seperti memastikan bayi itu sendawa beberapa kali sewaktu menyusu, kerapkan menyusu dengan kuantiti yang sedikit atau menegakkan bayi itu selama 15 hingga 30 minit selepas menyusu dan pastikan perut bayi tidak dipakaikan barut.

Hampir Kesemua Bayi Yang Lahir Mengalami Refluks. Ikuti Cara Mudah Atasi Refluks

IKLAN

Dalam keadaan kes yang teruk, mungkin perlu mengambil susu yang diolah khas untuk bayi yang betul-betul bermasalah dengan refluks. Dapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak dan berbincang mengenai kaedah-kaedah yang perlu dilakukan.

Boleh di katakan 90% daripada bayi yang mengalami masalah refluks boleh baik sepenuhnya apabila menjangkau umur sembilan bulan hingga satu tahun. Jika ia berterusan melebihi 18 bulan, dia perlu dirujuk kepada pakar bedah bahagian kanak-kanak atau pakar kanak-kanak bahagian gastroenterologi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI