Tahniah diucapkan buat penyanyi, Kaka Azraff yang memaklumkan kehamilan anak keduanya. Namun kata Kaka, dia kini mengalami alahan yang agak teruk.
Baru memasuki trimester pertama kehamilan, kata Kaka dia mengalami alahan yang agak teruk namun lebih baik berbanding kehamilan anak sulungnya, Aslan.
“Berbanding kehamilan pertama, alahan kali ini dikawal dengan lebih baik kerana saya rasa ia lebih kepada ‘mindset’. Cuma kali ini, saya kurang mengambil daging tetapi lebih suka makan ikan dan buah-buahan.
” Saya kini berada dalam fasa sering muntah, boleh dikatakan hampir setiap setengah jam pasti termuntah. Saya hanya boleh berfikiran positif saja kerana keadaan agak tidak menentu sekarang ini.
“Mungkin juga dahulu saya tiada pengalaman, jadi susah hendak mengawalnya. Boleh dikatakan kebanyakkan masa saya terbaring sahaja,” kongsi Kaka.
Ads
Suami mengidam makan durian
Berkongsi di awal kehamilannya kata Kaka, dia langsung tidak menyedari dirinya berbadan dua sehinggalah dia mula pelik suami yang mula mengidam makan durian.
” Yang menariknya, saya tak tahu saya hamil, saya pelik kerana suami asyik mengidam dan kerap membeli durian,” kongsinya lagi.
Bercerita mengenai jantina bayinya, kata ibu cantik ini dia menyerahkan segalanya kepada rezeki dari Allah.
Ads
“Masih terlalu awal untuk saya berbicara soal jantina. Apa yang lebih penting saya dan juga kandungan ini baik-baik saja. Sudah ada seorang anak lelaki, jika dapat perempuan pun sudah melengkapi keluarga kecil kami,” kata Kaka yang mengharapkan perjalanan kehamilannya kali ini dipermudahkan.
Terdahulu, Kaka mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Adam Azriff pada Disember 2018. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Aslan yang dilahirkan pada Oktober 2019.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri bakal menimang cahaya mata sulungnya beberapa minggu sahaja lagi.
Keterujaan untuk menimang cahaya mata pertama ini dikongsi olehnya melalui Instastories.
Malah Dr Amalina masih sempat menghadiri majlis ‘baby shower’ yang diadakan oleh sahabat terdekat buat dirinya di salah sebuah restoran di Chelsea, London semalam.
Majlis yang diadakan ringkas dengan kehadiran tetamu terdekat memeriahkan lagi suasana majlis berkenaan.
Dr Amalina sempat menitipkan ucapan terima kasih buat sahabat yang bersusah payah mengadakan majlis untuk dirinya.
“What a lovely baby shower! Thank you to all of my friends from various stages of my life (school @cheltladiescoll, university @edinburghuniversity@cambridgeuniversity@imperialcollege, work, and London). Thank you so much to Liza and Stivou for organising such a beautiful day. You all made me feel very special, little bubba 👶🏼, and I thoroughly enjoyed it! 🤰”
Menurut Dr Amalina, dia tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin disebabkan komitmen kerja.
“Saya kini sedang sarat hamil dan masih bekerja.
“Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk bayi.
“Ini juga keputusan terbaik untuk kami sekeluarga,” ujarnya.
Dia turut berkongsi, sepanjang cuti bersalin gajinya dibayar penuh oleh pihak hospital.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Elisya Sandha hamil anak kedua, “Bunga nak jadi kakak dah…” Pelakon Elisya Sandha mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak kedua.
Elisya Sandha Hamil Anak Kedua
Elisya berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkongsi rakaman video tentang berita gembira itu sebagai kejutan kepada suaminya, Uzair Haqimy Azman.
“Bunga Nak Jadi Kakak Dah…”
Ketika membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT) yang positif, Uzair sebak seakan-akan tidak percaya bakal bergelar bapa anak dua.
“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest rizq in life.
“Terima kasih atas doa kalian, @bungaelhaq nak jadi kakak dah,” tulisnya Elisya.
Menerusi video yang sama, adik kepada pelakon Fasha Sandha turut memberikan kejutan berita gembira itu kepada keluarga mentua, adik-beradik dan rakan-rakan.
“Bunga going to be a sister.”
Sheila Rusly, ibu mentua Elisya terkejut dan menitiskan air mata gembira seolah tidak percaya menerima berita gembira itu.
Perkongsian Elisya itu mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.
Sama ada betul atau tidak kehamilan boleh berjangkit tak dapat dipastikan tetapi ia telah berlaku pada 14 jururawat di salah sebuah hospital di Amerika Syarikat apabila mereka semua mengandung hampir serentak.
Kelahiran pertama bayi pada awal Jun lalu
Semua jururawat neonatal itu berkhidmat di unit rawatan rapi neonatal (Nicu) dan bahagian perbidanan Saint Luke’s East Hospital di Kansas City.
Caitlin Hall menjadi jururawat pertama daripada kumpulan itu yang bersalin dan menyambut kelahiran anak perempuan pada 3 Jun lalu.
“Saya fikir hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk hamil dan ini adalah kehamilan pertama saya, jadi saya cuba merahsiakannya sehingga usia kandungan 12 minggu.
“Bagaimanapun selepas itu orang lain mula membuat pengumuman (hamil), jadi saya juga berkongsi perkara sama.
“Kemudian, setiap dua minggu, orang lain pula umumkan ‘saya mengandung’,” katanya kepada Fox News Digital.
Kini masih menunggu 13 kelahiran lagi
Hall berkata, dia kini lebih memahami perasaan dan kesakitan ditanggung ibu hamil kerana turut mengalaminya serta dapat menenangkan pesakitnya dengan lebih baik.
Hospital itu kini menunggu kelahiran 13 lagi dengan jururawatnya dijangka bersalin pada tarikh pelbagai sehingga Disember.
Seramai 14 jururawat di Saints Luke’s East Hospital hamil serentak dan dijangka bersalin sehingga Disember ini. FOTO Agensi.
“Kami tidak sabar untuk menanti detik ini seperti mana yang berlaku untuk setiap kelahiran di hospital ini,” menurut kenyataan hospital berkenaan.
Seorang lagi jururawat yang hamil, Ellie Kongs berkata, dia tidak sabar dan teruja untuk berkongsi detik istimewa itu bersama rakan sepasukannya.
Doktor menjangkakan Kongs melahirkan anak pada penghujung Oktober ini.
“Kami mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kehamilan dan sebagai jururawat yang sudah mempunyai pengalaman ini adalah detik yang sangat mengujakan,” katanya.
Bekas guru yang sebelum ini tular kerana semangat juangnya melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45 atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, disahkan...