Mayya Baby dengan kerjasama Pa&Ma memperkenalkan rangkaian produk baharu iaitu Baby Cream, Baby Lotion, Shower Gel, Spray Hand Sanitizer pada hari ini yang dilancarkan di Ruang Event Space Seksyen 16, Shah Alam.
Puan Reni Ismalia Edy selaku Pengasas Mayya Baby berkata “Kerjasama bersama Pa&Ma merupakan satu penghargaan yang paling besar buat Mayya Baby, kerana seperti rakyat Malaysia sedia maklum Pa&Ma merupakan majalah keibubapaan yang paling berprestij di Malaysia dan telah bertapak hampir 20 tahun dalam pasaran dan ini merupakan peluang yang sangat besar sepanjang penglibatan Mayya Baby dalam dunia penjagaan bayi dan kanak-kanak di mana kami diberi kepercayaan oleh pihak Pa&Ma sama-sama untuk menyebarkan kebaikan rangkaian produk penjagaan bayi kami iaitu Mayya Baby.
“Bagi saya kesinambungan yang dibawa dalam bentuk majalah oleh Pa&Ma ke dalam bentuk digital dan media sosial telah membuka peluang lebih luas untuk ibu bapa di luar sana mendapat manfaat dari setiap penulisan yang disampaikan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa untuk lebih celik dan peka dengan ilmu keibubapaan, kesihatan dan penjagaan bermula dari kehamilan sehinggalah, kelahiran, dari usia bayi sampai anak menginjak ke usia kanak-kanak.”
Ads
Mengapa bayi perlu produk yang selamat?
Keadaan kulit bayi mudah kehilangan kelembapan jadi ibu bapa perlu teliti dalam membuat pemilihan produk penjagaan untuk si manja. Pembersih atau pelembap kulit yang mempunyai kandungan bahan yang kuat boleh mengganggu pertahanan kulit dan menyebabkan kulit bayi menjadi bertambah kering.
Pilih pembersih dan produk penjagaan kulit bayi yang lembut agar tidak mengganggu kulit bayi yang halus dan mengekalkan lapisan kulit dalam keadaan yang sentiasa lembap.
Antara kelebihan produk Mayya Baby
Ads
Baby Cream Mempunyai fungsi 5 dalam 1. Produk ini selamat digunakan untuk bayi terutama bayi yang baru dilahirkan. Selain bayi, orang dewasa serta kanak-kanak juga boleh menggunakan Baby Cream ini. Apa yang paling penting ia tidak mengandungi menthal, camphar dan steroid.
Baby Lotion
Baby lotion berfungsi untuk melembapkan kulit, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak. Kandungan produk ini juga bebas daripada bahan berbahaya dan sesuai untuk kulit sensitif.
Shower Gel
Ads
Bukan senang untuk mencari mandian yang sesuai untuk si manja. Jika anda ingin mencari mandian yang tidak memedihkan mata, anda boleh dapatkan Mayya Baby shower gel. Ia juga mudah dibilas dan yang paling utama untuk kulit bayi, ia adalah produk bebas paraben dan tiada SLS.
Spray Sanitizer
Spray ini dicipta untuk membasmi kuman. Produk ini sesuai digunakan pada permukaan tangan, kaki serta fabrik. Selain memberikan bau yang segar ia juga lembut pada kulit.
Selain dari itu Hasnita Sawal, Editor Majalah Pa&Ma, turut berbesar hati kerana pihak Mayya Baby sudi bekerjasama dengan Pa&Ma untuk majlis pelancaran rangkaian produk terbaharu mereka. Diharap kerjasama ini dapat mengukuhkan jenama Mayya Baby dalam kalangan ibu bapa yang mementingkan kualiti dalam memilih produk penjagaan untuk Si Manja.
Pelancaran program yang berkonsepkan High-Tea ini dihadiri lebih kurang 50 orang tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, pihak media dan instafamous iaitu Shakila Khoriri, Intan Salleh dan Syazwani Yazip.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
9 bulan tubuh menampung berat badan anda malah bayi dalam kandungan juga, lantaran rahim berkembang dari semasa ke semasa.
Perubahan fizikal semasa hamil antara faktor penyebab masalah sakit pinggang. Jadi, tidak hairanlah ada di kalangan anda yang mengeluh mengenai isu selepas bersalin.
Dalam usaha mengatasinya masalah ini, ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan.
Banyakkan berehat
Selepas bersalin, pastikan badan mendapat rehat yang cukup. Selepas selesai urusan menguruskan bayi dan diri sendiri mengikut rutin pantang, baringkan badan supaya tulang belakang dapat ‘diluruskan’.
Dengan cara ini, anda dapat berehat dan selanjutnya dapat mengelakkan masalah sakit pinggang yang lebih teruk selepas ini.
Berurut dan bertungku
Pastikan anda melakukan urutan selepas bersalin bagi melancarkan penyaluran darah dalam tubuh. Dapatkan khidmat urutan dan bertungku supaya tubuh berasa lebih selesa terutamanya di bahagianya pinggang.
Elakkan membongkok semasa menyusu
Pilih postur yang selesa semasa menyusukan bayi. Namun elakkan diri daripada membongkok ke arah bayi untuk menyusukannya.
Anda digalakkan untuk menggunakan bantal menyusu yang dapat memberikan keselesaan kepada anda dan bayi semasa sesi penyusuan berlangsung.
Jaga postur semasa menyusu supaya anda tidak terus berasa sakit pinggang.
Elakkan mengangkat benda berat
Hidari diri daripada mengangkat benda berat. Pastikan benda paling berat yang diangkat acuma bayi sahaja. Dapatkan pertolongan orang lain jika perlu mengangkat barang.
Pakai bengkung
Pemakaian bengkung yang kemas dan selesa dapat membantu mengurangkan sakit pinggang selepas bersalin. Pemakaian bengkung membuatkan postur tubuh lebih kemas.
Dapatkan sumber kalsium yang cukup
Sumber kalsium yang mencukupi adalah perlu terutamanya anda yang merancang menyusukan bayi dengan susu ibu.
Ambil makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium. Jika bimbang ia tidak mencukupi ambil suplemen kalsium yang turut mengandungi vitamin D dan magnesium.
Suplemen magnesium dapat membantu merehatkan otot. Jadi, ia dapat membantu mengurangkan sakit pinggang lepas bersalin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alamak, tak lama lagi dah nak masuk kerja. Tentu sekali mama perlu menyediakan susu perahan untuk stok si kecil. Tapi adakah mama faham tentang perahan susu ibu, cara penyimpanan dan juga cara menegndalikanya? Jom ikuti perkongsian ini.
MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:
1. EBM – expressed breast milk (susu ibu perahan)
2. FRESH EBM – susu ibu yang baru diperah
3. FROZEN EBM – susu ibu yang dibekukan
4. CHILLED EBM – chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller/tidak dibekukan).
TEMPOH HAYAT
1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond, tahan 4 jam selepas dipanaskan
2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas di panaskan, jika anak dh minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dgn susu
3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan sahaja. Elakkan dari memanaskan EBM dlm kuantiti yg banyak kerana ia tidak tahan lama dan perlu dibuang selepas 1 jam sama ada sudah diminum atau tidak.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMERAH SUSU
BREASTPUMP: Sama ada manual atau elektrik (mengikut kesesuaian dan keperluan)Jika menggunakan built in bateri, pastikan bateri dlm keadaan penuh bagi memastikan urusan mengepam tidak terganggu di pertengahan jalan..Pastikan semua part lengkap dan tiada yg tercicir
STORAGE BOTTLE / STORAGE BAG (LINER) :Pastikan dalam keadaan bersih dan keringPilih botol / liner yg bebas BPA (Bisphenol-A)
Jika berada di pejabat, pastikan anda mempunya cooler bag dan icepack yg telah dibekukan jika pejabat anda tiada kemudahan peti sejuk..
APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SELESAI SESI MEMERAH?
Pastikan susu yang disimpan di dalam botol/plastik di tulis dengan :-
* Tarikh & Masa (Jika hasil dalam satu botol tersebut merupakan hasil dari 2 sesi perahan, pilih masa untuk sesi pertama)
*Nama anak (jika bercadang untuk menggunakan botol yang sama untuk dihantar kepada pengasuh dan terdapat bayi lain yg juga dibekalkn dgn ebm oleh ibu mereka)
Jika berada di pejabat :-
*Terus simpan susu yg diperah ke dalam bahagian bawah peti sejuk/chiller (tray paling atas dan letakkan di bahagian dalam) atau simpan ke dalam cooler bag yg berisi icepack yang telah dibekukan supaya suhu susu sentiasa sejuk.
*Hasil perahan kanan dan kiri boleh terus dicampur ke dalam botol yg sama.
*Jika anda mengejar masa corong dan peralatan lain tidak perlu dibasuh jika anda ingin menggunakannya lagi..boleh terus masukkan ke dalam cooler bag atau simpan di dalam bekas makanan yg bersih dan tertutup dan simpan di dalam freezer.
*Pastikan semua peralatan tersebut di basuh dgn sempurna apabila sampai dirumah. Jika anda tidak mengejar masa bolehlah alirkan alatan pam dengan air paip sebelum disimpan.
Jika berada di rumah atau masih dalam tempoh cuti bersalin;-
*Anda boleh terus letakkan sebentar di dalam chiller untuk disejukkan dan apabila sejuk terus simpan stok ke dalam freezer untuk dibekukan
*Atau simpan di dalam chiller jika mahu digunakan dalam masa terdekat
*Corong dan peralatan lain terus di basuh dan dikeringkan untuk kegunaan seterusnya, jika mahu gunakan lagi bolehlah disimpan di dalam bekas makanan yg bersih dan simpan di dalam freezer.
NOTA PENTING :-
Jika berada di pejabat, FRESH EBM yg baru diperah tidak perlu dibekukan bagi memelihara kandungan nutrien dan antibodi yg terdapat dalam susu ibu menjadi kurang jika dibekukan..ia juga memudahkan pengendalian sewaktu anda membawa stok ebm balik ke rumah nanti..
FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik (25 oC – 37 oC) bagaimanapun jangan melebihi 4 jam kerana cuaca di Malaysia agak panas..
FRESH EBM boleh dibiarkan di dalam suhu bilik yang beraircond (15 oC – 25 oC) sehingga 6-8jam..pastikan aircond sentiasa di pasang..
Susu perahan dari sesi berbeza boleh dicampurkan bersama dalam satu botol yg sama dengan syarat suhu kedua2nya mestilah sama..contohnya jika sesi 1 (jam 10pg) anda dapat 2oz dan terus masukkan ke dalam chiller/cooler bag berisi icepack, sesi 2 (jam 1tgh) anda dapat 3oz susu tersebut boleh dicampurkan bersama sesi 1 dgn syarat anda perlulah sejukkan hasil sesi 2 td terlebih dahulu..bila dah sama2 sejuk baru lah boleh dicampur dalam satu botol/plastik. Pastikan semua hasil perahan yg dicampur dlm tarikh yg sama. Ini kerana komposisi susu ibu berbeza setiap 24jam..
APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SAMPAI KE RUMAH?
Terus asingkan chilled EBM yg dibawa dari ofis menggunakan cooler bag beserta icepack mengikut jumlah yg hendak digunakan esok dan jika ada baki untuk disimpan sebagai stok beku (FROZEN EBM)..stok untuk digunakan esok diletakkan ke dalam chiller, stok yg hendak disimpan sebagai FROZEN EBM perlulah diletakkan terus ke dalam freezer.
Pastikan susu yg disimpan tidak disimpan penuh, beri sedikit ruang atau gunakan had maksimum yg disediakan contohnya jika botol tersebut merupakan botol 5oz pastikan susu yg disimpan cukup 5oz atau kurang, jgn isi sehingga penuh bagi membolehkan susu mengembang apa bila dibekukan seterusnya mengelakkan botol pecah/plastik bocor.
Jangan lupa untuk check cooler bag yg dibawa ke pengasuh sama ada lebihan atau tidak.
Turunkan FROZEN EBM yg hendak digunakan esok
BAGAIMANA MELABEL BOTOL UNTUK MEMUDAHKAN PENGASUH?
Pastikan bayi di bawah 6 bln tidak hanya dibekalkan dgn FROZEN EBM sahaja sebaiknya campurkan dengan FRESH/CHILLED EBM juga..
Sebaiknya jadikan botol yg berisi CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 1, FROZEN sebagai botol 2, FROZEN EBM sebagai botol 3, CHILLED/FRESH EBM sebagai botol 4&5..ini kerana jika ada lebihan anda boleh gunakan botol 4/5 tersebut pada keesokan harinya kerana CHILLED EBM tahan sehingga 5 hari di dalam chiller..
Untuk langkah seterusnya bolehla ke link ini :- https://www.facebook.com/notes/noorfazila-binti-abdul-rahman/cara-pengendalian-susu-ibu-perahan-ebm/719244544761570Botol 1 : CHILLED / FRESH EBM
Botol 2 : FROZEN EBM
Botol 3 : FROZEN EBM
Botol 4 : CHILLED / FRESH EBM
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak akan kerap sakit kalau mereka banyak mengambil makanan seperti keropok, mi segera, air kotak dan junk food. Ini kerana, kanak-kanak akan kehilangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Makanan seperti ini tidak memberikan sebarang nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa awasi pemakanan anak-anak. Bagi mereka makanan yang sebenar, real food agar mereka dapat zat yang seimbang. Jika tidak, kanak-kanak akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti perkongsian doktor ini.
Jabatan Pesakit Luar
2 hari ni saya jaga Jabatan Pesakit Luar , menggantikan rakan-rakan sekerja yang berkursus dan bercuti.
1. Budak berumur 4 tahun, dibawa ibu, datang muntah-muntah. Bila ditanya , makan apa?
-Maggi. Selalu makan maggi.
2. Budak berumur 3 tahun dibawa, batuk-batuk.
-Suruh buka mulut – gigi habis macam kena makan anai-anai. Tanya si ibu , apa yang anak suka makan? Gula-gula , keropok2. Siapa beri duit/belikan untuk mereka? – ayahnya.
3. Budak 2 tahun lebih dibawa ibu, demam dah 3 hari , mula dengan batuk-batuk. Sambil di tangan anak satu plastik kecil penuh gula-gula, coklat , keropok.
4. Seorang lelaki bawa 3 anak buahnya. Umur 2-5 tahun.
-Ibunya kerja ,diminta bawakan ke klinik kerana demam dan batuk. Cek sorang-sorang , gigi rosak. Bila ditanya , selalu makan gula-gula, coklat.
5. Seorang ibu bawa 2 orang anaknya. Demam dan batuk-batuk.
-Buka mulut, 2/3 dari keseluruhan gigi macam kayu reput. Dah macam tunggul kayu. Tanya si ibu, siapa beri makan anak-anak? Mertua. Kerana mereka tinggalkan anak-anak dengan mertua, dan mereka bekerja jauh 10 jam perjalanan dari sini. Kebetulan mereka balik cuti tengok anak-anak.
GULA-GULA SELALU DIBAGI AGAR MEREKA SENYAP.
Saya rasa, hampir 100 pelanggan yang saya tengok 2 hari ini, lebih separuh dari kalangan kanak-kanak , hampir 2/3 darinya ada masalah dengan real food vs junk food.
Saya bagitahu mereka:
“Anak-anak ini amanah. Ada orang berkahwin, mahu zuriat. Ramai tak dapat. Kita, kahwin, Allah bagi zuriat, jagalah amanah ini.
Semua jenis makanan ringan ,keropok-keropok , minuman bergas minuman tin, minuman kotak , sebolehnya jangan bagi anak-anak ni ambil selepas ini sampai mereka besar, sampai mereka jumpa Allah.
Semua-semua tu lah yang menyebabkan sistem pertahanan badan mereka lemah, selalu sakit-sakit.”
Seperti yang biasa saya nukilkan di laman fb berkaitan junk food ini, saya ambil masa terangkan pada mereka. 10-15 minit.
Untuk semua pasangan yang punya zuriat, hargailah zuriat yang Allah amanahkan pada kalian.
Belajarlah tentang REAL food dan Junk Food.
Sumber: Dr. Syazwa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...