Semalam tular sebuah posting di Tweeter apabila ada individu yang memuatnaik gambar hand sanitizer dengan kapsyen, “Amik kat hospital je, free.” Betapa tidak bertanggung jawabnya perbuatan itu kerana hand sanitizer yang diletakkan di kawasan hospital adalah untuk kegunaan ramai, bukan untuk dibawa balik.
Dr Mahyuddin Mohamed, seorang pakar bedah ortopedik, meluahkan rasa kecewa dan marahnya terhadap perbuatan tersebut. Menurutnya, hand sanitizer di hospital adalah harta kerajaan, bukan milik peribadi mana-mana individu.
Anda tau, banyak sanitiser kami di hospital dicuri pesakit & pelawat. Ini harta rakyat & kerajaan & bukannya milik peribadi anda!
Adakah anda fikir sanitiser yang bukan hak anda akan melindungi anda drpd COVID19?
Kakitangan kesihatan berkorban membahayakan nyawa, masa dan tenaga untuk anda. Anda pula langsung tidak peduli, selfish & bodoh sombong.
Menipu, Tak Beritahu Positif COVID-19
Hari ini kami ada pesakit yang sedang di kuarantin di rumah tapi datang temujanji ke klinik. Bila ditanya di 2 stesen saringan langsung tidak mengaku. Bila dah sampai berdepan dengan doktor baru la bagitau. Dah la tak pakai topeng muka.
Ads
Buat anggota kesihatan, jangan sesekali ambil risiko & percayakan pesakit. Ada yang menipu. Yang nampak educated menipu. Yang nampak alim pun menipu juga.
Sentiasa pakai topeng muka & jaga jarak anda daripada pesakit. Anggaplah semua pesakit berisiko menjangkiti anda.
Ads
Kalau Kuarantin, Duduk Saja Di Rumah 14 Hari
Buat rakyat Malaysia, jika anda ada contact dengan orang yang COVID-19, mengakulah. Bukannya kami tangkap anda pun kalau anda mengaku.
Kalau anda dikuarantin, duduklah di rumah selama 14 hari. Tak perlu la travel atau keluar rumah. Kuarantin la betul-betul. Tak perlu ke hospital. Temujanji anda boleh ditunda.
Kalau kami semua sakit, siapa yang akan rawat anda?
#drmahyuddin #covid19
Bukan mudah untuk menjadi barisan pertama dalam memerangi virus COVID-19 ini. Banyak pengorbanan yang perlu mereka lakukan, jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin tolonglah hargai usaha mereka ini. Setiap arahan yang dikeluarkan, SILA PATUH untuk keselamatan bersama!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita terperangkap banjir selamat bersalin sejurus tiba di hospital, Bomba guna perahu bawa ke jalan besar. Anggota bomba terpaksa menggunakan perahu penduduk kampung bagi memindahkan wanita yang sarat hamil selepas kediamannya di Rumah Panjang Engkeng, Sungai Amang di Jalan Selirik, Kapit, Kuching, Sarawak dilanda banjir.
Wanita Terperangkap Banjir Selamat Bersalin Sejurus Tiba Di Hospital
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pada awalnya anggota bomba menghubungi Unit Kecemasan Hospital Kapit untuk bantuan mengambil wanita berusia 26 tahun itu.
Bomba Guna Perahu Bawa Ke Jalan Besar
BAGAIMANAPUN KATANYA, WANITA BERKENAAN DALAM KEADAAN SAKIT UNTUK MELAHIRKAN ANAK, YANG MENYEBABKAN ANGGOTA BOMBA TERPAKSA BERGEGAS MENGGUNAKAN PERAHU PENDUDUK UNTUK KELUAR KE JALAN RAYA.
“Wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Kapit menggunakan van.
“Turut dipindahkan dari rumah panjang itu seorang lagi wanita serta seorang lelaki,” katanya.
Menurutnya lagi, ibu muda itu kemudiannya selamat melahirkan bayi perempuan sejurus tiba di Hospital Kapit.
Terdahulu, katanya, bomba menerima panggilan berhubung banjir di rumah panjang itu 5 pagi, sebelum sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit diarah ke lokasi.
“Kawasan luar rumah panjang terbabit dinaiki air sehingga tiga meter akibat limpahan Sungai Batang Rajang selepas hujan lebat berterusan.
“Anggota terpaksa menggunakan tali untuk menyeberangi jambatan besi ke rumah panjang berkenaan,” katanya.
Menurutnya lagi, pemantauan sedang dijalankan dan jika keadaan semakin buruk, penduduk akan diarah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Selepas Pelakon Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, kali ini seorang lagi pelakon, Ashraf Muslim yang sama-sama mengikuti penggambaran di luar negara juga turut disahkan positif virus tersebut.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ashraf di akaun Instagramnya, dia memaklumkan bahawa dirinya sah dijangkiti Covid-19 sejak 12 April yang lalu.
Jelasnya tiada kata yang dapat digambarkan apabila menerima keputusan tersebut, namun dia reda dengan ketentuan Allah SWT.
Pelakon ini turut menitipkan ucapan maaf buat ahli keluarga, sahabat, rakan-rakan wartawan. Dia juga meminta mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan juga pesakit lain.
Ashraf juga menyatakan rasa rindu pada isteri-isteri dan anak-anaknya. Malah meminta ahli keluarganya itu mendoakan dirinya supaya cepat baik daripada virus Covid-19.
Dalam perkongsian itu juga, Ashraf memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya dijemput oleh petugas yang lengkap memakai PPE menaiki ambulans untuk dibawa ke hospital Sungai Buloh bagi tujuan rawatan dan kuarantin.
Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam.
Assalamualaikum wbt.
Ashraf dan kumpulan produksi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu sebelum kes penularan Covid-19 mula serius dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan. Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa turut disahkan positif.
Dalam pada itu dalam Ashraf dilihat memberi komen dalam sebuah live yang dibuat oleh Izzue Islam semalam dan memohon orang ramai untuk bantu hospital dan wad tempat dia dirawat dengan barangan asas seperti air mineral, makanan dan sejadah. Tambahnya mereka di sana sering melakukan solat berjemaah dan sering berkongsi ilmu yang bagus di sana.
Sama-samalah kita doakan agar Ashraf dan team produksi serta pelakon lain yang disahkan positif ini kembali sembuh. Semoga semuanya dapat pulang ke pangkuan keluarga tersayang.
Giliran pulang ke kampung untuk beraya sering menjadi perbincangan serius pasangan berkahwin apabila tibanya Syawal. Ada yang mencapai kata sepakat mengikut giliran dan ada juga yang berbalah setiap kali merancang kampung siapa dahulu yang mahu dikunjungi. Tidak perlu yang tinggal jauh berlainan negeri, ada ketikanya yang satu daerah pun boleh bermasam muka jika bercerita soal ini.
Ketika merancang dan membuat keputusan untuk beraya di kampung siapa terlebih dahulu, perlulah ada toleransi antara keduanya. Niat pulang ke kampung adalah untuk berkumpul satu keluarga dan berjumpa orang tua tersayang. Oleh itu, setiap pasangan perlu memahami antara satu sama lain ketika berbincang pelan berhari raya.
Isteri yang baik akan mengikut suaminya pulang ke kampung tanpa sebarang rungutan. Suami mithali pula akan berbesar hati dapat membawa pasangannya pulang ke kampung halaman si isteri. Ada juga masanya isteri terlalu mementingkan diri, mahu pulang ke kampungnya sahaja tanpa memikirkan perasaan suaminya. Ada pula suami yang tidak mahu cuba memahami keinginan isteri yang mahu beraya bersama keluarganya.
Ketika di kampung mereka, suami atau isteri akan bergembira. Tetapi apabila tiba giliran pasangannya, mulalah buat perangai. Tarik muka masam, bercakap pun seperti tiada mood. Sekaligus membuatkan pasangannya menjadi tidak seronok ketika tiba giliran pulang ke kampung mereka. Rasa tidak seronok kan?
Belum kira lagi jika ada suami atau isteri yang langsung tidak mahu bergaul dengan ahli keluarga atau berat tulang untuk membantu di rumah mertua. Menjadi satu hal pula pasangannya mahu ‘ cover line‘ kerana mahu menjaga air muka mereka. Bukankah tidak adil jika anda gembira di kampung anda, tetapi apabila tiba giliran pasangan anda beraya di rumah ibu bapa mereka, anda tidak bersungguh-sungguh seperti mereka?
Kesimpulannya, beraya di kampung siapa pun sebenarnya sama seronok. Kita dapat bertemu ibu ayah serta semua beradik. Bukan selalu dapat berjumpa semuanya, ketika berayalah kita dapat meluangkan masa bersama-sama. Kemeriahan berhari raya, jika dikongsi bersama sesama pasangan sudah tentu dapat membentuk sebuah keluarga bahagia penuh tolak ansur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam setiap detik kehidupan, terdapat peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tahun 2025 membawa pelbagai peristiwa penting dalam kalendar Islam yang penuh hikmah.Daripada...