“Handsome Boy”, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Kongsi Wajah Anak, Comelnya Isaac Raees!

Share

Selepas dua bulan menanti akhirnya pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza tampil berkongsi wajah comel bayi sulung mereka.

Bukan hanya berkongsi wajah bahkan Aiman dan Zahirah juga turut memperkenalkan nama pilihan buat bayi kesayangan mereka, Isaac Raees.

Zahirah selamat melahirkan bayi sulungnya itu pada 5 Januari lalu dan berpantang bersama ibunya di Perth, Austaralia. Sepanjang tempoh berpantang, bayi sulung kedua pelakon itu sering muncul di Instagram ibu dan bapanya namun keduanya sepakat untuk tidak mendedahkan wajahnya.

Menerusi Instagramnya, Zahirah memuat naik dua hantaran dengan berkongsi wajah Isaac. Katanya lagi, si comel mereka sudah pun berusia dua bulan.

” Bayi kami kini sudah pun berusia 2 bulan hari ini.

“We love you Isaac Raees.

” Semoga membesar dengan sihat, kuat, soleh dan terus menyinari hidup kami.

“So proud to call you ours! @isaacraees @aimanhakimridza,” tulis Zahirah di Instagramnya.

Gambar si comel Isaac yang dicium kemas ibu dan ayahnya itu cukup mempersonakan.

Malah melalui satu hantaran lagi, Zahirah juga turut berkongsi dua keping gambar Isaac dari dekat. Amat comel seperti ibu dan ayahnya.

“Isaac Raees Bin Aiman Hakim | 5.1.21,” tulisnya di kapsyen.

Malah menerusi Instagram Aiman pula, bait-bait indah didedikasikan buat anak sulungnya itu.

“Daddy dan mummy akan selamanya menyayangimu tanpa henti.

“Kami berharap kamu akan menjadi anak yang soleh, baik hati, dan penyayang,” tulisnya.

 

Zahirah dan Aiman kini masih lagi berada di Perth, Australia selepas bayi mereka selamat dilahirkan pada 5 Januari lalu.

Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Artikel berkaitan: Tingginya Anak Mummy, Dah 59cm, Zahirah Macwilson Kongsi Ketinggian Anak, Teruja Jadi Ibu

Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik Buat Anak Kita, Aiman Hakim Kongsi Gambar Comel, Titip Ucapan Buat Zahirah, Sweetnya

Ia Satu Anugerah Tak Ternilai, Zahirah Macwilson Kongsi Gambar Anak Throwback Di Dewan Bersalin, Tenangnya

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @zahirahmacwilson & @aimanhakimridza

Published by
SRM