Usahawan dan pelakon, Hanis Zalikha tidak terlepas dari rasa marah namun sentiasa mengawal dirinya terhadap dua anaknya, Yusuf dan Alisa.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Hanis atau nama panggilan mesranya Kek Nis menyatakan dirinya sama sahaja seperti ibu di luar sana yang memarahi anak-anak jika berkelakuan tidak baik.
“Saya pun ada je marah. Parents mana yang tak marah.
“Saya selalu letak anak ini seorang manusia. Kecilnya hati bila ditengking, dicubit dan dimarahi.
“Saya tak nak mereka rasa kerdil, sebab tu saya akan cuba untuk tidak tinggikan suara bila marah,” luahnya.
Ads
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia lebih senang mengambil pendekatan berterus terang dengan anak-anak supaya anak lebih mudah faham.
Tambah Hanis lagi, dia juga sama seperti ibu bekerjaya lain yang terpaksa mendapatkan bantuan orang lain terutama dalam penjagaan anaknya.
Katanya, dengan bantuan daripada pembantu rumah (maid) dapat meringankan urusan di rumah.
Ads
“Kalau Hairul tak ada, parents saya akan tolong. Kalau tak saya pun tak boleh nak handle perniagaan saya (Cakenis).
“Tapi kalau bab masak memang saya akan masak,” tambahnya.
Ads
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Bukan senang kita hendak mengajar anak-anak di rumah, ada sahaja cabaran dan kesulitannya yang tersendiri. Apatah lagi bila diajar berkali-kali anak masih tidak mampu mengingati pelajaran yang diajar. Ketika itu, mulalah kita hilang sabar dan marah-marah kononnya kita merasakan anak tidak beri tumpuan apa yang telah kita ajarkan kepadanya.
Tapi tahukah anda, selain marah-marah adalah lebih baik kita belajar untuk mengurus emosi diri dan amalkan mengulang baca sepotong ayat yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff. Semoga bermanfaat.
Cara Uruskan Emosi Ibu Ayah Ketika Bantu Anak Belajar
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Pakar Tangisan Bayi, Uswatun Hasanah Mohd. Habib memberi teguran mengenai video yang dimuat naik oleh pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dan suami mengenai fakta kolik dan kembong perut.
Beliau melahirkan kebimbangan apabila video itu dipaparkan memberikan kekeliruan kepada orang ramai. Dalam pada itu beliau turut menjelaskan makna kolik dalam videonya.
Menurut Uswatun, tiada jalan pintas untuk ilmu keibubapaan sebaliknya perlu memahami ilmu tangisan bayi.
“Ramai yang suka saran ambil ‘penawar’ ini, makin ramai lah yang suka nak membeli demi selesaikan masalah ragam tangisan dan tidur anak.”
“Parenting TIADA shortcut. Menangis ADALAH SATU-SATUNYA medium komunikasi anak kecil.”
“Bila anak menangis, nangis lama dan susah diam, TAK SEMESTINYA DIA ITU SAKIT DAN DALAM KESAKITAN.”
“Untuk cuba faham masalah anak yang banyak nangis dan susah tidur, yang TURUT PERLU di cari ialah ilmu tangisan dan tidur. Bukan cari ‘ubat’ stop kan nangis dan mudahkan tidur semata-mata.”
“Untuk ilmu tangisan dan tidur anak newborn (iaitu umur anak yang paling kerap dikaitkan dengan colic), boleh study playlist tangisan dan tidur anak 0-3 bulan saya disini.”
‘Atau, beli buku, sertai kelas dan boleh juga tempah sesi konsultasi peribadi bersama team penasihat kami.”
Bukan calang-calang wanita ini, lantaran dia merupakan merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat pentauliahan dalam dua bidang utama tangisan bayi newborn daripada dua institusi berbeza.
Pentauliahan pertamanya adalah pada 2010 dari Dunstan Baby Language Institute yang berpusat di Sydney, Australia.
Pada 2014, dia memperoleh pentauliahan kedua dari The Happiest Baby Education Association yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.
Apa pun tidak salah untuk mempromosi produk barangan bayi, namun pastikan maklumat yang diberi betul dan menjadi rujukan ibu bapa terutama yang baru pertama kali bergelar ibu bapa.
Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. Maka sebab itulah amat penting untuk memilih tukang urut yang tepat selepas bersalin.
Waktu berpantang sememangnya saat paling penting kepada wanita. Ibu perlu memikirkan cara paling sesuai dan memberikan keselesaan kepada diri serta bayinya dengan mengambil kira semua aspek berkaitan. Perkara ini bukan suatu yang boleh dipandang remeh kerana ia memberikan kesan jangka panjang kepada si ibu.
Tip Pilih Tukang Urut Untuk Ibu Lepas Bersalin
Dr Rusyaine Ramli berkongsi 10 tip mengenai pemilihan tukang urut dalam tempoh berpantang supaya tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
Boleh Ikut Saranan Doktor Ini
1.Nama dia tak boleh mula dengan Bidan sekian sekian. TAK BOLEH. Bidan adalah jururawat terlatih yang dah lulus kursus posbasik Perbidanan selama 1 tahun ATAU jururawat masyarakat. Mereka ni berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia. Bidan kampung dah tak ada ya. Generasi mereka sama ada dah terlalu tua atau dah meninggal.
Bila tukang urut kata dia bidan, tu tandanya dia memang tak tahu pun apa maksud bidan, sebab dia tak pernah terlibat dalam menjaga mak mengandung dan apatah lagi membantu dalam proses kelahiran. Maka, dia bukan bidan.
2.Asas sains biologi bab anatomi dan fisiologi manusia dia tak bertentangan dengan doktor. Dia tak boleh menggunakan frasa yang mengelirukan. Contoh, meroyan, bentan, angin, urat yang dia punya definisi sendiri dan ia sangat berlawanan dengan istilah perubatan.
3.Dia tak buat urutan yang pelik, contoh sengkak rahim. Ia adalah prosedur yang tidak perlu langsung pun. Dia kena sedar, urutan dan bertungku tu hanya untuk rileks kan otot. Dan untuk mak manjakan diri. Tak lebih dari tu. Ia tak wajib pun.
4.Dia tak takutkan atau momokkan kalian dengan ayat, kalau tak buat ni, nanti tombong la bagai. Untuk elakkan tombong, dia sepatutnya tunjuk ajar pada kalian macam mana nak buat senaman Kegel.
Dia tahu bengkung itu hanya untuk menyokong abdomen yang menggelebeh dan bukannya untuk bagi tak buncit.
5.Dia tak suruh kalian makan jamu, minum air rebusan, pakai pilis semua. Dia tahu yang semua tu tak terbukti pun efektif. Malah ada jamu yang boleh jadi mudarat. Sebab jamu yang berdaftar dengan KKM pun tak pernah dibuat kajian tentang keberkesanannya atau kesan sampingannya. Jadi nak buat apa ambil jamu.
6.Dia tak merapu bab makan minum dalam pantang. Dia ikut saranan KKM, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah dalam 1 pinggan hidangan. Dia tak kata buah atau sayur jenis ini angin la, jenis itu sejuk la. Dia nak kalian pelbagaikan jenis makanan untuk dapatkan khasiat sepatutnya.
Dia tak catu air yang kalian minum. Dia suruh minum air dalam 2 ke 3 liter sehari. Nak minum air sejuk pun tak adalah jadi macam dosa besar dibuatnya.
Ada tukang urut tak bagi kalian mandi. Negara kita kan panas dan lembap. Takkan nak biar berkuap busuk tak basuh rambut. Atau kena dok dalam panas berpeluh, pakai stoking masa cuaca panas, tak boleh buka kipas atau pendingin hawa.
7.Dia bantu dengan bagi sokongan emosi dalam kalian melalui proses adaptasi dengan bayi yang baru lahir dan segala perubahan fizikal yang dilalui. Memang ramai mak dalam pantang senang rasa stres, jadi dengan adanya dia, tu kan dapat meringankan tekanan
8.Dia tak pandai-pandai sendiri dengan buat diagnosis entah apa-apa sedangkan dia bukan doktor atau misi. Dia tahu, kalau mak tu demam, terus kena pergi jumpa doktor. Kalau dia tahu, darah nifas tu banyak dari biasa, cepat-cepat ke klinik atau hospital. Dia tak pandai-pandai sendiri. Dia tak payah pun tunjuk dia hebat sebab dia ada fungsi dia sendiri dan dia tak nak pun jadikan doktor atau misi sebagai saingan pun. Dia tak tergedik buat video yang niatnya nak burukkan doktor dan misi semata-mata nak jual diri dia.
Hujungnya, matlamat dia, dia nak kalian dapat penjagaan post partum yang baik dari semua pihak yang terlibat.
9.Dia bukan penjual produk yang tak berdaftar atau pun produk yang ada tuntutan melampau. Setakat minyak panas yang ada notifikasi dengan KKM tu ok la. Ni segala mak bapak jus la, jamu la, dan apa-apa lagi yang merapu.
10.Yang paling penting, caj yang dikenakan berpatutan dengan servis yang diberikan pada kalian. Dan kalian berpuas hati dengan perkhidmatan tukang urut pilihan kalian.
Khasiat kembang semangkuk, turunkan suhu badan anak demam, legakan batuk. Kembang semangkuk mungkin bukan nama yang asing dalam dunia perubatan tradisional.