Hanis Zalikha memang dikenali antara selebriti yang suka memasak untuk anaknya Yusuf Iskandar.

Selebriti terkenal ini sering berkongsi pelbagai resipi masakannya di Insta Story miliknya. Kalau siapa yang rajin mengikutnya memang akan pemilik tudung jenama Cakenis ini cukup suka memasak dan suka berkongsi resipi.

Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi seni dan perniagaaannya ia tidak menghalang ibu muda ini turun ke dapur menyediakan makanan untuk suami dan anak tersayang.

Patutlah Yusuf Iskandar tiada masalah makan, mungkin sebab mummy nya dah biasakan dia makan pelbagai jenis makanan sejak bayi lagi.

French Toast Style Hanis Zalikha

Ads

Bahan-bahan:

Telur
Susu Segar
Shredded Cheddar Cheese
Serbuk Lada Putih
Secubit garam & gula

Cara membuat:

Ads
  1. Potong roti bentuk tiga segi.
  2. Campur semua bahan-bahan di atas kecuali keju.
  3. Gaul roti dengan campuran telur.
  4. Goreng roti di atas kuali dan tabur keju di atasnya hingga roti berwarna keperangan.

Menurut Hanis rahsia menjadikan roti telur lembut adalah dengan meletakkan sedikit susu segar dalam campuran telur.

Popcorn Chicken Yusuf Iskandar

Bahan-bahan:

Ads

Isi ayam
Rempah kari
Serbuk paprika
Garam
Telur
Tepung gandum

Cara membuat:

  1. Potong isi ayam kecil-kecil bersaiz seperti popcorn.
  2. Gaul dengan sedikit rempah kari, seruk paprika dan garam.
  3. Kemudian masukkan ayam dalam telur dan tepung gandum sebelum digoreng.

Berselera sungguh Yusuf makan masakan air tangan mummy nya.

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI