Hanis Zalikha memang dikenali antara selebriti yang suka memasak untuk anaknya Yusuf Iskandar.
Selebriti terkenal ini sering berkongsi pelbagai resipi masakannya di Insta Story miliknya. Kalau siapa yang rajin mengikutnya memang akan pemilik tudung jenama Cakenis ini cukup suka memasak dan suka berkongsi resipi.
Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi seni dan perniagaaannya ia tidak menghalang ibu muda ini turun ke dapur menyediakan makanan untuk suami dan anak tersayang.
Patutlah Yusuf Iskandar tiada masalah makan, mungkin sebab mummy nya dah biasakan dia makan pelbagai jenis makanan sejak bayi lagi.
French Toast Style Hanis Zalikha
Bahan-bahan:
Telur
Susu Segar
Shredded Cheddar Cheese
Serbuk Lada Putih
Secubit garam & gula
Cara membuat:
- Potong roti bentuk tiga segi.
- Campur semua bahan-bahan di atas kecuali keju.
- Gaul roti dengan campuran telur.
- Goreng roti di atas kuali dan tabur keju di atasnya hingga roti berwarna keperangan.
Menurut Hanis rahsia menjadikan roti telur lembut adalah dengan meletakkan sedikit susu segar dalam campuran telur.
Popcorn Chicken Yusuf Iskandar
Bahan-bahan:
Isi ayam
Rempah kari
Serbuk paprika
Garam
Telur
Tepung gandum
Cara membuat:
- Potong isi ayam kecil-kecil bersaiz seperti popcorn.
- Gaul dengan sedikit rempah kari, seruk paprika dan garam.
- Kemudian masukkan ayam dalam telur dan tepung gandum sebelum digoreng.
Berselera sungguh Yusuf makan masakan air tangan mummy nya.
Sumber: Instagram Hanis Zalikha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Butter Cheese Gebu. Guna Sukatan Cawan, Rasa Cheesenya Padu
Bagi anda yang gemar kek dan suka mencuba resipi baru, apa kata kali ni cuba buat kek yang mudah tapi rasanya sangat premium. Bukan kita je suka, anak-anak kecil pun mesti suka sebab berasaskan butter dan cheese.
Walaupun makan berulang kali, kek ni tak muak dan sedap. Anda yang pertama kali buat pun mesti boleh kerana stepnya sangat mudah dan bahan nak sediakan pun ringkas. Tak perlu yang mahal-mahal.
Menariknya kek ini teksturnya sangat gebu dan lembut je. Nak suap pada anak kecil pun boleh sebab rasanya tak manis sangat.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed untuk anda yang nak buat minum petang sambil layan anak-anak atau tengok TV.
Jom jom minum petang sama-sama..mommy buat kek butter cheese sbb nk perabis secoit cheese dlm fridge tu. Soo fluffy cottonny tasty uolls, very simple yet super nice giteww.
BUTTER CHEESE CAKE
3/4 cawan butter
1/2 @ 125g dari pack 250g cream cheese
1 cawan gula castor
5 biji telur (A)
2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum } ayak
1 + 1/2 sk baking powder } sekali
Cara-cara membuatnya:
– Mix butter + cheese hingga kembang..
– Masukkan gula sedikit demi sedikit, mix hingga putih creamy …
– Masukkan esen vanilla + garam..
– Masukkan telur sebiji demi sebiji, mix lagi hingga gebu..
– Masukkan tepung sedikit demi sedikit, mix sebati..
– Bake 160°c 45- 1 jam @ sehingga masak..
* sis guna loyang bulat 8″, just nice ! Happy baking lovelies
Kredit: Nor Azliza Mohamed
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Terlebih Atau Terkurang, Ini Panduan Pemakanan Untuk Kanak-Kanak Istimewa!
Anak-anak istimewa sememangnya perlu diberikan perhatian yang lebih dan ini termasuklah dalam soal pemakanan mereka setiap hari.
Menurut Pegawai Dietetik, Puan Rose Hanizan Mat Hassan, setiap jenis penyakit mempunyai keperluan kalori serta penjagaan pemakanan yang berlainan.
Setiap ibu bapa serta keluarga perlu faham keadaan penyakit yang di hadapi bagi memudahkan penjagaan kanak – kanak tersebut dalam setiap sudut termasuklah cara berkomunikasi, cara pemakanan yang sihat dan sebagainya.
Keperluan kalori setiap anak istimewa berlainan dari anak normal kerana keperluan mereka bergantung kepada sakit dan masalah yang mereka hadapi.
Bagi kanak – kanak Down Syndrome yang tidak mengalami sebarang komplikasi, keperluan mereka adalah sama dengan kanak – kanak biasa. Disebabkan itulah ibu bapa perlu membuat pemeriksaan berkala untuk anak – anak ini.
Bagi mereka yang mengalami down syndrome bersama – sama masalah hipotiroid, prader willie syndrome dan spina bifida, tumbesaran anak – anak biasanya agak lambat. Malah keperluan tenaga mereka juga adalah berkurangan daripada anak – anak normal lain. Sekiranya kita tidak mengawal kalori yang mereka ambil, anak – anak akan berisiko untuk mengalami masalah berat badan sehinggalah mereka dewasa.
Bukan itu sahaja malah keperluan kalori mereka juga perlu dikurangkan dan pengambilan tenaga sebanyak 10-15% daripada saranan RNI. Ini adalah kerana kadar metabolisme mereka adalah lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak normal.
Contohnya:
= (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) – 15 %
= 2000kcal – 300 kcal = 1700 kcal
Manakala bagi anak – anak yang kurang zat makanan dan berisiko untuk mengalami masalah pengurangan berat badan adalah seperti mereka yang mengalami Cerebral Palsy dan ADHD.
Anak-anak ini perlu diberi keperluan kalori atau tenaga yang lebih dari kanak – kanak normal kerana mereka berisiko untuk tiada kenaikan berat badan. Keperluan tenaga mereka perlu dipertingkatkan sehingga 150% atau lebih daripada saranan RNI.
Contohnya:
= (Keperluan tenaga bagi kanak – kanak normal) + 50%
= 1700 kcal + 850 kcal = 2550 kcal
Pilih Tinggi Protein
Pengambilan protein adalah penting untuk anak – anak istimewa terutama bagi anak – anak yang mengalami masalah berkaitan otot, saraf dan tumbesaran mereka.
Ibu bapa perlu memantau anak – anak dengan lebih terperinci seperti berat anak, interaksi anak, percakapan, pengunyahan anak – anak perlu selari dengan usia agar mereka tidak ketinggalan.
Protein juga perlulah dipilih daripada sumber yang berkualiti dan menarik minat mereka. Ini untuk memastikan mereka berminat untuk makan dan cukup bagi keperluan nutrisi mereka. Ayam, daging, ikan, atau telur adalah protein yang berkualiti baik dan seeloknya adalah tanpa lemak.
Bagi nutrisi dari lemak pula, ibu bapa perlu kawal untuk mengelakkan obesiti terutamanya kanak – kanak yang rendah metabolisme. Bagi anak – anak yang kurang berat badan, ibu bapa tidak perlu kawal pengambilan lemak tetapi perlu pastikan lemak yang baik dan tidak memudaratkan tumbesaran anak – anak istimewa.
Para ibu bapa juga perlu ambil perhatian lebih kepada sesetengah vitamin dan mineral untuk anak – anak istimewa.
Pengambilan buah – buahan dan sayuran yang tinggi vitamin C adalah penting untuk meningkatkan tahap antibodi dan sistem imuniti anak – anak terhadap persekitaran.
Ini bagi mengelakkan anak – anak senang mendapat jangkitan seperti demam dan selsema. Vitamin dan mineral lain adalah seperti vitamin E, A, zinc, copper, serta amino acid dan lain – lain yang penting untuk menambah baik tumbesaran serta meningkatkan lagi perkembangan kognitif, peka dan meningkatkan tumpuan anak – anak.
Sentiasa Bekalkan Susu
Ibu bapa juga jangan lupa untuk memberikan produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya kepada anak – anak sama seperti anak – anak normal.
Malah sekiranya perlu produk tenusu ini juga perlu diberi sehingga dewasa. Ini adalah penting untuk memastikan tumbesaran tulang dan gigi seperti normal dan kuat.
Peringatan untuk ibu dan bapa, pemakanan yang baik, sihat dan seimbang pada awal kehidupan anak – anak kita adalah penting untuk kehidupan mereka di masa hadapan. Adalah penting untuk kita pastikan kita tidak memberikan makanan ringan atau ‘jajan’ kerana tidak mempunyai nutrisi tetapi tinggi kalori dan ini akan mendedahkan anak kita untuk menjadi seorang yang obese atau berlebihan berat badan.
Begitu juga dengan anak – anak istimewa adalah tidak wajar untuk diberikan makanan yang mendorong kepada kekurangan nutrisi serta menggangu perkembangan saraf anak – anak tersebut.
Bagi anak – anak yang mengalami hiperaktif seperti ADHD elakkan memberikan makanan yang tinggi dengan gula ringkas seperti gula – gula atau makanan manis kerana ia dapat mengurangkan simptom hiperaktif tersebut.
Aktiviti fizikal juga penting untuk membantu tumbesaran anak – anak dan dalam masa yang sama kita juga telah mengajar anak – anak kita ke arah kehidupan yang lebih sihat dan cergas.
Ibu bapa perlu menghadkan tabiat yang tidak aktif dan sedentari seperti menonton television atau permainan video dan telefon secara berlebihan. Sama – sama kita menjaga pemakan dan gaya hidup yang sihat untuk anak – anak kita semua.
Menarik: Share Sampai 10k Begini Cara Masak Sambal Tempe Bilis Kekal Rangup, Padu Sungguh
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buntu Anak Picky Eater? 6 Cara Ini Buat Anak Seronok Nak Makan Tanpa Perlu Di Paksa!
Tidak dinafikan masalah anak cerewet makan adalah masalah yang selalu dihadapi ibu bapa. Buntu dibuatnya bila semua makanan dia tak suka!
Bukan mudah untuk mengendalikan anak-anak yang cerewet makan dan hanya makan makanan tertentu sahaja. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah tumbesaran kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa hendaklah melipat gandakan usaha dalam menangani permasalahan ini.
Dalam hal ini, ibu bapa perlulah mengutamakan makanan dari sumber semula jadi selain daripada pengambilan multivitamin yang mengandungi Lysine sebagai suplemen. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi menangani anak yang cerewet makan:
#1.Tetapkan jadual makan
Tiga waktu hidangan utama dan berselang seli dengan tiga waktu snek. Pilihan snek boleh terdiri daripada buah-buahan segar, biskut dan roti. Elakkan minuman ringan, manis, berjus dan bersusu semasa snek kerana itu boleh menyebabkan anak kurang selera makan semasa hidangan utama.
#2. Waktu makan menyeronokkkan
Jadikan waktu makan satu pengalaman yang seronok. Nikmati waktu makan bersama seluruh ahli keluarga. Tutup televisyen dan berikan tumpuan ke arah hidangan yang terhidang di atas meja makan. Kanak-kanak akan jadi lebih bersemangat bila melihat ahli keluarga yang lain juga makan bersama.
#3. Kreatif dalam penyediaan makanan
Hidangkan sayur-sayuran bersama sos pencicah mayonis atau buah-buahan dimakan bersama celupan sos coklat. Potong makanan kepada bentuk yang kelihatan menarik. Pelbagaikan warna makanan dalam satu pinggan lobak yang berwarna oren, brokoli yang berwarna hijau dan tomato yang berwarna merah.
#4. Perkenalkan makanan baru satu persatu
Selalunya anak akan mencuba dahulu secubit sebelum dia berani untuk makan makanan yang baru. Jika dia tidak mahu pada pertama kali, cuba lagi beberapa kali sehingga dia mahu merasa. Galakkan dengan bercerita mengenai warna, bau dan rasa makanan itu. Bukan sekadar mengatakan makanan itu sedap. Hidangkan makanan baru itu sekali dengan makanan yang dia sudah biasa.
#5. Jangan upah makanan ringan
Jangan sesekali menjanjikan aiskrim jika anak anda mampu menghabiskan sebiji epal. Itu boleh mengelirukan pertimbangan mereka. Sebaliknya, tetapkan satu hari yang dibenarkan makan aiskrim dalam seminggu.
#6. Libatkan mereka
Apabila sedang membeli-belah di pasar raya, minta mereka pilihkan sayur dan buah dan masukkan ke dalam bakul. Jangan beli makanan yang tidak sihat yang anda tidak mahu mereka makan. Di rumah, galakkan mereka membantu anda membasuh sayur, atau menyiapkan meja.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI