ADHD sebenarnya singkatan untuk Attention Deficit Hyperactive Disorder. Admin tertarik dengan perkongsian Puan Fatimah apabila beliau cuba mengenalpasti tentang masalah anaknya dan menyediakan platform yang betul untuk anaknya yang mempunyai ADHD.
Dalam rancangan Pa&Ma sebentar tadi di Astro Prima & Maya HD, Puan Fatimah telah berkongsi pengalamannya mengendalikan anak ADHD.
Dalam tempoh 2 tahun membesar, anak saya mempunyai masalah kesihatan. Saya mula perasan anak saya dari segi perkembangan agak perlahan. Saya mengambil keputusan untuk belajar etntang apa itu ADHD.
Bila doktor sahkan anak saya mempunyai ADHD, saya terus buat homework tentang bagaimana cara saya untuk salurkan tenaga anak-anak pada tempat yang betul. Dari situlah saya masukkan mereka ke Fencing Academy.
Sebab saya rasakan, FOKUS adalah asas untuk mereka. Alhamdulillah, selepas saya masukkan ke dalam Fencing Academy yang mana latihan mereka memerlukan fokus yang tinggi, mereka berjaya dalam akademik di sekolah kerana mereka dapat fokus dengan baik.
Daripada tidak boleh membaca, mereka terus boleh membaca. Kemajuan mereka bagus dari segi skill motor dan tahap kekuatan semakin meningkat.
Jika anda terlepas menonton rancangan Pa&Ma episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif pukul 12 tengah hari tadi, anda boleh tonton siaran ulangan pada pukul 9 malam ini di Astro Prima dan Maya HD.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekali-Sekala Bagilah Anak Main Kotor. Tak Rugi Tapi Ada Kebaikannya!
Sekali-sekala bagilah anak main kotor. Ini penting untuk anak belajar demi kebaikannya. Tapi hari ini boleh dikatakan semua ibu bapa sekarang terlalu berkira jika anak-anak nak main diluar. Sebabnya tak nak anak main kotor, mudah jatuh sakit dan macam-macam lagi.
Mengikut kajian, membenarkan anak-anak kesayangan anda untuk explore dirty atau messy play ini sangat bagus untuk perkembangannya.
Tak rugi pun, malah itulah yang sistem deria sentuhan anak kita perlukan untuk berfungsi dengan lebih baik semasa sesi persekolahan mereka kelak.
“Malas nak cuci dan bersihkan segala benda yang kotor”, kata si ibu.
Makanya..anak-anak nanti pun membesar menjadi seorang yang terlalu pembersih.
Sistem deria sentuhan tidak dapat berfungsi dengan baik, maka anak-anak menjadi sangat pembersih sehingga dikhuatiri boleh mendapat penyakit “too hygienic” seperti “Obsessive Compulsive Disorder”.
Saya pernah jumpa satu kes murid darjah 1 yang macam ni.. sejak hari pertama masuk darjah 1, smpailah sekarang nak masuk darjah 3, tidak pernah sekali pun dia guna tandas di sekolah.. bila di tanya kenapa?? “Saya jijik nak masuk tandas sekolah saya”.
Sanggup di tahannya kencing, kadang-kadang dia bawa siap-siap botol plastik dalam beg, untuk dia elak dari guna toilet di sekolah. Normal ke macam kes ni?
Itulah, kalau tanya saya. Lagi sekali saya akan cakap ini disebabkan ibu bapa yang gagal memberi pendedahan secara menyeluruh masa umurnya sedang untuk belajar dan meneroka sesuatu. Betul kebersihan itu separuh dari IMAN.
Tapi betul ke disebabkan anak-anak terlalu pembersih sehingga jijik nak bersih najis mak ayahnya sendiri yang sakit tua atau terlantar nanti??
UNTUNG kan kita membesar zaman-zaman sebelum ni. Ada peluang main teng-teng, berkaki ayam, lukis kotak teng-teng pakai jari atas tanah, main bola tak pakai kasut, main hujan, tak pakai selipar, pijak-pijak lumpur, tolong mak bakar sampah belakang rumah tanpa pakai sarung tangan, tolong mak tabur baja najis ayam atau kambing dalam pasu bunga, dan lain-lain. Bagusnya mak ayah kita dulu-dulu.️
Sumber: Liyana Raya
#sensoryplay
#tactilestimulation
#touchsensory
#obsessivecompulsivedisorder
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Ada Adik Baru, Abangnya Mula Jealous! Didik Anak Faham Ibunya Sedang Berpantang
Bagaimana didik anak agar faham ibunya sedang berpantang dalam masa yang sama bangunkan EQnya? Bila anak mendapat adik baru, dan nampak dia jealous serta mahu didukung seperti adiknya, namun anda yang baru melahirkan adiknya dan sedang berpantang. Bahaya untuk anda jika anda mendukung anak yang sudah besar itu.
Namun, elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.”
Kerana ini akan menyebabkan perasaan marah dan cemburu. Kerana anak itu akan merasakan tempat dia telah dirampas.
Apa yang anda boleh lakukan ialah kata begini; “ Mama, baru lahirkan adik, mama tak begitu sihat. Macam sayang, bila sayang tak sihat, sayang selalu baring saja kan. Mama pun macam tu. Tapi Mama sayang sangat sayang dan rindu nak dukung sayang. Jadi apa kata, sayang baring kat riba Mama ni atau bila ada Ayah, ayah dukung sayang ya. Nanti Mama dah sihat, Mama dukung sayang.”
Kata-kata begini menguatkan EQ anak. Dia akan faham perasaan orang lain dan dia akan mahu bertolak ansur.
Kata-kata seperti; “ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…”
Kata-kata beginilah yang melukakan hati anak. Dan bila hati terluka, EQ terbantut. Ini menjadi kanser yang akan nampak bila anak itu remaja nanti. Dimana ketika itu, anda tiba-tiba tersedar, dia tidak langsung menghargai perasaan anda! Dia tidak ada ruang untuk merasai perasaan orang lain, kerana hatinya penuh dengan luka. Dan marah yang terpendam akan menjadi api kemarahannya.
Apatah lagi jika semasa kecil, dia terlampau kerap dimarahi.
Untuk memperkembangkan EQ, banyakkan membelai anak itu. Cium, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap cium and peluk anak itu dan puji dia kerana dia suka berdikari. Anda boleh beri dia beri dia penganugerahan seperti ‘mama little helper’ atau ‘perwira kecil mama’ atau yang bagus seperti itu. Anak itu akan berasa bangga dan menjadi lagi rajin menolong dan menjaga adiknya.
EQ akan berkembang bila anak merasai dia dikasihi dan bila perasaannya difahami dia belajar mengasihi. Anak belajar menjadi seorang yang memahami anda bila sedari kecil anda menunjukkan anda memahami perasaannya.
Oleh itu manja dan lenja tidak timbul kerana anak yang lenja tidak tahu memikirkan orang lain. Dia hanya mahu dia dilayan. Puncanya ialah kerana apa yang dia mahu semua diikutkan sehingga dia tidak tahu bagaimana susahnya perkara itu untuk dilaksanakan.
Anak yang begini juga akan membesar menjadi remaja yang hanya tahu untuk memberontak meminta dilakukan perkara untuknya. Dia tidak ada ruang untuk orang lain. Kerana sedari kecil dia tidak dilatih dan dididik untuk merasai perasaan orang lain.
Sumber: Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tiba-tiba Meragam & Mengamuk, Mama Cuba ‘Check’ Emosi Waktu Menyusu
Apabila anak mula meragam dan mengamuk sedangkan biasanya anak selalu sahaja baik tentu jadi serba tidak kena. Apa yang mama boleh lakukan ialah dengan cara memerhatikan punca anak jadi begitu.
Perhatikan adakah perubahan sikap anakberpunca daripada diri mama dan papa itu sendiri. Kadang-kadang anak kecil yang buat perangai ini bersebab. Mungkin mereka tak pandai nak beritahu secara terus jadi pendekatan yang mudah adalah dengan menunjukkan tanda protes.
Anak Tiba-tiba Meragam & Mengamuk
Bila anak buat perangai, secara automatik mama dan papa pun akan rasa geram sangat sehingga boleh terkuat suara atau pun memukul anak. Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin boleh dikaitkan dalam hal ini.
Berikut perkongsian Puan Maryam Jamadi yang boleh dijadikan sebagai panduan bersama.
Saya nak ceritakan tentang pengalaman anak tantrum dan jadi pemarah:
Anak saya tiba-tiba banyak meragam, menangis tanpa sebab. Semua benda tak kena dan jadi sangat pemarah bila tak ikut kemahuan dia. Pujuk macam mana pun tak jalan, kalau kes macam ini memang saya akan biarkan dia menangis untuk lepaskan semua kemarahan dia. Cara saya tahu dia dah puas nangis adalah bila dia dah mula buka mata untuk tengok sekeliling.
Selagi dia menangis menjerit tutup mata, buatlah macam-macam cara tak akan ‘laku.’ Punca dia menangis memang ‘kelakar’ dan tak boleh diterima:
– Tak nak mandi
– Tak nak tukar diaper walaupun sudah ‘membuang’
– Nak buka peti ais
– Saya tegur bila dia tumpahkan air
– Nak makan sup panas menggelegak
– Baju dia pakai tak cantik
Benda kecil pun dia akan mengamuk macam kena dera, emosi dia sangat sensitif minggu ini dan saya mencari-cari puncanya dan apa salah saya. Pening + stress.
Dalam seminggu juga dia banyak meragam, selepas itu saya bercuti 3 hari. Tiba-tiba mood dia sangat ok, bangun tidur senyum tak ada nangis dan boleh mendengar arahan tanpa mengamuk. Kalau saya tak ikut kemahuan dia, dia boleh terima.
Mama Cuba ‘Check’ Emosi Waktu Menyusu
Lepas difikir-fikir punca, rupanya minggu yang dia banyak mengamuk itu adalah minggu appointment saya penuh selama 7 hari berturut-turut dari 9 pagi hingga 6 petang sebab nak kena ganti 7 hari saya bercuti. Suami pula sedang sibuk siapkan thesis master. Saya kerja beliau jaga anak, berganti-ganti.
Jadi masa itu saya stres, penat dan tak cukup rehat sampai demam, anak saya pun stres dan sangat kuat mengamuk.
Terlalu fikir kerja sehingga saya terlupa yang susu yang saya berikan kepada anak saya boleh ‘pass’ hormon tak baik saya setiap kali saya stres dan penat iaitu hormon cortisol.
SUSU IBU + HORMON
*Kajian telah dilakukan oleh evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stress yang dikeluarkan semasa ibu stres fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
*Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stres ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki. Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stres memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki.
*Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkahlaku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu.
Inilah jadi mak ayah lagi-lagi anak pertama, kita belajar apa pun atau kerja apa pun bila kena dekat batang hidung sendiri memang pening.
Jadi, untuk mak-mak yang masih menyusu badan kalau anak tiba-tiba kuat mengamuk dan meragam cuba check balik emosi kita semasa menyusu.
Kalau tengah penat dan dalam tergesa-gesa, saya cadangkan untuk ambil masa 10 minit untuk bertenang, minum air sekejap, makan coklat dan lupakan perkara yang menyemakkan kepala. Boleh buka ayat Al-Quran ataupun white noise juga untuk membantu kita bertenang sebelum menyusu. Tak kiralah menyusu direct ataupun pam.
Bila agak-agak dah tenang, degupan jantung dah stabil dan normal baru mula menyusu ataupun mengepam.
Menyusu badan bukan bermaksud kita beri sumber khasiat dan keperluan bayi sahaja. Kita juga salurkan HORMON kita. Jadi, jaga-jaga dengan emosi sepanjang proses perjalanan menyusu badan.
Suami juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga emosi isteri sepanjang tempoh menyusu badan. Agak-agak isteri mula berkerut, offerlah nak masakkan makan malam ataupun tolong lipat sidai baju ke.
Macam kes saya, sebenarnya saya pun tak perasan tengah stres sebab enjoy kerja walaupun sangat penat. Selepas ini kena lebih berhati-hati lagi dengan hormon stres.
Sumber: Maryam Jamadi (Occupational Therapist)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI