ADHD sebenarnya singkatan untuk Attention Deficit Hyperactive Disorder. Admin tertarik dengan perkongsian Puan Fatimah apabila beliau cuba mengenalpasti tentang masalah anaknya dan menyediakan platform yang betul untuk anaknya yang mempunyai ADHD.
Dalam rancangan Pa&Ma sebentar tadi di Astro Prima & Maya HD, Puan Fatimah telah berkongsi pengalamannya mengendalikan anak ADHD.
Dalam tempoh 2 tahun membesar, anak saya mempunyai masalah kesihatan. Saya mula perasan anak saya dari segi perkembangan agak perlahan. Saya mengambil keputusan untuk belajar etntang apa itu ADHD.
Ads
Bila doktor sahkan anak saya mempunyai ADHD, saya terus buat homework tentang bagaimana cara saya untuk salurkan tenaga anak-anak pada tempat yang betul. Dari situlah saya masukkan mereka ke Fencing Academy.
Ads
Sebab saya rasakan, FOKUS adalah asas untuk mereka. Alhamdulillah, selepas saya masukkan ke dalam Fencing Academy yang mana latihan mereka memerlukan fokus yang tinggi, mereka berjaya dalam akademik di sekolah kerana mereka dapat fokus dengan baik.
Ads
Daripada tidak boleh membaca, mereka terus boleh membaca. Kemajuan mereka bagus dari segi skill motor dan tahap kekuatan semakin meningkat.
Jika anda terlepas menonton rancangan Pa&Ma episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif pukul 12 tengah hari tadi, anda boleh tonton siaran ulangan pada pukul 9 malam ini di Astro Prima dan Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa Terjadi Pada Sistem Tubuh Badan Apabila Kita Cium Anak? Perkongsian ini diambil dari Dr.Rizal, former Clinical Psychologist di Goulburn Valley Health Victoria Australia
KESAN CIUM ANAK
Saya sangat teruja dengan imej ini. Satu-satunya imej brain scan dalam dunia memgenai seorang ibu mencium bayinya. Suatu yang sukar tetapi berjaya dilakukan. Gambar yang sangat rare.
Gambar ini milik seorang neurosaintis Dr Rebecca Saxe. Setelah beberapa kali mencuba beliau akhirnya berjaya tidurkan bayinya yang berusia 2 bulan. Ditidurkan dalam mesin imbasan.
Gambar ini adalah lambang kasih seorang ibu. Apabila Dr Saxe mencium anaknya bahagian otak yang keluarkan hormon oxytocin terus aktif. Seperti di dalam gambar.
Oxytocin adalah hormon kasih sayang. Hormon cinta ibubapa pada anak. Hormon kasih anak anak pada ibubapa. Hormon yang sebabkan cucu cucu mahu pulang ke kampung.
Bukan itu sahaja. Ciuman Dr Saxe aktifkan bahagian reward system otak hingga otak keluarkan hormon dopamin – the feel good hormon.
Tidak cukup dengan dopamin otak juga keluarkan hormon vasopressin. Hormon ini kukuhkan lagi attachment anak-ibu. Sekiranya ciuman pada pasangan, ia akan romantiskan hubungan pasangan itu. Begitu hebatnya vasopressin.
Bab ciuman dari gambar ini belum habis lagi. Ada lagi satu hormon yang akan otak keluarkan. Namanya serotonin. Hormon ini stabilkan mood manusia.
Bayangkan, apa akan jadi apabila mood ibubapa dan anak stabil…
Tuan Puan sudah cium anak harini?
#DrRizal
#neurocaliph
Kredit gmbr : Eddy Rusdi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada pelakon dan pengacara cantik manis, Amyra Rosli, Aqeef Anaqi mencuri perhatian warga maya apabila cuba berhubung dengan ibunya melalui aplikasi Whatsapp.
Amyra memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Anaqi yang kini sudah berusia lima tahun dan berkongsi dengan pengikutnya di akaun Instagram.
Menggunakan pelbagai abjad kerana menurut Amyra anaknya itu belum mahir menulis, sebagai ibu dia berasa cukup terharu atas usaha anak sulungnya itu untuk menghubungi dirinya ketika dia sedang bekerja.
“Anaqi belum pandai writing/typing but always ada effort nak chit chat dengan mommy while mommy shooting.. love u son,” kongsi Amyra di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen ramai yang memuji perkembangan Anaqi selain ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama dengan anak masing-masing.
“Wow bahasa dia.. Mak-mak je paham,” komen Nad Zainal
“Comel typing Anaqi and mommy,” komen seorang lagi peminat
“Ajarkan guna voice…anak saya 6 tahun berhubung dengan saya bila saya tak ada di rumah…guna voice,” kongsi wargamaya lagi.
Untuk rekod, Amyra dan suami yang juga pelakon, Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Anaqi dan juga Ayra Aryssa yang kini berusia setahun lebih.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebolehan luar biasa! Siapa sangka anak yang baru berusia 2 tahun mempunyai kebolehan untuk membaca, mengira dan mengetahui planet. Kalau diikutkan di usia ini anak-anak sedang dalam proses untuk bercakap dan belajar bersosial.
Namun bagi pasangan suami isteri ini yang berasal dari Filipina dan kini bekerja di Abu Dhabi, mereka teruja apabila mengetahui pelbagai kebolehan anak mereka yang baru berusia 2 tahun itu.
Usia setahun dah mula nampak kelebihan
Dilaporkan, Drei yang dilahirkan pada Januari 2020 boleh menyebut fonik setiap huruf abjad, mengira hingga sepuluh dalam bahasa Sepanyol dan mengira sehingga 50 dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, dia juga dilaporkan tahu hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, planet-planet Sistem Suria dan mengetahui perbezaan antara “dalam (in), pada (on) dan pada (at)’.
Difahamkan, semasa Drei berusia satu tahun, dia telah berjaya menghafal nama haiwan, warna dan bentuk yang berbeza.
“Dia suka matematik, muzik dan membaca. Tambahan lagi dia boleh menyanyi keseluruhan lagu,” kata ibu Drei, Pinpin.
Tambah mereka, Drei mudah menghafal dan sangat fokus semasa pembelajaran.
Suka tonton rancangan pendidikan
Selain itu, bayi tersebut gemar menonton rancangan pendidikan dalam talian berbanding kartun.
“Dia sangat minat buku, bukan pada mainan. Pada usia 1 tahun 7 bulan, dia sudah boleh mengira,” kata ayahnya, Pallen.
Ibunya yang bekerja sebagai jururawat di Abu Dhabi berkongsi dengan The Filipino Times bahawa pada mulanya dia bimbang kerana Drei kelihatan diam dan sibuk dengan perkara lain.
“Sebenarnya saya seorang jururawat. Jadi saya perasan Drei terlalu fokus pada perkara lain. Sebagai seorang ibu, saya sangat gementar kerana saya banyak membaca tentang autisme.”
“Jadi, saya membuat keputusan untuk cuba hantar dia ke sekolah,” kata Pinpin.
Bagaimanapun, Drei sering sakit sehingga dia tidak dapat meneruskan persekolahan.
“Dia mula bersekolah pada Ogos 2021 lalu. Tetapi mungkin kerana dia tidak selalu keluar, sistem imunnya lemah. Jadi dia sering mengalami selesema.”
“Dia bersekolah selama 3 bulan, tetapi hanya hadir selama 45 hari sahaja,” kata Pinpin.
Suka dengan buku
Walaupun tidak dapat kembali ke sekolah, Drei masih menunjukkan semangat untuk belajar.
“Anda akan melihat bahawa dia sangat suka membaca buku. Tidak kira ke mana dia pergi, walaupun ketika kami bercuti di Filipina,” kata Pinpin.
“Pada suatu hari, dia cuba mengeja perkataan yang tertera di baju kami,” kongsi ibu bapa Drei.
Difahamkan, mereka berasa bertuah apabila mengetahui anak mereka belajar dengan cepat dan lebih awal berbanding kanak-kanak lain.
“Diberkati! Bersyukur sangat kepada Tuhan. Hadiah yang sangat tidak ternilai buat kami.”
“Ia menjadikan kami lebih bermotivasi untuk berkembang sebagai pasangan untuk menyediakan lebih daripada yang dia perlukan dan menyediakan jalan untuknya, apa sahaja jalan yang dia pilih,” kata Pallan.
Masa mengandung suka makan sayur berdaun hijau
Apabila ditanya apakah rahsia keupayaan pembelajaran Drei, ayahnya menjawab ibunya makan sayur berdaun hijau semasa mengandungkan Drei. Saya rasa ia lebih kepada cara ibu dan neneknya menjaganya. Sejak mengandung, ibunya memang tidak makan makanan ringan dan makanan berproses,” kata Pallan.
Selain itu, mereka juga menyarankan ibu bapa lain untuk cuba lakukan rutin tidur dan bangun yang boleh diikuti oleh kanak-kanak dengan mudah.
Tambahan lagi, pastikan kanak-kanak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan mereka.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/