Jujurnya ibu bapa mana yang tak risau memikirkan anak-anak yang mula bersekolah dalam keadaan sekarang ini. Namun demi memastikan anak tak ketinggalan dalam pelajaran, nak tak nak kita hanya mampu berserah kepada Allah agar dipermudahkan urusan menuntut ilmu.
Walaupun ada yang mengambil keputusan untuk homescholing anak-anak, namun ada juga yang mengharapkan khidmat guru untuk mengajar.
Bagi memberi rasa ketenangan dalam hati ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah sejak awal Mac lalu, Ustazah Nazirah Abd Rahim berkongsi amalan untuk ibu bapa sama-sama lakukan sebelum anak keluar menuntut ilmu.
Ustazah nak kongsikan amalan hantar anak sekolah. Insya-Allah dengan doa dari kedua ibu bapa perasaan risau itu akan terkawal dan anak-anak-anak kita semua dalam jagaan Allah.
Ada dua tips yang boleh diamalkan, antaranya ialah:
1. Terapikan anak-anak sebelum ke sekolah
Mohon Allah jagakan anak-anak kita dari segala musibah sepanjang masa tak kira dalam apa keadaan sekalipun. Allah Maha Agung.
2. Amalkan doa yang Nabi ajarkan
Amalkan doa yang diajarkan nabi saat serahkan anak pada guru atau di rumah pengasuh, sekolah atau taska.
Doa ini diajarkan oleh guru ustazah iaitu almarhum Tuan Guru Ustaz Harun Din.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ
“Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah mensia-siakan apa yang di dalam jagaan-Nya”
Al Imam Abdul Wahhab al- Sya’rani mengatakan:
“Di antara akhlak para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri, anak-anak, serta ahli keluarga mereka kepada Allah Ta’ala “.
Dan doa ini
استودع الله مالي واهلي..
Insya-Allah moga dengan doa dan amalan yang ibu bapa lakukan ini dalam menjaga anak-anak, Allah akan beri ganjaran hebat untuk semua.
Sebarkan dan panjangkan amalan hebat ini pada rakan-rakan kita agar ibu ayah sentiasa tenang setiap kali menghantar anak-anak ke sekolah, tadika, taska atau di rumah pengasuh.
Kredit: Ustazah Nazirah Abd Rahim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)