Bila sebut sahaja tentang apam lempeng terus terimbau sarapan zaman dulu-dulu. Kuih ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut ketika berbuka mahupun ketika ‘moreh’.

Hanya 1 Adunan Boleh Buat 2 Jenis Kuih Apam Untuk Berbuka Puasa

Bagi yang teringin nak mencuba resipi apam lempeng dan apam kukus, boleh cuba resipi yang dikongsi.

Saya selalu guna 1kg tepung sebab ramai…hihi

Hanya 1 Adunan Boleh Buat 2 Jenis Kuih Apam Untuk Berbuka Puasa

Ads

Bahan-bahanya:

  • 1kg tepung
  • Gula ikut manis sebab pakai agak je..hihi( manis yang buat sedap)
  • Mauripan 1 paket
  • Air ikut pekat macam kita bancuh apam tu

Cara penyediaan:

  • Bancuh ke semua bahan macam kita buat apam tu, biarkan kembang.
  • Kemudian dah kembang panaskan minyak sedikit dalam kuali dan letakkan bancuhan yang kita buat tadi dalam 3 senduk gulai tu (sebab tu apam gebu)..buat macam masak lempeng kelapa tu…biarkan dia garing baru terbalikkan, pastikan tutup ye kuali tu.
  • Pastikan api yang paling slow kita guna. Kalau api besar nanti hangus tak sedap…hihi
  • Dah garing atas dan bawah boleh angkat dan hidangkan.
  • Biasa kalau banyak lebih bahan tu saya buat apam kukus..sebab cara buat apam lempeng dan apam kukus sama je..bezanya masak dalam kuali ..selamat mencuba!

*maaf kalau ada yang kurang faham..sebab pakai agak je bahan-bahan tu tak ada sukatan.

Ads

Kredit: Norafizah jani via masak apa hari ni

Hanya 1 Adunan Boleh Buat 2 Jenis Kuih Apam Untuk Berbuka Puasa

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Ads

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Hanya 1 Adunan Boleh Buat 2 Jenis Kuih Apam Untuk Berbuka Puasa

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI