Hanya 15 Minit Boleh Siapkan Bekal Anak Kembali Ke Sekolah! Resipi Ini Confirm Sedap

Share

Waktu pagi adalah waktu yang cukup genting bagi para ibu untuk mempersiapkan segala hal terutama bagi ibu yang bekerja. Memasak dan menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak ke sekolah memerlukan peruntukan masa yang sangat lama. Ibu harus bangun lebih awal untuk mempersiapkan segalanya-galanya.

Ramai juga ibu-ibu mengambil keputusan untuk membeli sahaja makanan diluar agar dapat menjimatkan masa dan memudahkan tugasan para ibu. Namun makanan diluar belum tentu terjamin kebersihannya bukan? Kata orang, makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak. Masakan tidak, hal ini kerana penyediaannya lebih terjamin kebersihanya.

Sebenarnya anda tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam di dapur hanya untuk menyediakan bekalan makanan untuk si manja anda. Cukup hanya peruntukan masa 15 minit sahaja anda mampu menyediakan sandwich telur untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Dengan adanya AJI-SHIO® lada berperisa akan memudahkan tugasan anda untuk memasak dan rasanya confirm sedap!

Sandwic Sushi
Cadangan hidangan: 4-6 orang


Bahan-bahan:
9 keping Roti putih
6 helai Daun salad, dibuang bahagian keras
½ biji Timun Jepun, dipotong panjang
½ biji Lobak merah, dipotong panjang

Bahan-bahan A: inti tuna
60 g Ikan tuna di dalam tin, dicincang
1 biji Bawang merah, dicincang
2 sudu besar Mayonis
¾ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa

Bahan-bahan B: inti isi ketam
6 pcs Filamen ketam, dicincang
2 sudu besar Mayonis
½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa

Bahan-bahan C: inti ayam
60 g Ayam cincang, direbus
1 sudu besar Mayonis
½ sudu besar Sos cili
¾ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa

Cara Menyediakan:
1. Campurkan semua bahan untuk setiap jenis inti di dalam mangkuk berasingan. Gaul sehingga rata.
2. Potongkan bahagian tepi roti dan ratakan roti dengan pencanai doh.
3. Ratakan sedikit inti pada roti.
4. Letakkan daun salad di atas inti.
5. Tambahkan lobak merah dan timun.
6. Gulungkan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit.
7. Potong kepada 3 dan sedia untuk dihidang.

Mudah bukan resipi ini? Pasti ibu-ibu tak sabar nak sediakan bekalan makanan buat anak-anak dan jangan lupa dapatkan AJI-SHIO® Lada Berperisa yang boleh membantu memudahkan kerja memasak anda.

Published by
NuFa