Ayam goreng memang menjadi kegemaran anak-anak. Kalau mama sediakan ayam goreng memang ‘happy’ semuanya. Tapi bila buat sendiri ayam goreng, tak sama pula macam kedai ayam terkenal.
Sebenarnya cara penyediaan kena betul. Kalau mama nak tahu jom ikuti resipi ini!
Resepi ayam goreng crunchy by syafinas💫 Menggunakan Tepung Bestari Original sahaja ❤️
Bahan utama:
- Ayam
- Tepung Bestari Original(nak guna yang spicy pon boleh)ikut selera masing-masing
minyak
Cara Penyediaan:
Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam. Ok yang ni kena fahamkan jangan la letak 1 plastik tepung nak perap tu🤣 agak-agak ayam banyak mana banyak tu la tepungnya 😃.bancuh dengan air.
Lagi lama ayam diperap lagi rasa juicy tau 😁 tapi kalau tak nak perap lama pon takpa dalam 10 minit pon okay 😉 ikut pada kerajinan nak menunggu 😇yang ni saya tak bancuh dengan telur sebab kalau letak telur minyak kan jadi cepat hitam . (jangan letak garam /perasa sebab tepung bestari ni dah cukup masin
Tepung kering (menggunakan tepung bestari jugak)guna bekas yang besar sebab senang nak gaul ayam nanti💫
Ambil ayam yang diperap tadi ke tepung kering dan gaul sama rata …masa ni tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam.
Ok yang ni sediakan bekas/mangkuk ikut pada korang la. isi air dalam bekas (air sejuk @air paip terpulang) dan letak penapis ..masukkan ayam yang bersalut tepung tadi kedalam dan rendam ayam jangan lama sekajap je rendam (dalam 2 saat). Angkat ayam direndam tadi dan toskan .
Lepastu masuk semula dalam tepung kering dan gaulkan (tepung kena banyak ye jangan sikit nanti tak jadi kerinting ayam).. lepastu akan nampak hasil kerinting macam ni.
Goreng ayam ni saya pilih dalam periuk sebab kejadian ayam bile digoreng akan jadi cantik❤️ minyak kena banyak bila goreng ayam tu takde la hangit tang bawah tu.
Dann ini la hasilnyaaa😇
Selamat mencuba ❤️
Kredit: Nrl Intan Syafinas
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI