Bulan puasa ni dapat minum air sejuk, terus rasa lega tekak. Tambah pula dapat pekena cendol yang dibuat sendiri lagi puas hati.
Hanya bermodalkan tak sampai RM5 dah boleh hasilkan stok cendol. Bila buat sendiri, bolehlah anak dan suami ulang makan banyak kali pun, lagi-lagi cuaca panas sekarang ini.
Resepi cendol homemade:
– 1 cawan tepung jagung
– 2 helai daun pandan kisar bersama 3 cawan air.
– Garam sikit
Cara-cara:
1) Masak semua kacau selalu sampai dia likat dah jernih.
2) Masuk dalam piping bag, potong bucu dia sikit lepas tu picit dalam air sejuk 1 jug.
3) Dah cantik elok jadi macam ni.
4) Masukkan ais, cendol, santan pekat, garam sikit, dan gula merah. Selesai! Boleh nikmati bersama seisi keluarga.
Kredit: Nasi Dalca Salsabila
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)