Hampir 6 bulan dalam kandungan, hati ibu mana yang tak sedih apabila anak yang dinantikan selama ini pergi buat selamanya selepas keguguran. Penantian selama 4 tahun TTC dengan harapan dapat memeluk anak sendiri tak kesampaian apabila Allah ambil dulu anak syurga ini.

Kisah yang dikongsikan oleh Anissa Anuar ini yang dilaluinya baru-baru ini cukup mengambarkan betapa hatinya sedih kerana anak yang dinantikan bersama suami tak dapat diselamatkan.

Namun takdir Allah tiada siapa dapat menidakkannya dan mungkin ada rezeki lebih baik yang akan diberi-Nya selepas ini.

Hanya 23 Minggu Dalam Kandungan, Belum Rezeki Mommy Nak Jaga & Pelukmu Sayang

Rasa contraction, perut mengeras

Tidak pernah terlintas awak Anak Syurga saya. Semoga cerita ini dapat memberi kebaikan dan ibu-ibu sudi share pengalaman yang sama macam saya.

8/10 jam 8.00 pagi saya telah selamat melahirkan anak secara normal tanpa sebarang alat bantuan mahupun ubat.. Alhamdulillah sangat mudah proses kelahiran.

IKLAN

Hari kejadian 7/10 selepas Maghrib saya sakit perut rasa nak membuang. Lepas membuang bila saya berdiri saya rasa perut keras dan dia turun ke bawah. Saya dah pelik. Saya makan nasi macam biasa dengan harapan perut ok semula. Tapi sakit tu tak hilang.

Hanya 23 Minggu Dalam Kandungan, Belum Rezeki Mommy Nak Jaga & Pelukmu Sayang

Masih rasa nak membuang, saya ke toilet tiba KELUAR LENDIR PANJANG JERNIH. Saya memang rasa ni tanda nak bersalin. TAPI SAYA BARU 23 MINGGU. Mak saya cuba sapu minyak gamat di perut tolak tolak sikit cakap dengan baby moga tak keluar lagi tapi SAKIT CONTRACTION YANG DATANG. Terus bergegas ke hospital, suami bawa ke bahagian wad bersalin. Nurse tu cakap awak kena pergi wad kecemasan dulu sebab kandungan awak baru 23 minggu. Suami tolak pakai wheelchair saya tak mampu jalan sebab dah nak terkeluar sangat. Terus masuk dalam..YA DOC SAHKAN INI CONTRACTION. Saya cakap dah nak teran. Semua doc nurse prepare barang. Doktor cakap teran je.

Sekali teran kantung keluar dan air ketuban pecah. Jadi kat situ saya dah tau, anak saya akan keluar bila-bila masa saja. Doktor cakap doa saja kita tak tau dia akan selamat atau tak. Bergantung pada baby dan saya tau hospital ni tak ada alat bantuan yang cukup. Saya dah tak rasa sakit. Baby masih ada jantung, jantung normal lagi. Air ketuban sikit sangat dan kantung tak ada. Tapi KUAT ANAK SYURGA SAYA dapat bertahan selama hampir 10 jam di dalam perut 20 minit di luar.

IKLAN

Hanya 23 Minggu Dalam Kandungan, Belum Rezeki Mommy Nak Jaga & Pelukmu Sayang

2 bulan lagi baru tahu puncanya

Doktor dah bagitau awal baby tak ada harapan jadi saya dimasukkan ke wad perempuan biasa je, dan masa saya lahirkan anak saya hanya ditemani oleh nurse tanpa doktor pakar atau doktor memana. Sewaktu proses(korek²) tu saja yang doc ada. Baby saya pun nurse tak sempat sambut, dah terjatuh ke atas katil baru nurse datang.

IKLAN

“Semua sedih kamu pergi sayang”

Sesungguhnya pemergian anak syurga saya memberi kesan pada ramai orang. Saudara mara, rakan-rakan, keluarga semua menitiskan air mata tak kira yang berada di jauh ataupun dekat. Mummy rindu sangat kat awak baby…Mummy tak boleh tengok abiy awak. Abiy awak pura-pura kuat depan mummy. Semua orang pura-pura kuat depan saya..

Kuatnya ibu-ibu yang ada pengalaman macam saya. Saya masih mencari kekuatan. Siapa ada pengalaman macam saya? Dan ambil masa berapa lama untuk pregnant semula? Apa yang ibu-ibu amalkan. Share ya dengan saya.

#anaksyurgaku
#23w
#baby1st
#ttc4tahun

Kredit: Anissa Anuar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI