Hanya 30 Hingga 60 Saat Dah Memadai Nak Nasihat Anak. Tempoh Ini Paling Berkesan

Share

Setiap anak mempunyai keunikan. Tak boleh nak samakan anak sulung dengan anak kedua atau seterusnya. Mungkin yang sulung jenis pendiam tapi kedua pulak banyak cakap. Tak mustahil juga si bongsu agak garang dan mudah mengamuk.

Walau apa pun perangai anak-anak, ibu bapa kena sentiasa sabar dan sama-sama membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat.

Ibu bapa juga perlu tahu ada waktu tertentu-tentu yang  sesuai dan mungkin berkesan di hati anak. Memberi nasihat pada anak tak perlu lama sebenarnya tetapi hanya 30 hingga 60 saat pun dah cukup.

  • Sebelum anak tidur
  • Semasa anak sedang tidur (nasihati anak dengan bercakap dalam hati atau bisik di telinga)
  • Waktu anak bangun tidur, peluk anak dan beri nasihat
  • Selepas anak mandi
  • Selepas anak solat. Sekali sekala jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas sejadah.
  • Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji
  • Selepas anak beriadah atau bermain
  • Selepas anak didoakan di kepalanya
  • Bila anak terangsang emosi (seperti lepas kena marah)

Selain itu, pastikan anak-anak makan malam sebelum waktu maghrib (ikut sunnah) untuk mudah belajar waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah untuk ibu bapa menghabiskan lebihan makanan anak, daripada membazirkan makanan tersebut. Adat orang Melayu sahaja yang menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak-anak nak makan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di masjid, elok asingkan makanan untuk ayah.

Janganlah suruh ayah makan lauk pauk lebihan anak-anak. Kalau ada pembantu rumah pun asingkan siap-siap untuk menghargainya. Inilah adab untuk mendidik anak berakhlak baik.

Sumber: rahsiarumahtangga/Dato Fadzilah Kamsah

Published by
Wan Amy