Tauhu Goreng Crispy
4 ketul tauhu basah (potong 4)
5 sd besar tepung gandum
1 sd besar tepung beras
Secubit garam
1/2 sd kecil baking powder
1 cwn air
1 kiub pati ayam + 1/3 cwn air panas(air panas ni tujuan utk hancurkan kiub ayam)
Bancuh semua bahan kecuali tauhu.
Agak-agak dah sebati baru masukkan tahu. Pastu rendam kan la tahu tu dalam bancuhan tepung tadi. Gaul-gaul sampai tepung menyaluti tahu tu.
Gaul-gaul tahu dalam bancuhan kemudian tapis/sejat tahu dan goreng la tauhu tu.
Air bancuhan tepung tadi jangan buang, nak guna lagi ye.
Goreng tauhu agak-agak dah garing tuang air tepung tadi dalam kuali sambil kacau-kacau tahu. Nak bagi tepung melekat di tauhu, pastu tuang lagi air tepung sambil kacau tauhu (saya tuang air tepung dalam kuali 2x)
Biarkan tauhu garing dan angkat. Sejatkan minyak sementara tu boleh la buat sambal kicap.
Lepas tu boleh la ngap tauhu crispy kriuk-kriuk ni cicah sambal kicap.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh PKP sekarang, banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan atau dibuat di rumah sahaja. Seperti ibu muda ini, Sya Qiela, memberitahu yang mereka sekeluarga terpaksa menyambut hari jadi anaknya Emiir Yusuff di rumah sahaja.
Memandangkan ini adalah hari jadi anaknya yang pertama, Sya menyediakan kek istimewa untuk Emiir. Untuk anda yang mahu membuat kek lobak merah, bolehlah ikut resipi ini.
Alhamdulillah hari nie genap dah setahun anak ibu & papa..Semoga Emiir Yusuff dikurniakan kesihatan y baik,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu..Finally tercapai jgak hajat ibu nak baking cake utk Emiir..Sempat jgak ibu siapkan carrot cake & decoration fruits cake untuk anak ibu walaupun last minit plan..🍰🍉🥕🍇🥝🍓🥭 Ibu pun dh bley tdoq lena dh sebab berjaya buat semua tu sendiri utk emiir..
First celebration birthday Emiir Yusuff turn 1..👦🏻1️⃣ Carrot cake with cream cheese & mixed fruit cake..Bersemangat ibu buat untuk emiir tau..Cake pun xmuak bila makan,nice ja..😘🍓🍉🍇🥭🥝🥕🍰 #emiiryusuffturn1 #emiiryusuffanakibu #nosalt #nosugar #nocoloring #healthycake 😘😘
P/s:❌⛔️ Penggunaan madu untuk baby setahun keatas..🍯🍯
🍰3 biji telur 🍰135gm puree kurma (nak manis bley tambah) 🍰1 Cawan minyak jagung (minyak apa pun ✅) 🍰280gm carrot or 1btg carrot saiz besar (sagat) Carot dicampurkan dulu dengan sedikit tepung. Gaul-gaul dengan sedikit tepung) ketepikan.. 🍰250gm selfraising flour
Selain kek lobak merah ini, Sya juga menyediakan kek istimewa yang diukir dari buah-buahan. Buah yang digunakan adalah tembikai, beri biru, mangga dan kiwi. Menarik sungguh idea ibu ini dan yang pastinya sihat untuk anak yang masih kecil!
Happy birthday Emiir Yusuff!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila tengok kurma dalam peti ais tak bergerak, lebihan bulan puasa apa kata mama buatkan untuk si kecil kurma cheese cake. Paling penting penyediaanya sangat mudah!
Kurma banyak khasiatnya untuk si kecil mama antaranya sumber tenaga yang baik, meningkatkan kesihatan otak, sumber serat untuk melancarkan pencernaan, kaya antioksidan dan sebagainya.
KURMA CHEESE KEK (8m above )
Bahan-bahan:
🌷Puree kurma 2 sudu makan
🌷Unbleach flour 2 sudu makan
🌷Telur 1biji (yang ni untuk baby yang dah lulus makan telur, kalau belum atau allergic skip je telur ni ya)
🌷Susu full cream @ fm (150ml)
🌷Tatura Cream Cheese
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan kemudian masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 15minit.
(nak bakar pon boleh saya tak ada paper cup mase ni nak bakar, suhu 160 10-15 minit )